Catatan

Gulai kawah

Imej
Semalam buat gulai kawah. Jarang aku makan gulai ni. Tapi semenjak bersaudara dan beriparkan orang pantai timur, selalu pula aku jumpa lauk ni. Makanya semalam aku pun cuba buat. Rempahnya aku dah beli siap-siap kat pasar tani Saujana Impian dua minggu sudah. macam ni ke texture dia? GULAI KAWAH Bahan-bahan: 500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan] --aku guna daging cincang dan tulang 2 s/b kerisik 2 cawan santan pekat 2 s/b gula merah/perang [brown sugar] 2 keping asam keping minyak garam Bahan Mesin --aku gantikan rempah dengan rempah siap gulai kawah 20 tangkai cili kering 1 s/b rempah kari daging 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 7 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm lengkuas Bahan tumis: 2 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Cara penyediaan: Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi....

Soto ayam dan begedil

Imej
Hari-hari berbuka dengan nasi, boring juga. Tengah dok fikir nak masak apa, tetiba teringat kat rempah soto yang aku beli di pasar tani Saujana Impian minggu lalu. Intai peti ais, buat inventory checking sat...semua bahan ada. Cukup. Jadi apa lagi...moh menyoto ler kita ek...hahahaha SOTO AYAM Bahan-bahan:  1 ekor ayam, dipotong 8-- buat 1/3 ekor ayam aje Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 15 biji bawang merah, dihiris halus 4 biji bawang putih, dihiris halus 3cm halia, dihiris halus 7cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 10 biji lada hitam --tak letak 1 camca teh lada putih --tak letak Bahan kisar kering:   (ganti dengan perencah soto yang diproses sendiri oleh pakcik soto...hehe) 1 camca teh ketumbar biji 1/2 camca teh jintan manis 1/2 camca teh jintan putih Bahan tabur:  Taugeh, dicelur sedikit Suhun, digoreng --stok suhun tak ada. sedih betul Kacang tanah, digoreng --tak suka letak kacang Daun sup & ...

Puding triffle

Imej
Resepi ni aku dapat daripada isteri bos a.k.a isteri rakan penulis Amir Husaini . Dah lama tak buat. Hari ni buat dan berhajat nak bagi kat jiran-jiran depan dan belakang. Harap-harap mereka buka pintu depan dan belakang...ngehehe. buat dalam bekas kecil ni supaya senang nak bahagi. jiran pun tak payah pulangkan bekas PUDING TRIFFLE Bahan-bahan A: Swissroll cake (cadangan perisa oren atau strawberi) 1 tin saiz besar buah-buahan koktel tropical Bahan-bahan B: 1 cawan air buah-buahan koktel 3 cawan susu segar ½ cawan gula castor ½ cawan tepung gandum 3 sudu besar marjerin 3 biji kuning telur Cara penyediaan: Potong dan susun swissroll di dalam mangkuk kaserol. Kisar bahan B dan masak atas api perlahan sehingga pekat. Tutup api dan masukkan buah-buahan koktel. Tuang adunan ke dalam mangkuk kaserol. Tabur kismis/pic, jika suka. Sejukkan di dalam peti ais. lapisan pertama...swiss roll berperisa oren lapisan kedua...buah-buahan tropikal lapisan ketiga...bancuhan tepung, susu dan dan baha...

Kerabu perut

Imej
Buat kerabu ni hari Khamis juga. Sementara aku makan bubur lambur, Cik Abang makan nasi berlaukkan kerabu perut dan ikan tamban goreng. Gila simple lauk dia...hahaha. Tapi itulah yang dia suka sesangat. lupa nak letak tomato. patut tak ceria warnanya KERABU PERUT Bahan-bahan: 500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil] 5 biji jus limau linpis 1 cawan taugeh [buangkan kakinya] 1 s/b sos ikan garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 1 labu bawang besar 2 kuntum bunga kantan 5 tangkai kacang panjang 1 biji cili merah Bahan Kisar --tak kisar, tapi potong-potong aje 3 biji cili merah 5 biji cili api 3 ulas bawang merah Cara penyediaan: Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya. Hidangkan ngan nasi putih. Sumber resepi: Fotopages Chef Hanieliza Simple sangat resepi ni. Sekejap aje dah siap.

Bubur Lambuk

Imej
Hari ni aku nak kongsikan resepi Bubur Lambuk. Mudah aje resepinya. Sesiapa pun boleh buat. Resepi ni popular masa bulan Ramadan. Masa tu anak aku yang minta nak buka puasa dengan bubur. Jadi beria aku masak. Sudahnya yang makan kami berdua aje. Encik Hubby bukan peminat bubur. Untuk elakkan pembaziran dan jadi sahabat syaiton nirrajim, maka aku bungkus bubur ni hantar ke taska. Senang kerja pengasuh. Tak payah masak untuk budak-budak. Sebenarnya sebelum ni, aku memang tak ada keinginan nak buat resepi ni sebab tak yakin boleh buat. Tapi hari tu aku dapat tugasan menemu ramah tukang masak bubur lambuk Kampung Baru yang famous tu untuk paparan majalah Visi (sekarang majalah ni dah tak ada). Bukan saja aku dapat temu ramah, tapi dapat tengok cara dia masak bubur yang akan diagihkan untuk hari tu. Sebab tengok demo, tentu aku bersemangat nak buat, kan? Jadi, inilah hasilnya. Rasa pun ala-ala bubur lambuk Kampung Baru gitu. Mudah saja nak membuatnya. Anak-anak pun boleh tolong bua...

Selamat Hari Raya Aildil Fitri

Imej

Udang petai lawan tomyam sayur

Imej
Yang ni menu hari Rabu. Sebenarnya dah blur tak tau nak masak apa. jadi geledah apa yang ada dalam peti ais dan tambah beberapa bahan tomyam yang tak ada contohnya tomato dan seleri. Kali ni aku buat tomyam paste sendiri. Nak cuba...kut-kut menjadi. Alhamdulillah...sesuai dengan tekak aku. Cuma kurang pedas. paling senang dan yang penting Cik Abang's favoutite...hehe dapat satu bekas kecil ni...buat sikit aje PASTE TOMYAM Bahan-bahan: 5 ulas bawang merah 2 biji cili merah 5 biji cili kering 1 inci lengkuas 2 batang serai 1 sudu udang kering 3 helai daun limau purut 1 inci belacan (dibakar) air asam jawa, gula & garam Cara penyediaan: Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambi...