Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme

Bengkel Kajian Novel popular di Malaysia yang telah selamat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 15 Disember 2006 yang lalu telah berjaya menghimpunkan ramai penulis novel popular, pengkritik novel, pemerhati dan tidak kurang juga peminat novel sastera.

Bertemakan Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme, bengkel tersebut telah berjaya mengupas 16 buah novel berdasarkan skop kajian yang telah dikenal pasti.
Novel-novel yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:

1. Mahligai Cinta, Sri Diah (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Hashim Ismail. Sudut kajian: Kenapa membaca novel popular?
2. Tunjukkan Aku Satu Bintang, John Norafizan (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Nilai kekeluargaan yang kabur
3. Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Mursyid (ALaf 21) dibincangkan oleh Mohamad Saleeh Rahamad. Sudut kajian: Sebuah hikayat moden
4. Pasrah Kasih, Mazia Harris (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Misran Rokimin. Sudut kajian:Novel popular lebih nilai komersial daripada nilai intelektual
5. Nyanyian Tanjung Sepi, Noor Suraya (Creative) dibincangkan oleh Dr
Amida @ Hamidah Abdul Hamid. Sudut kajian: Menggemblengkan cinta syumul sebagai prioriti dalam ziarah insan
6. Jendela Hati, Aisya Sofea (Alaf 21) dibincangkan oleh Dr Hj Talib Samat. Sudut kajian: Strategi dan teknik naratif
7. Cemburu Seorang Perempuan, Siti Hazneza Abd Hamid (Creative) dibincangkan oleh Hjh Zalila Sharif. Sudut kajian: Polarisasi antara ketekalan dan kerjasama
8. Tak Seindah Mimpi, Sharifah Abd Saleem (Alaf 21) dibincangkan oleh Hj A. Rahim Abdullah. Sudut kajian: Bukan fiksyen dan teknik naratif
9. Secebis Kasihmu, Syamimi Aminollah (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Ruzy Suliza Hashim. Sudut kajian: Pembikinan feminiti dan maskuliniti dalam novel Melayu
10. Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah (Riketkertas) dibincangkan oleh Prof. Mohd Mokhtar Hassan. Sudut kajian: Antara komersialime dengan intelektualisme
11. Gemersik Kalbu, Anis Ayuni (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Dr Hj Mohd Sahlan Mohd Saman. Sudut kajian: Mencari keintelektualan, kegunaan dan keindahan daripada sebuah novel popular
12. Maafkanlah Aku, Zaharah Muhammad (Creative) dibicangkan oleh Hj. A. rahim Abdullah. Sudut kajian: Krisis identiti wanita yang pasrah
13. Bukan Puteri Lindungan Bulan, Liana Afiera Malik (Creative) dibincangkan oleh Hj Hamzah Hamdani. Sudut kajian: Wanita tabah
14. Original, HM Tuah (Alaf 21) dibincangkan oleh Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Bauran imaginasi dan realiti
15. Mencintaimu, Nass Alina Noah (Creative) dibincangkan oleh Prof Madya Dr Misran Rokimin. Sudut kajian: Tujuh ramuan diadun dalam bovel popular
16. Getaran Rindu, Norzailina Nordin (Alaf 21) dibicangkan oleh Dr kamariah Kamarudin. Sudut kajian: Antara komersialime dengan intelektualisme

Pelbagai persoalan telah dibincangkan sepanjang dua hari bengkel berlangsung. Masing-masing tampil dengan pendapat sendiri. Ada pihak yang menentang cadangan DBP hendak menerbitkan novel popular. Secara jujur, aku bersetuju. Biarlah DBP kekal sebagai sebuah badan yang memartabatkan bahasa dan bangsa. Penerbitan novel popular biarlah menjadi periuk nasi penerbit swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Novel serius dan novel popular punya khalayak masing-masing.


Sepanjang dua hari juga banyak perkara yang aku pelajari. Yang nyata aku tidak akan menulis novel serius kerana aku lebih suka menyampaikan sesuatu yang serius dalam bentuk yang popular.

Tidak semestinya yang komersial itu tiada nilai inteleknya. Sungguhpun disampaikan dalam bentuk santai, persoalan yang ingin diketengahkan mestilah berguna untuk mendidik anak bangsa. Ibarat serampang dua mata: berhibur sambil mendidik.

Ini kata aku. Kata orang lain, aku tak tahu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit