Tempat jatuh lagi ku kenang....
1999...tahun keramat bagi aku kerana pada tahun ini hampir kesemua anganan ku tercapai.
Sejak mula mendaftarkan kaki ke uni, impian ku adalah untuk menyertai pasukan taekwondo dan mendaki gunung. Walau bagaimanapun, aku hanya mampu menjadi ahli kelab Taekwondo. Nak naik gunung, aku masih belum cukup motivasi. Kawan-kawan sibuk mengajak setiap kali ada ekspedisi menjejak kaki gunung. Dan aku selalu berhelah itu ini untuk tidak turut serta. Motivasi tak ada, keberanian tak ada, malu, segan (malas), takut dan tak ada keyakinan diri.
Tahun kedua aku di uni, kecelakaan melanda. Sewaktu sesi latihan, ketika aku membuat double turning kick, kaki kiri tersalah landing. Akibat imbangan pincang, aku kecundang - terduduk di atas lantai dan dunia ku rasakan sunyi beberapa saat sebelum rasa sakit dan jeritan semangat rakan-karan berkata 'haik' kedengaran kembali. Aku rasa seperti tempurung lutut ku hilang. Sewaktu bangun, kaki kiri ku langsung tidak boleh berdiri tegak, lembik macam jeli. Namun aku berlagak macho dan masuk semula ke dalam barisan. Pabila Master Moi bertanya akan keadaan ku, dengan selamba aku jawab 'ok'. Padahal aku sudah tidak mampu untuk meneruskan latihan. Maka malam itu merupakan tanda penamat bagi ku dalam seni mempertahankan diri tersebut. Impian ku untuk mendapat tali pinggang hitam hancur lebur.
Setahun aku merehatkan diri daripada terlibat dalam apa-apa jua aktiviti sukan. Lutut aku masih sakit. Tapi pada satu hari, rakan sebilik mengajak ku untuk mengayuh basikal dari PJ ke Taman tasik Perdana. Walau pun kurang yakin dengan kesihatan lutut, aku degilkan diri jua. Alhamdulillah. Lutut aku semakin tidak sakit selepas mengayuh berbatu-batu. Keadaan ini terus menguatkan semangat aku untuk tidak terus mengaku kalah kepada aktiviti lasak.
Oleh itu, pada tahun ketiga aku di uni, tahun 1999, aku memberanikan diri mendaftar untuk mengikuti satu ekspidisi mendaki Gunung Yong Belar, yang mempunyai ketinggian 7000 kaki ke atas. Pada mulanya ekspedisi itu akan disertai oleh dua orang rakan sebilik ku. Namun malang, mereka menarik diri saat-saat akhir. Tinggal aku sendirian meneruskan perjuangan.
Disebabkan aku lambat menyerta kelab pendakian ini, aku tidak kenal siapa-siapa dalam ekspedisi itu. Kebanyakan rakan satu batch sudah pun bersara kerana menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kira aku ni dah ler late entrant, terbalik pula tuh. Orang lain struggle gila-gila dalam tahun 3 dan 4, aku sempat bersuka ria daki gunung.
Ekspedisi mendaku Gunung Yong Belar itu akan disertai oleh lebih kurang 20 orang pelajar, dan hanya ada tiga orang perempuan sahaja. Cuak memang cuak. Maklumlah, tak kenal sesiapa dan tak pasti sama ada aku boleh melaluinya atau tidak.
Alhamdulillah, ekspedisi selama lima hari itu berakhir dengan jayanya sebab aku tak pancit gila-gila. Cuma jalan lambat ala kereta kebal (bak kata Jusoh waktu kami daki Gunung Tahan tak lama kemudian), lutut aku buat hal kejap. Yang kelakar, aku pergi jerit kuat-kuat macam orang gila waktu tiba kat puncak. Dah ler senior, perangai serupa budak tadika...ekekekekek. Malu!
Tujuan utama aku singkap kisah panjang lebar nih sebab hari Ahad ni aku akan berangkat ke Cameron Highland untuk bercuti. Sudah lama aku ingin kembali melihat tempat jatuh ku. Tapi aku bukan nak pergi redah Yong Belar lagi. Mana larat, stamina tahap zero. Since aku akan ikut Simpang Pulai, aku akan tiba di Kampung Raja dulu. Banyak kenangan di sana, akan ku kutip satu persatu semula. Sejak 1999, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki semua ke situ. Nostalgiknya! Rasa macam nak kembali ke zaman silam pula...ekekekeke.
Aku harap taklah seharian hujan. Maklumlah Jabatan Meteorologi melalui EWARNS meramalkan hujan akan turun pada hari-hari percutian ku nanti. Dan aku harap juga akan dapat idea-idea baru untuk terus berkarya.
Ulasan
Catat Ulasan