Catatan

Tunjukkan catatan dari 2006

Antara haruman bunga rampai dengan haruman lavender

Imej
Pada 23 Disember 2006, telah tercatat tiga peristiwa bersejarah buat insan-insan yang dekat dengan ku. Dua daripada insan ini ialah adik aku sendiri iaitu Lin dan Hazi a.k.a Enigma (pinjam muka aje). Satu lagi ialah ahli keluarga terbaru Kaki Novel iaitu Eita Ashyta. Lin dan Hazi telah melangsungkan pertunangan mereka bersama jejaka idaman masing-masing. (Tapi lom tentu lepas tapisan kakak sulung depa lagi, aku ler. Ngehehe). Rombongan meminang Lin datang pukul 11 pagi dan berlagaan dengan majlis pelancaran Kasih Seharum Lavender , 'anak sulung' Eita. Aku memang dah berbelah-bahagi sejak tahu mengenai kedua-dua event avant garde ini. Antara adik-adik aku dengan keluarga baru KN, dua-dua sama penting. Lalu aku pun buat keputusan, tak mau missed mana-mana occasion . Jadi pagi-pagi buta lagi aku dah ke umah mak, tolong itu dan ini. Tepat pukul 10.30 pagi aku pun berkancil ke Avenue K. Masa sampai, ramai tetamu Eita dah tiba kecuali Eita sendiri dan bos KN yang masih tak nampak m...

Pendermaan organ

Imej
Pendermaan organ atau organ transplant...bunyinya masing asing di pendengaran kita (mungkin bagi sesetengah orang, tidak begitu). Tapi cuba tanya pada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita kat rumah tu, faham tak mereka dengan istilah tersebut. Aku pasti tak semua mereka akan faham. Kalau ada yang faham pun, mereka mungkin keberatan untuk mendermakan organ mereka. Bukan setakat golongan tua sahaja, malah di kalangan kita belia dan remaja juga ada yang masih tidak faham istilah pendermaan organ. Organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, sumsum tulang dan kornea boleh didermakan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai hal ni, bolehlah beli edisi terdahulu majalah Visi yang dikeluarkan pada bukan Januari 2006 lalu. Di dalam majalah ni lengkap terkandung maklumat mengenai pendermaan organ yang dikupas dari setiap sudut - undang-undang, sains dan agama. Turut juga memuatkan sesi temu bual bersama Pn. Fatimah Osman, ibu kepada Muhammad Fikri yang sudah setahun menjalan...

Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme

Bengkel Kajian Novel popular di Malaysia yang telah selamat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 15 Disember 2006 yang lalu telah berjaya menghimpunkan ramai penulis novel popular, pengkritik novel, pemerhati dan tidak kurang juga peminat novel sastera. Bertemakan Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme, bengkel tersebut telah berjaya mengupas 16 buah novel berdasarkan skop kajian yang telah dikenal pasti. Novel-novel yang dibincangkan adalah seperti yang berikut: 1. Mahligai Cinta , Sri Diah (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Hashim Ismail. Sudut kajian: Kenapa membaca novel popular? 2. Tunjukkan Aku Satu Bintang , John Norafizan (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Nilai kekeluargaan yang kabur 3. Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Mursyid (ALaf 21) dibincangkan oleh Mohamad Saleeh Rahamad. Sudut kajian: Sebuah hikayat moden 4. Pasrah Kasih , Mazia Harris (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Misran ...

Kena cabut ke?

Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa...

Sambal hangit

Imej
Seharian menjadi fasilitator bengkel penulisan membuatkan aku keletihan dan selera makan bertambah sikit...er...banyak ekekekeke (bilalah aku dapat kuruskan badan sesaiz zaman belajar dulu ek?). Anyway, rezeki aku pun murah hari ni bila dapat bawak balik kari ikan tenggiri dan nasi yang berlebihan. Balik rumah terus panaskan sambal bilis kelmarin. Biasalah...sambal bilis hayat panjang. Oleh sebab aku leka mencuci botol susu kakak dan adik, tak perasan pula hangit sambal aku. Masa makan, baru perasan kehangitanya. Tapi taklah sampai pahit tak boleh telan. Tengah sedap mengunyah, aku teringat masa zaman sekolah di asrama dahulu. Disebabkan lauk asrama - nasi kawah, ikan jaket, asam pedas air hujan -tak begitu menyelerakan, maka aku dan kengkawan selalu bawa sambal bilis. Selalunya aku bawa sikit aje sebab tak mahu susahk an arwah nenek. Sambil bilis arwah nenek memang sedap. Sampai hari ni walaupun menuntut ilmu dengan dia sejak kecik, aku gagal meniru sambal bilis nenek. Dah bawa sikit ...

My job

Imej
Who am I? This is not Jackie Chan or Spiderman movie review. It just a question that I asked myself quite often. How to define oneself? Apart from having your full name, IC number and address printed on MyKad, who am I? The true me, the real me. How to define me? To CSI I'm just a piece of flesh, scaffolded by a heap of bones and wrapped by the largest human organ, the skin. Apart from being a humble servant of God, who am I? Since I don't have the answer at the moment, why don't I look my self in a career point of view? I would gladly divide my career into two functions: in the office and at home (homemaker is also a career if anybody is wondering why I put it this way). Who am I in the office? In the ant colony, I would be grouped as a worker, not a soldier or far away from being a Queen. What did I do every working hours? Reading, editing, arranging words, selecting pictures, chasing the always-missed-deadline, chasing people who are reluctant to meet the deadline and ...

Tempat jatuh lagi ku kenang....

Imej
1999...tahun keramat bagi aku kerana pada tahun ini hampir kesemua anganan ku tercapai. Sejak mula mendaftarkan kaki ke uni, impian ku adalah untuk menyertai pasukan taekwondo dan mendaki gunung. Walau bagaimanapun, aku hanya mampu menjadi ahli kelab Taekwondo. Nak naik gunung, aku masih belum cukup motivasi. Kawan-kawan sibuk mengajak setiap kali ada ekspedisi menjejak kaki gunung. Dan aku selalu berhelah itu ini untuk tidak turut serta. Motivasi tak ada, keberanian tak ada, malu, segan (malas), takut dan tak ada keyakinan diri. Tahun kedua aku di uni, kecelakaan melanda. Sewaktu sesi latihan, ketika aku membuat double turning kick, kaki kiri tersalah landing. Akibat imbangan pincang, aku kecundang - terduduk di atas lantai dan dunia ku rasakan sunyi beberapa saat sebelum rasa sakit dan jeritan semangat rakan-karan berkata 'haik' kedengaran kembali. Aku rasa seperti tempurung lutut ku hilang. Sewaktu bangun, kaki kiri ku langsung tidak boleh berdiri tegak, lembik macam jeli. N...

Dari Shah Alam ke Klang ke Semenyih ke Pandan Indah

Imej
Tahun ni memang raya sakan. Tak pernah aku pulang ke rumah pukul 12 tengah malam kerana beraya. Alkisahnya pada hari raya yang ke-12, aku telah menerima jemputan daripada kak Puteri Andalas untuk beraya di rumahnya di Tmn Seri Andalas, Klang. Memandangkan majlis akan bermula pada pukul 3 petang, aku bercadang untuk beraya di rumah saudara sebelah suami yang terletak di kawasan yang sama. Oleh itu, pada hari yang ditetapkan, lebih kurang pukul 11 pagi, kami keluar rumah dan destinasi pertama ialah rumah sepupu suami aku di Shah Alam seksyen 2...brapa ntah. Alah...yang dekat dengan kilang Proton tuh. Di sana kami dijamu makan mi dan bihun sup. Turut menyertai rombongan aku ialah abang ipar aku bersama isteri dan anak-anaknya. Selepas solat Zuhur, kami berangkat pula ke Kota Kemuning, ke rumah paksu suami aku. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami sempat kidnap limau kasturi tuan rumah. Macam kebun keliling rumah dia. Tak lama kat sana sebab waktu dah hampir pukul 3. Maklumlah aku dah tak...

Aidil Fitri bersama but hitam

Imej
Bukan orang Kedah saja yang terpaksa beraya dalam banjir, orang Bagan Datoh pun terpaksa beraya dalam banjir separas lutut. Walaupun tak semua kawasan yang dinaiki air, keban yakan air parit melimpah sehingga ke halaman rumah. Mujur halaman rumah mentua aku agak tinggi. Hanya dinaiki air hanyalah rumah-rumah saudara mara. Nasib baik aku tak beli kasut raya bereben dan berlabuci, kalau tak buat rugi. Sebabnya, aku kena pakai kasut raya baru yang setanding hebat dengan but Phua Chu Kang. Raya tahun ni aku kira meriah ler jugak setanding tahun lepas bila aku beraya di KL. Meriah tetap sama walau beraya di kampung atau di KL. Cuma yang beza di kampung, jalannya kecil. Kalau terserempak dengan tetamu lain, kenalah parking pandai-pandai. macam hari tu, sekali datang serang rumah sorang sedara tuh sampai lapan biji kenderaan pelbagai saiz dan jenis. Sudahnya, dua kereta lagi terpaksa menunggu giliran beraya dan parking di sebelah rumah jiran. Dalam hujan renyai-renyai pulak tuh. Paling m...

Aidil Fitri yang ku idamkan

Imej
Minggu depan dah raya. Lagu raya pula semakin rancak berkumandang di corong radio tak kira masa. Tak cukup dengan itu, di pejabat, ada pula MP3 lagu raya kedengaran melalui speaker PC. Meriah sungguh! Dalam konti radio pun ada lampu lip lap lip lap dan lampu ketupat. Bila dengar lagu raya, serta-merta ingatan aku diputar mengingati raya sewaktu zaman kanak-kanak. Masa tu, raya mengandungi sejuta makna. Walaupun tak pernah berjaya puasa penuh (masa sekolah rendah), raya tetap raya. Berjalan dari rumah ke rumah mengutip duit raya. 50 sen dikira mewah. Kalau satu ringgit pula sudah dikira super mewah. Kesempatan berhari raya ke rumah jiran-jiran (kebanyakannya aku tak kenal, main masuk ajer rumah sapa), aku manfaatkan dengan memerhati gaya kehidupan mereka. Kawasan rumah aku dulu (sebuah kampung Melayu yang dah tak wujud lagi akibat pembangunan) terletak bersebelahan dengan perumahan kawasan elit di atas bukit. Jadi dapatlah beraya di rumah-rumah gadang yang punya pagar tinggi. Waktu itu ...

Iftar di Cozy House

Imej
Semalam iftar di Cozy House, Great Eastern Mall tajaan bos Kaki Novel. Aku sampai setengah jam sebelum berbuka. Itu pun nyaris tak sampai sebab aku bengang ngan driver. Pertama kali jejak kaki kat situ, hilang arah sekejap aku. Tapi nasib baik bos bagi direction. Bila aku sampai, kak Wi dengan pasukannya dah tiba. Kak Puteri, bos KN dan beberapa orang kenalan dia pun dah sampai. Carrie sampai tak lama lepas tu. Cuma batang idung Izzul dan pasukannya saja yang tak tiba lagi. Full house! Sampai nak duduk pun belaga kerusi...ekekeke. Rupa-rupanya Erra ngan Yusri pun ada kat situ. Erhemm...nak berbaik ke? Alhamdulillah. Bulan baik, niat baik pasti akan diberkati oleh Allah. Kami mendoakan yang terbaik buat kalian berdua. Amin. Kalau masa zaman kat uni dulu, pasti Yusri tuh dah lama aku serbu, minta autograph ngan bergambar. Tapi la ni...dah tua sket. Zaman seronok-seronok ala gitu-gitu Apek dah lama berlalu. Berbalik kepada iftar tajaan bos KN tadi, lauk yang dipesan tiba satu persatu hing...

Pasta

Imej
Aku memang suka makan...pasta dan mi. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasta. Sejak bila aku mula meminati pasta...entah. Aku sendiri tak ingat. Pasta yang mula-mula aku kenali ialah makaroni. Mak aku selalu goreng dan buat sup. Kemudian aku pandai-pandai belajar makan spageti. Marco Polo telah dikatakan memperkenalkan pasta ke Itali selepas pelayaran beliau ke negeri China. Orang-orang Cina memang sudah tahu membuat mi sejak dahulu lagi. Ada juga lagenda yang mengatakan bahawa seorang pelayar Itali telah meminta perempuan simpanannya yang berasal daripada China untuk mengajar cara membuat mi. Malangnya mi yang dibuat menjadi lebar sehinggalah lahirnya pasta. Betul atau tidak, ini hanya lagenda. Pasta dimasak dengan cara merebus air sehingga mendidih. Masukkan pasta sehingga tenggelam dan kacau sentiasa agar tidak melekat. Ada petua mengatakan titikkan sedikit minyak zaitun atau minyak sawit ke dalam air. Masak pasta sehingga al dente. Maknanya jangan terlalu masak sehingga lem...

Aku menulis bukan kerna nama

Sudah lama ku biarkan blog ini sepi tanpa coretan, kecuali ucapan Selamat Hari Raya. Selepas melalui beberapa perkara yang bangkit bagai cendawan selepas hujan dalam dunia penulisan, aku bagaikan terpanggil untuk menghidupkan blog ini dalam suasana yang lebih serius. Kali ini aku bukan sahaja akan membincangkan mengenai novel-novel ku, malah akan ku kupas dan ku paparkan berita-berita yang muncul di mana-mana yang berkaitan dengan dunia sastera. Semalam melalui Yahoo! Messenger, seorang rakan penulis Najwa Aiman memberitahu ku mengenai beberapa keratan akhbar siaran Utusan/Mingguan Malaysia mengenai penulisan sastera. Aku yang selama ini memang terasa ada bahang yang wujud antara penggiat novel popular dan penggiat sastera, terus terpanggil untuk membaca petikan-petikan tersebut. Walaupun bukan aku yang terbabit, aku tetap berasa tempiasnya, kerana aku penulis novel popular. Aku mengenali dunia novel dengan membaca karya-karya seperti karya Ahadiat Akashah, Lamia Aimal, Zuraidah Othma...

Pesan kubur kepada kita

Imej
Aku terima bingkisan ini melalui emel. Moga kita sentiasa beringat. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali 1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya 1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. Ada 4 dipandang sebagai ibu iaitu: 1. Ibu daripada segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2. Ibu daripada segala ADAB adalah...

Komen DMPB - Forum Buku

Berikut ialah komen yang terpapar di blog forumbuku mengenai novel ...dan mimpi pun bersatu . Sekiranya anda ingin turut serta dalam forum ini, jemputlah ke sana. ... dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran. Tajuk Forum:- Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype? Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya... Apa kata forum buku? Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya ...

Pengembaraan menuntut keadilan 2

Perjuangan untuk mendapatkan keadilan untuk rumah tak siap aku tuh sebenarnya dah sejuk bila aku dapat tahu yang walaupun boleh cancel S&P dengan pemaju, duit yang dah dilaburkan tu tak akan dapat balik. Tetapi...semangat itu kembali memuncak apabila ada fellow forumer - preacher bagitau aku, memang buleh dapat balik duit walaupun tak sepenuhnya. Oleh itu, hari sabtu ni aku akan ke HBA untuk bertanyakan hal ini sebelum membuat permohonan ke tribunal untuk membatalkan perjanjian penjualan. Butir-butirnya seperti berikut: TARIKH : 22 JULAI 2006 MASA : 1.00 TENGAH HARI TEMPAT : NATIONAL HOME BUYER ASSOCIATION, NO. 31, LEVEL 3, JALAN BARAT OFF JALAN IMBI p/s: wabbit, sila hadir kalau nak duwit ko balik...ngeheheh!

Alexander vs Arthur (from the epic movie)

Last nite, I stay up late to watch Alexander (Colin Farrel). Two nights before that, I stay up late also to watch King Arthur (dunno the actor's name but know Guinnevere by Kiera Knightley). So, what's Alexander vs King Arthur? Both are great kings. The first one, wanted to be the King of Asia. He succeed, to some extent. Arthur united his people and formed a great kingdom. Alexander, the conqueror. Arthur, the freeedom fighter. This is my view from the movie. I'm not yet looking deeply into the history of both men. Since I was in IIU, my passion for ancient/medieval history has made me to think a lot about changing my course. From communication to history. But I did not make such moves because thinking about job prospect at that time. If this country give enough opportunity to Indiana Jones-Lara Croft wanna be, then I will make such moves. Back in IIUM, there's one lecture...Bogdan Kopanski, a Turkish resides in Texas, USA. He made me fall in love with history every mi...

Pengembaraan menuntut keadilan - episod 1

Hari ni aku akan memulakan satu episod pengembaraan. Ala-ala enovel, tapi ni kisah benar iaitu kisah aku dalam memperjuangkan keadilan sebagai salah seorang pembeli rumah yang teraniaya. Episod 1 Hari ni aku dan hubby ku ke Tribunal Tuntutan Perumahan. Kononnya nak buat aduan, tapi kami silap tempat. Maklumlah perkara ini baru lagi. Kami diarahkan untuk memfailkan aduan ke bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, tak jauh dari tribunal tuh. Sebaik tiba di sana, aku pun mengisi borang kaler biru. Dalam ruangan aduan aku tulis: Projek rumah terbengkalai. Malas nak elaborate panjang-panjang macam karangan. Aku pasti pegawai-pegawai di situ dah sedia maklum apa masalah aku sebaik saja mereka lihat nama pemaju yang aku namakan dalam borang aduan itu. Selesai membuat aduan, kami berpatah balik ke tribunal untuk mendapatkan maklumat. Maklumlah kami ni memang tak tahu apa-apa. Walaupun sehari suntuk semalaman aku ...

Sepetang di pejabat Tun Dr. M

Memandangkan sudah dua bulan kami menghantar surat untuk menemu bual beliau, kami menyangka yang beliau tidak punyai masa untuk bertemu dengan kami - wartawan/penulis macam kami. Tapi ternyata sangkaan itu jauh meleset. 48 jam sebelum temu bual sebenar dijadualkan berlangung, kami menerima panggilan daripada pembantu beliau menyatakan yang beliau bersetuju untuk ditemu ramah oleh kami. Seperti yang telah kami jangka, ramai yang mahu mengikut rombongan cik Kiah ke KLCC ini. Antara yang mahu mengikut termasuk mereka yang tidak berkenaan langsung. Ada ke patut? Eceh...bukannya apa cuma kami pergi atas alasan rasmi. Tak perlulah escort satu team macam team bola pula. Mentang-mentanglah tengah demam Piala Dunia. Nak ke pejabat Tun pun mesti turun kesebelasan utama ke? Pada petang yang telah ditetapkan, kami berlima - editor, penyelidik, jurugambar, jurukamera video dan pemandu bergerak meninggalkan markas untuk menuju ke menara berkembar dengan semangat yang berkobar-kobar hatta Jalur Gemil...

Phew! Lega rasanya....

Akhirnya debaran berakhir jua. Berjaya juga aku ke udara dengan selamat tanpa terpaksa terjun dengan payung yang tak terbuka. Phew! Aku harap input yang diberi dapat dimanfaatkan bersama. Apa-apa kekurangan, aku mohon ampun. Sebenarnya banyak yang aku nak perkatakan tadi. Tapi disebabkan perasaan gabra dan cuak terlalu menguasai diri, aku jadi kaku dan terpaku. Bila dengar balik suara aku tadi, rasa kembang aje telinga. Macam chipmunk pun ada...wakakakakakakak. Walau apa pun, input yang aku berikan tadi adalah atas dasar keperluan rasmi - tugas hakiki sebagai Penyunting di tempat kerja ku dan bukan sebagai seorang penulis novel. Phew....ada komen? Ekekekekekeke.... Kepada sesiapa yang tak sempat mendengar, bolehlah ke blog Ombak Senja untuk mendapatkan sedikit ulasan.

Lupakan gula

Selepas krisis minyak - kenaikan harga minyak, negara dilanda masalah kekurangan gula pula. Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaacob cadangkan supaya pulaukan gula. Aku sokong! Apa salahnya hidup tanpa gula. Rasanya tak menjejaskan apa-apa. Kalau hidup tanpa garam, memang susah. Lagipun baik untuk kesihatan sekiranya pengambilan gula dikurangkan. Kalau nak sangat manis, gunalah madu. Ataupun letak bawang besar dalam masakan. Ini biasa aku buat. Sebab aku masak memang jarang letak gula kecuali masak sambal. Ataupun mungkin ada alternatif lain yang boleh menggantikan gula. Habis kisah gula, aku nak kisahkan sesuatu yang telah membuatkan aku marah sesangat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sekarang ni kan musim piala dunia. Jadi kat TV dan radio macam-macam promosi piala dunia termasuk peraduan sms. Ada satu syarikat telekomunikasi ni, ***** yang telah berkerjasama dengan satu syarikat pembekal isi (content provider) untuk telefon bimbit yang berpejabat di Jalan A***** iaitu...

Down the memory lane....episode 1

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk di rumah. Mujur di pejabat tidaklah sesibuk seperti yang sepatutnya. Memandangkan si panjang suruh mind our own business, jadi sifat tolong-menolong dan saling bekerjasama anak-anak kapal sudah tidak lagi diamalkan. Maka bertempiaranlah anak-anak kapal membuat kerja masing-masing tanpa perlu mempedulikan kalau-kalau ada sesiapa yang tergolek di hadapan mata. Hm...dah melalut sikit. Aku bukan nak cakap pasal hal itu. Berbalik kepada kesibukan aku di rumah, semuanya berpunca daripada kerajinan suami ku yang sememangnya rajin (baguslah tu, aku malas, dia rajin. Tak ke seimbang...kehkehkehkeh). Tiap-tiap hari dia suruh aku kidnap kotak dari opis. Katanya nak kemas rumah. Maklumlah, rumah kecil, tapi barang banyak. Kebanyakan barang-barang aku yang punya - koleksi semenjak di bangku sekolah menengah hingga ke menara gading. Hampir tiap-tiap hari, ada saja barang-barang yang membuat aku tersenyum sendirian. Terbayang kisah lalu yang pernah berlaku pad...

Pilihan terbaik...yang mana satu?

Janji untuk membuat sambungan entri hari Isnin lalu tergendala sebentar sebab aku dan kumpulan ku mendapat satu misi mustahil dari langit, yang telah diperintahkan oleh si panjang. Maka, tak dapatlah aku mengotakan janji. Tapi hari ini aku akan ceritakan apakah dilema yang menyelubungi diri hingga terpaksa memilih antara dua. Rumah ku, syurga ku. Inilah yang diharapkan oleh setiap orang. Masing-masing mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah idaman. Namun harapan musnah apabila pemaju tidak bertanggungjawab gagal menyiapkan rumah yang telah dibeli tepat pada waktu yang dijanjikan. Inilah yang telah berlaku pada aku dan juga beribu-ribu pembeli rumah di Malaysia ketika ini. Hak sebagai pembeli rumah diketepikan. Hanya baru-baru ini, suara pembeli rumah mula didengari. Itu pun hasil usaha pihak media yang prihatin. Namun usaha ini masih tidak menjamin keadilan di pihak pembeli rumah. Pembeli rumah masih tertindas. Dan pemaju rumah nampaknya masih kebal. Apakah tidak ada jalan penyelesaia...

Pilihan

Setiap hari pilihan dibuat; sama ada kecil atau besar; berjangka pendek atau berjangka panjang; berisiko rendah atau berisiko tinggi; ataupun kedua-duanya sekali yang saling bersangkutan antara satu sama lain. Bagaimana membuat pilihan yang tepat? Aku sendiri pun kadang-kadang clueless. Jika di kelas pengurusan, aku diajar cara untuk membuat keputusan. Ada beberapa langkah yang perlu diikuti. Pertama, kenal pasti punca masalah atau punca keputusan perlu dibuat. Cari sebab kenapa masalah itu berlaku atau kenapa keputusan itu perlu dibuat. Kedua, selepas pencetus dikenal pasti, brainstorm alternatif. Maknanya, fikirkan alternatif yang mungkin boleh menyelesaikan atau membantu menyelesaikan masalah. Brainstorm di sini bermaksud, berfikir secara bebas tanpa memikirkan sama ada logik atau tidak seseuatu alternatif itu. Alternatif yang timbul tidak perlu dipertikaikan buat masa ini. Hanya luahkan apa saja yang terkandung di dalam hati dan fikiran ketika itu. Ketiga, analisis alternatif hasil...

Anak-anak ku

Dah lama aku tak mencoretkan sesuatu mengenai Darling Angels ku. Semalam masuk blog kak Pink, dia cerita pasal anak dia. Dulu masa aku ke blog Infa pun dia penah cerita ragam anak-anak dia. Aku rasa, aku pun nak join the bandwagon. Semalam Bobot demam panas. Pagi tadi pun badannya panas. Muntah dan cirit birit. Cuak juga aku. Tapi disebabkan hari ini ada audit, maka aku terpaksa datang juga ke opis. Kalau tak, selamba aje aku EL. Tapi kalau keadaan dia tak berkurangan, aku akan balik juga. Bobot dah boleh sebut beberapa perkataan mudah - macam 'umi', 'ayah', 'idah', 'nak nenen', 'nak'- walaupun lambat daripada Aliyah. Aliyah dulu umur setahun dah boleh sebut banyak perkataan. Sekarang ni macam bertih jagung. Bercakap tak henti-henti macam mak nenek. Kelmarin dia makan buah epal. Saya tengah gosok baju. Tiba-tiba dia bersuara, "Umi...kulit epal ni boleh makan tak?" Aku jawab, "Ya." Lepas tuh dia sambung lagi, "Kulit...

Berubah arah lagi?

Tadi aku berkesempatan pergi ke konferens media untuk liputan majalah. Dah lama tak rasa teruja begini sejak meninggalkan dunia pengiklanan dan perhubungan awam. Terasa rindu semacam. Tiba-tiba idea gila muncul. Kenapa aku tak jadi wartawan sepenuh masa? Menulis ialah kegemaran ku. Dan saban hari memang aku mencari cabaran sebegini rupa. Entahlah...kenapa tiba-tiba aku berfikiran begini. Mungkin aku dah terlalu lama duduk di belakang meja jadi tukang mekap dan tukang rias karya orang lain. Mungkin kerja aku sudah tidak mencabar seperti dulu. Mungkin aku dah bosan. Mungkin dan mungkin dan mungkin.... Tapi untuk mengubah kerjaya pada umur dan tahap aku sekarang...memang tak sesuai. Punca aku meninggalkan dunia pengiklanan dan perhubungan awam adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga. Tak kan aku nak sekali lagi mencagarkan komitmen yang penting itu demi sebuah kerjaya yang memuaskan. Di sini aku ada dua pilihan. Pertama, teruskan bekerja di tempat sekarang. Buat kerja mac...

Terperangkap dalam cerita

Pernah tak kalian terperangkap dalam cerita yang kalian tontoni atau novel yang kalian telah baca? Aku pernah. Berkali-kali pernah terutamanya setelah selesai membaca novel atau semasa mengarang novel. Dahulu sewaktu sedang menghabiskan ...dan mimpi pun bersatu, aku 'terperangkap' dengan Zarul. Kemudian aku membaca Hatiku di Harajuku karangan Ramlee Awang Mursyid. Terperangkap pula aku di negara matahari terbit hinggakan terngiang-ngiang bunyi dentingan pedang samurai. Malah setiap filem/kartun Jepun yang ditayangkan di TV telah mula menjadi perhatian ku. Kini, aku terperangkap pula di Turki tahun 1765 Masihi dalam Aylana karya salah seorang penulis kegemaran ku dari kota Singa, Manaf Hamzah. Terbayang jelas di minda ku zaman itu, kapal dagang berlayar di lautan luas, kegiatan lanun dan pengembaraan. Secara kebetulan, aku memang meminati cerita/filem yang berunsurkan pengembaraan, lanun dan kapal layar. Lantas The Pirates of Carribean (camni ke eja tempat tuh? ekekekek...

Konon...

Konon tak nak buat entri baru sebab nak concentrate study. Konon nak study, buku pun tak pegang lagi. Konon nak buat assignment, baru pegang bahan rujukan, dah kena tolak ke tepi. Konon nak prepare awal-awal, tapi masa dan tinggal seminggu lebih saja lagi, revision tak mula pun. Apalah aku ni asyik konon-konon aje. Masa ambil degree dulu, konon-konon ni tak ler separah ini. Konon-konon pun masih boleh serius. La ni, konon-konon nak ambil masters, tapi main-main. Huwaaaa!!! Somebody please knock my head!!! Sememangnya aku tak pernah serius apabila melakukan sesuatu rancangan. Bila aku serius, mesti sesuatu berlaku dan membantutkan usaha serta rancangan aku yang maha serius tadi. Jadi, kesimpulannya, buat main-main. Kalau tak menjadi, tak ler sakit hati sangat sebab main-main. Cuma aku seirus tentang perkara-perkara ini. Aku serius bila orang main-main dengan kredibiliti dan integriti. Aku serius bila orang berilmu berfikiran sempit. Aku serius bila orang bercakap tak bertapis. Aku seriu...

Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006

Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC. 23 Mac Khamis Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang! 24 Mac Jumaat Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dap...