Catatan

Kandungan sebenar kentang goreng McDonald’s (French Fries)

Imej
Sumber gambar: Livestrong.com (Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com) Tinjauan Awal Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonald’s. Kesemua set hidangan McDonald’s tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi. Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California. SUSPEK UTAMA KES: McDonald’s Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat) PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal – telah menjalankan eksperim...

Popia Seaweed

Imej
Kerepek paling mudah nak dibuat dan paling cepat nak dihabiskan. Sepantas mana kita menyiapkan, sepantas itu juga habis dimasukkan ke dalam mulut. Bahan-bahannya tak banyak. Tapi yang merenyahkan sikit ialah prosesnya. Walaupun cepat, tapi kerenyahan tetap ada. Bahan-bahan: Kulit popia **aku guna jenama KG Pastry 8 1/2" x 8 1/2" (yang besar) Seaweed ** aku guna jenama Big Bang Tae Kei Noi perisa original. Nak guna yg Spicy pun boleh Telur secukupnya **dikocok-kocok, dikocok-dikocok :D Cara mengulahnya: 1. Letakkan sekeping kulit popia di atas tray/dulang/talam atau cutting board 2. Sapukan permukaan kulit popia dengan telur yang dah dikocok-dikocok, dikocok-dikocok :D 3. Letakkan sekeping seaweed ke atas permukaan kulit popia yang dah disapu dengan telur 4. Sapukan permukaan kepingan seaweed dengan telur yang dah dikocok-dikocok, dikocok-dikocok :D 5. Letakkan sekeping kulit popia di atas kepingan seaweed tadi. Kiranya kita apit kepingan seaweed dengan kuli...

Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main

Imej
Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja. Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya. Dalam booking slip, check in pukul ...

Burger Telur Ala Atkins

Imej
Menu ni diinspirasikan daripada resepi diet Atkins yang aku jumpa kat satu grup Atkiners.  Tapi aku tak pasti sama ada kiraan karbohidrat menu aku ni lulus Atkins atau tak. Bahan-bahan 2 biji telur ayam 2 sudu besar Ayam Brands Tuna Light 1 helai daun lettuce (aku guna Romaine) 1 sudu besar mayonis lada hitam Kewpie Sedikit minyak masak Acuan telur macam nak buat benjo Cara penyediaan Ratakan minyak pada kuali leper.  Sapukan sikit minyak pada acuan telur.  Bila kuali leper dah panas,  pecahkan sebiji telur. Goreng sehingga bahagian atas telur masak.  Nak separuh masak pun boleh.  Terpulang pada selera. Lepas siap sebiji,  ulang langkah yang sama. Sapukan tuna ke atas satu bahagian telur.  Satu bahagian lagi,  lapis dengan lettuce dan sapukan mayonis. Kemudian telangkupkan bahagian telur yang bersapu tuna tadi ke atas bahagian telur yang berlapis lettuce dan mayonis. Siap!

Mi Sup Simple

Imej
Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur. Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran Bahan-bahan: 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun) 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni) 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina) 1/2 peket bebola ayam 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap) 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan) 2 kiub ayam (atau secukup rasa) Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan) Garam secukup rasa Bahan perasa (optional) Bahan kicap cili: Cili padi Kicap (resepi asal guna kicap cair) Cuka Garam Gula Bahan hiasan: Daun bawang Bawang putih goreng tadi Bawang goreng (optional) Cara penyediaan: Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuni...

20 Snek Pembakar Lemak

Imej
Kadar kalori snek pembakar lemak ni adalah di bawah  200 kalori, 10 gram protein dan hampir 5 gram fiber. Sumber daripada Health.Com 1. Badam 2. Segelas susu skim dan sebiji epal 3. Cottage cheese dan avocado 4. 3 ounces of light tuna (packaged in water) and 6 whole-wheat crackers 5. Sunflower lentil spread with pita bread 6. Udang, yogurt dan avocado Ingredients:     1 tablespoon fat-free plain Greek yogurt     1/2 teaspoon fresh lime juice     1/4 teaspoon jalapeño sauce     1/4 avocado, chopped     1 crisp rye flatbread     5 cooked large shrimp     Chopped fresh parsley and cracked black pepper (for garnish) Preparation: Stir yogurt, lime juice, sauce, and avocado; spread on cracker. Top with shrimp, parsley, and pepper.  7. Soy protein powder, low-fat plain yogurt, and frozen berries  8. Warm pe...

Diet Rendah Lemak

Imej
Blog dah bersawang sejak bulan puasa. Sebab kalau asyik buat entri makanan masa Ramadan, makruhkan puasa orang aje nanti...hehehe. Kalau sebelum Ramadan, aku try amalkan protein diet campur Diet Atkin (DA). Sebelum tu dietitian aku suruh aku buat DNA test untuk tahu badan aku ni cemana kandungan carb, lemak, protin dan lain-lain. So hasil ujian tu... protein diet dan DA tak berapa sesuai dengan aku sebab aku ni alah lemak. Badan aku kuat simpan lemak, kuat resap lemak. Tamatlah keenakan makan masakan bergoreng...adoiyai! Lepas ni stim atau bakar atau rebus. Dan paling scary...no more fries...uwaaaaaa. Mulai hari ni aku akan kongsikan healthy snack untuk motivate diri sendiri. Ini beberapa resepi senang yang aku ambil daripada laman web ni . Walaupun untuk kanak-kanak, tapi mak kanak-kanak pun boleh cuba jugak. 1. Hummus, Pita bread and Raw Vegetables – You will easily be able to find a hummus dip that contains lots of important nutrients and vitamins. The raw vegetables match per...