Catatan

Kelebihan Selawat Tafrijiyah

Imej
Selawat Tafrijiyah, Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari Masalah Antara kebaikan pengamal selawat ini: Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. [Diluaskan] rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isya

Doa-doa selepas solat fardhu

Imej
AKU selalu rujuk satu website bila setiap kali nak baca doa selepas solat fardhu. Malanglah iklan-iklan affiliate dalam website tu ada yang tak mesra mata. Dah la lepas solat, tengah baca doa, tiba-tiba keluar iklan yang mencolok mata (jenama pakaian, pakaian wanita). Mujur aku perempuan. Tak adalah dosa mata sangat...hahaha. Tapi still la kan... tercemar juga pandangan mata. Jadi aku ambil inisiatif salin doa tu letak kat blog sendiri yang tak ada iklan affiliate ni. Jadi selamat pandangan mata. Menurut website berkenaan, kesemua doa ini sesuai dibaca oleh para imam, tak sesuai dibacakan secara individu. Jika tengok kata ganti nama diri dalam doa, memang guna orang ketiga. Tapi tak salah kalau kita yang nak baca. Melainkan ayat al-Quran, yang mesti dibaca dengan betul dari segi sebutan dan makhraj. Terjemahan doa aku betulkan dari segi tatabahasa tanpa mengubah makna asal dalam bahasa Arab. Maklumlah, editor. Tak boleh elak nak edit aje kerjanya.  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih

Resepi Shell Out

Imej
Dah buat banyak kali. Tapi tak sempat nak buat entri kat blog. Thaqif panggil menu ni MAKAN MEWAH... hahaha. Mana tak mewah... selambak seafood depan mata. Bukannya selalu pun makan shell out. Kos tinggi. Kalau makan kat luar, lagilah mahal. Portion pun sikit. Bila masak sendiri, portion banyak. Harga seafood boleh control sendiri. Cari kat pasar borong. Menu ni ada banyak versi. Aku dah cuba beberapa versi. Tapi yang dekat kat lidah ialah versi Kak Azlita Aziz . Tapi aku tweak sikit la ikut rasa tekak sendiri. Jom start masak! Bahan-bahan utama: Haiwan laut ~ sotong, udang, ketam, pepahat, lala (dan yang lain-lain ikut selera. Tapi aku selalu guna haiwan ni saja. Senang nak cari) Sayur: Jagung tongkol (bukan anak jagung) ~ potong 3 Lemon ~ hiris bulat (aku tambah) Bunga kobis ~ potong kecil Brokoli ~ potong kecil Karot ~ hiris bulat Kentang ~ potong wedges (tak letak) Green pea (aku tambah) Brokoli (aku tambah) Bahan perap: Sedikit lada hitam ~ tumbuk kasar Ku

Japanese Cheesecake

Imej
Aku dah buat kek ni tapi ikut resepi lain. Resepi yang tu, rasa telur putih macam terlebih. Keju tak rasa sangat. Tapi kurang manis. Lepas ni aku nak cuba ikut resepi Joanne L ni. Nampak lagi sedap. Sementara tu, aku park dulu resepi kat sini supaya mudah nak cari nanti. Later-later lah aku update entri pasal kek ni. Makes 8″ round cake pan | Prep Time: 30 mins | Bake Time: 78 mins INGREDIENTS: Cream cheese batter 250 gram Philadelphia cream cheese 6 egg yolks (Update: I measured mine, it was about 118g in total for the yolks) 70 gram castor sugar (This is half of the total 140 gram) 60 gram unsalted butter 100 ml full-cream milk or whole milk 1 Tbsp lemon juice 2 tsp lemon zest 60 gram cake flour / superfine flour 20-gram cornstarch 1/4 tsp salt Meringue 6 egg whites (Update: I measured mine, it was 264g for the whites of 6 eggs) 1/4 tsp cream of tartar 70 gram castor sugar (This is half of the total 140 gram) METHOD: Pre-heat oven to 200°C / 392°F (Top

Vietnamese Roll

Imej
Walaupun resepi nak buat Vietnamese roll atau rice roll ni bersepah kat mana-mana, aku masih malas nak buat. So aku order ajelah. Memang sedap dan portion pun banyak. Harga, boleh tahan mahal sebab roll dia besar-besar. Puas makan. Bila Kak Yin minta lagi, maka maknya kena panjang akal. Tak kan nak order aje. Dahla jauh nak pick up. Ke Sri Hartamas sana tu. Lalu aku pun gigih la buka Youtube tengok cara-cara membuatnya. Kat FB pun bersepah resepi. Pertama kali aku buat, resepi sos cilinya memang terbaik. Tapi aku lupa save kat mana. Bila cari balik, tak jumpa. Kecewa betul. Tangan Kak Yin tu. Boleh tahan dobot. Dah nama timang-timangannya Bobot. Siap alas paper sebab nanti kuah menitik-nitik ke lantai. Bahan-bahan:  (ikut selera masing-masing dan boleh dipelbagaikan) Rice paper ** beli kat AEON Big BTHO Udang Filamen ketam Daun ketumbar Daun salad Suhun Timun Lobak merah Cara: Panaskan air. Bila dah menggelegak, celur udang dan filamen ketam sebentar. Jangan la

Lontong Sedap dan Kuah Satay Layan

Imej
Entah dari mana kerajinan tu datang, tetiba aje aku rasa nak makan lontong. Hari tu hari Selasa. Lepas balik kerja, terus cari bahan nak buat lontong untuk dimakan keesokan hari. Lagipun parents-in-law ada kat rumah. Jadi esok, husband tak payah masak atau tapau makanan. Aku pun boleh bawa bekal keesokan harinya. Aku rebus nasi impit instant dan buat kuah kacang malam tu juga. Untuk kuah lontong, segala sayur mayur aku potong dan basuh siap-siap. Simpan dalam peti ais dalam Tupperware. So that, Subuh esok aku bangun, boleh terus masak. Kira lewat juga aku tidur sebab dan mengerjakan kuah kacang. Resepi ni aku ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Kuah kacang tu sebenarnya dia buat untuk kuah satay dan aku memang suka kuah kacang satay. So korang bleh follow sebijik-sebijik resepi kuah satay kat bawah ni. Memang menjadi dan sedap. Aku suka sangat sebab bahannya mudah. Tak macam resepi kuah kacang yang aku follow selama ni. Mak mentua yang tak makan kuah kacang sangat pun boleh layan ap

Oden ala Family Mart

Imej
Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ. One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de. Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden. Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun se