Buah tangan terbaru
Terbitan: Karnadya Solutions (2007) Ini merupakan penerbitan sulung untuk novel pendek ataupun NOPEN. Sebelum pandai menulis novel panjang - seperti bentuk yang ada di pasaran - saya memang suka menulis novel yang pendek-pendek seperti yang terkandung dalam koleksi novel ini. Namun sebelum kemunculan projek NOPEN Karnadya, saya tidak tahu di mana hendak menerbitkan karya-karya sebegini. Mujur Karnadya memulakan langkah menerbitkan karya pendek seperti ini yang telah dimulakan dengan penerbitan Semalam Ku Bermimpi karya novelis Aina Emir . Dalam Biarlah Ku Sendiri , terkandung nopen saya yang berjudul "Cinta Terakhir" (tajuk asal). Nopen ini telah saya tulis sewaktu saya berada di tingkatan enam. Lebih kurang antara tahun 1993-1994. Tetapi saya ubah, gubah, tulis semula dan solekkan ia untuk penerbitan ini. Maklumlah, karya ini ditulis pada penghujung abad ke-20 (tahun 90-an). Banyak maklumat yang perlu diselaraskan agar sesuai diterbitkan pada abad ke-21 ini. Nopen ini akan...
wahhh! bila keluar ni!! dah lama sangat saya dan kawan-kawan tunggu sambungannya! mesti cerita dia lagi seronok!
BalasPadamterima kasih atas sokongan. lepas baca jangan lupa berikan komen.
BalasPadam