Hehe...hari ni genap usia aku 3* tahun. Dah tua rupa-rupanya. Dalam jangka masa 3* aku hidup menumpang di bumi Allah ni, masih belum banyak yang dapat aku capai, baik dari segi duniawi dan terutama sekali ukhrawi (entah-entah kulit bawang lagi tebal). Setakat ni anak baru dua orang. Suami memanglah sorang...heheh. Alhamdulillah. Moga kebahagiaan yang tercipta berpanjangan sehingga akhir dunia. Dari segi kerjaya, aku masih belum betul-betul berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Kalau boleh aku nak melangkah lebih jauh, far far away!!!! Besonya cita-cita! Dari segi penulisan, alhamdulillah. Empat novel telah berjaya diterbitkan. Dua buah lagi sedang dalam proses rekaletak dan penerbitan. Satu lagi novel pendek sedang dalam penilaian. Sehingga hari ini aku masih bertenaga dan mempunyai idea untuk meneruskan kerjaya sampingan ini. Harap-harap jangan jadi tepu, tak bergerak-gerak...hehehe. So, apa hajat aku sempena ulang tahun kelahiran yang ke-3* ni? Aku nak WORLD PEACE! p/s: terima kas...
Ulasan
Catat Ulasan