Catatan

Gila Mukabuku

Semenjak 6 bulan lalu, aku dah mula berjinak dengan Mukabuku atau nama glamernya Facebook. Mulanya kekok juga aku nak kenal FB, macam masa mula-mula layan Friendster. Tapi Friendster untuk budak-budak, hanya sesuai untuk peminat AG. Jadi aku buat akaun Friendster semata-mata kerana peminat AG yang ramai menjemput. Tapi sekarang aku dah gila FB. Perkara pertama yang aku buat bila buka PC/laptop ialah buka akaun FB aku. Intai kebun-kebun aku dan aktiviti penculikan. Kut-kut ler ada orang kidnap aku, kan. Kenalah cepat-cepat melepaskan diri.  Disebabkan begitu taasub ngan FB, dah seminggu aku tak menulis. Sambil edit buku terbitan opis dan edit report, aku layan gak FB. Selalunya lebih FB daripada kerja (ampun boss...wahahaha). Sementara kajian aku belum bermula, apa salahnya aku layan FB dulu kan, kan, kan, kan, kan. YM pun dah tak begitu mendapat tempat di hati aku. Bebudak kat opis lebih suka berbalas pantun dlm FB. YM hanya digunakan untuk hantar fail aje.  Kiranya FB ni satu...

Pesta Buku Selangor 2009

Semalam saya berkesempatan mengunjungi PBS09 di Kompleks PKNS, Shah Alam. Sempat membeli tiga buah novel dan berbual-bual dengan kak Noor Suraya di booth Jemari Seni. Ramai juga pelajar yang datang mengikuti rombongan sekolah. Tapi bilangan dalam kumpulan tak ramai. Mungkin disebabkan kebimbangan terhadap virus H1N1. Sedang enak berbual, rakan yang datang bersama saya menerima panggilan daripada guru sekolah anaknya, yang terpaksa ditutup sebab beberapa pelajar sudah dijangkiti virus itu. Maka dia terpaksa ke sekolah anaknya. Terganggu juga perasaan dek mendengar berita itu. Serta-merta terkenangkan Aliyah di sekolah. Harap-harap tiada jangkitan berlaku di sekolahnya. Hasrat saya nak menjenguk ke booth mencari buku hasil tulisan sendiri terpaksa dibatalkan. Jadi tak tahu sama ada novel sendiri ada dijual di pesta itu ataupun tidak. Isnin lepas, saya ke kedai buku Popular di Sunway Piramid. Malang sungguh apabila mendapati tiada satu pun novel sendiri, yang melibatkan dua penerbit, terp...

E-novel Kesinambungan DMPB

Blog Melarik Enigma yang selama ini menumpang di Blogdrive, sudah saya pindahkan ke Blogspot disebabkan berlakunya masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. URL baharu ialah http://melarikenigma.blogspot.com Mulai Ogos 2009 ini, saya akan memulakan e-novel kesinambungan DMPB di bawah tajuk kerja KBP. E-novel ini akan menjadi snippet kepada novel sebenar yang akan diterbitkan pada Disember 2009. Insya-Allah.

Rezeki lagi

Imej
Alhamdulillah...royalti novel remaja untuk tahun ni aku dah terima. Tak lah banyak mana, tapi ribuan lemon ler juga. Puas hati penat lelah aku selama ni. Bila tengok cek...lapang dada. Makin berkobar-kobar semangat aku nak menulis. Tambahan pula, tadi Cik Ann datang bersama sorang editor baharu PTS Pro. AKu lupa plak nama dia... gomen n e. Cik Ann jemput menulis untuk Siri Idola dan Siri Kerjaya. Sebelum ni aku janji nak bagi dua manuskrip untuk Siri Usahawan Cilik. Tapi idea yang aku cadangkan, dah dibuat dek orang. Lantas Cik Ann cadangkan aku cuba dua lagi produk baharu yang lain. Makanya aku janji nak bagi satu manuskrip untuk Siri Kerjaya. Aku minta tempoh sampai ujung tahun ni. Insya-Allah! Kalau tahun lepas, sebiji buku pun aku tak publish , tahun ni nampak gayanya, tiga daripada empat memang confirm terbit dalam tahun ni. Cuma satu tu aje yang masih dinilai. Kalau keempat-empat terbit tahun ni, tahun depan mau masyuk royalti aku....hahaha....Aku gila RM. Sapa yang tak? Meh sin...

Bacaan pruf selesai

Imej
Final cover Mufin Manja. Saya baru saja menyudahkan bacaan pruf Mufin Manja. Terdapat beberapa fakta yang perlu diselaraskan. Banyak juga saya terlepas pandang. Mujur manuskrip Mufin Manja tidak tebal. Sekadar 173 halaman. Tak sabar saya nak melihat pruf AG3 yang masih belum mendapat apa-apa berita. Manuskrip novel kesinambungan DMPB pula sedang dibaca oleh editor. Tak sabar rasanya hendak melihat manuskrip yang ni yang lebih istimewa. Sambil menunggu pruf kedua-dua manuskrip, saya sedang mengusahakan sambungan cerita Abang Ryan kita tu. Masih ingat dengan Kerana Dia Cinta ? Ada yang minta supaya saya satukan semula Ryan bersama Gia. Hmmm...walau apa pun, biarlah segala persoalan itu terjawab apabila kisah Abang Ryan diterbitkan insya-Allah pada tahun 2010. Ada kejutan menanti!

Sinopsis Mufin Manja

Imej
Mufin Manja mengisahkan pelajar lepasan SPM bernama Farahin Marisya yang bertubuh gempal dan besar. Dia sering diejek oleh rakan sekolah lelaki dengan panggilan Mrs. Teapot. Di rumah, nama timang-timangannya ialah Manja. Farahin gemar membuat mufin. Sewaktu menunggu keputusan SPM keluar, Farahin mengusahakan perniagaan mufin. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi olehnya termasuk fitnah dan persaingan daripada pengusaha kek cawan. Berjayakah Farahin mengusahakan perusahaan mufinnya? Bagaimana dengan keputusan peperiksaan Farahin? Bagi anda yang gemar mengusahakan perniagaan dari rumah, novel ini amat sesuai dijadikan bacaan santai sambil belajar menjadi usahawan.