Catatan

Kembali sibuk

Syawal sudah berlalu. Cuti pun sudah habis. Kini saya kembali ke meja pejabat mengadapi tugas yang semakin mencabar dan menarik. Namun saya tak lupa kepada janji untuk menyudahkan novel-novel yang terbengkalai selama ini. Jadi...bermulalah waktu sibuk saya...SEKARANG! 

Harga barang turun?

Berita di kaca tv malam tadi buat aku lega. Akhirnya turun juga harga barang keperluan. Lantas pagi ni terus aku buka akhbar online. Hajat di hati nak mengintai-ngintai produk keperluan manakah yang sudah diturunkan harganya oleh pasar raya gergasi terbabit. Dalam akhbar Utusan Online memetik, antara lain: "Antara barangan keperluan yang diturunkan harga ialah beras Jasmine Siam Best 10 kilogram (kg) dengan potongan 18 peratus, Jasmine Super Special 10kg (18 peratus), biskut Julies Cracker 250 gram (25 peratus), biskut Julies Love Letter 120 gram (25 peratus), minyak masak Soylite 3 kg (3.5 peratus), pencuci muka pelbagai jenama (24 peratus) dan gel rambut Revive (27 peratus)." Selain itu, aku intai juga ke laman web pasar raya berkenaan. Pada hemat akulah kan, selain beras dan minyak masak, barang yang lain tu (setakat hari ini, seperti yang terpamer di laman web mereka dan juga di akhbar) bukan barang keperluan sangat bagi aku. Pada aku, barang keperluan yang sangat-sangat...

Balik kampung

Imej
Hari ni mungkin hari terakhir bekerja sebelum cuti raya bagi kebanyakan warga kota. Mulai petang ini maka jalan-jalan raya menghala ke luar KL akan mulai sesak dengan kenderaan pengguna yang mahu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing. Aku pun akan menyertai rombongan pulang ke kampung ini pada hari Ahad nanti. Harap-harapnya keadaan jalan raya tidak begitu sesak kerana jika dikira hari ini, warga kota ada 5 hari bagi merancang waktu perjalanan. Maknanya balik berdikit-dikitlah. Tak adalah balik sekali gus beramai-ramai. Kurang kenderaan atas jalan, kuranglah kecelakaan. Dan ini entri terakhir sebelum raya sebab aku payah juga nak bawa laptop balik kampung. Nak bawa modem dan wayar penyambung talian lagi. Nanti kat sana kena buat kerja-kerja penyambungan. Kena angkut meja kerusi supaya dekat dengan talian. Heh...sulitnya, bukan kerja gampang ini. Lagipun nanti nak beraya, kenalah mengusung laptop ni ke mana aku pergi. Nak tinggalkan kat rumah, takut dicopet maling. Maklumlah.....

Eid Mubarak

Imej

Buaian

Sejak dari dulu, sejak Aliyah lahir lagi aku memang tak berkenan nak tidurkan dia dalam buaian. Tapi macam biasalah, kalau kena desak dengan orang lain (siapa lagi kalu bukan mentua...eheh), terpaksalah mengalah. Memanglah baby akan tidur nyenyak apabila berbuai. Tapi yang susahnya kalau terlalu bergantung sangat pada buai sampaikan kalau buai tak ada tak boleh tidur. Tak ke susah kena pikul buaian besi sekali dengan kakinya ke hulu ke hilir? Mujur Aliyah dan Nurin tak terlalu bergantung sangat kepada buai. Aku ajar juga tidur bawah selalu-selalu supaya tak menyusahkan aku. Kali ini perkara yang sama menjadi persoalan lagi. Thaqif tak lena tidur kalu tak ngempeng (dialek Jawa bagi menyusu badan). Masak mak aku nak jaga dia esok. Macam biasa, mentua aku suruh tidurkan dalam buai. Sakit gak tinge dengar dia bising. Alkisahnya, aku mengalah sekali lagi. Mulai hari ni aku buat experiment tidurkan Thaqif dalam buai. Memandangkan tak ada kaki besi, kami gantung buai dia di tangga. Kalu confi...

Kabel yang hilang

Imej
Aku masih dilanda kekecewaan kerana kabel kameraku masih tidak dapat dikesan keberadaannya. Sudah puas aku menyelongkar di sana sini sampai naik sesak napeh. Tak sedar diri sedang berpantang...ehehehe. Apa taknya, aku rasa cam dah sihat aje. Kununnya cergaslah sket. Tapi lepas naik tingkat atas, pendek napas aku...hu heh hu heh. Whoa...ingatkan dah kuat sangat. Rasa cam nak upah bomoh aje tulun kesan kat mana kabel itu bersembunyi. Dah beberapa bulan sebenarnya aku tak nampak kabel yang selalu aku nampak tuh. Mana pula tangan gatal aku dah sembunyikan menatang tuh kali ni. Memori aku pun dah short term. REM tak cukup. Sekarang ni aku rasa cam nak tido aje. Almaklumlah si Thaqif suka sangat berjaga malam mencari ilham mengarang lagu pujaan hati umi dan ayah dia. Sedang aku dok melayan nyanyian merdu Thaqif malam-malam buta tuh, sempat pula terbit dua idea untuk manuskrip baru. Mentibang sunggoh! Time tu ler aku nak capai laptop. Tapi tak bleh sebab tengah joget samarinda sambil dengar...

My Hero

Seperti yang takdirkan, hero pertama aku lahir pada 13 Ogos 2008. Lebih kurang pukul 11.31 pagi, bertempat di Dewan Bedah Hospital Serdang, maka dengan selamatnya lahirlah Thaqif Zikrulhaqeem seberat 3.38 kg melalui pembedahan Ceasarean.  Nak upload gambar tapi kabel kamera sudah salah letak ler...huwaaa....Next time jelah ya. Kalau aku nak lukis, nanti serupa pula dengan Ultraman Next...huwahahaha. Setakat ni dululah laporan aku. Untuk cerita ngeri pembedahan selanjutnya akan ku sambung kemudian bila aku rasa cam nak menulis. Semangat aku ilang sekejap sebab kabel kamera dah salah letak...haiyoh!