Pengembaraan menuntut keadilan - episod 1

Hari ni aku akan memulakan satu episod pengembaraan. Ala-ala enovel, tapi ni kisah benar iaitu kisah aku dalam memperjuangkan keadilan sebagai salah seorang pembeli rumah yang teraniaya.

Episod 1
Hari ni aku dan hubby ku ke Tribunal Tuntutan Perumahan. Kononnya nak buat aduan, tapi kami silap tempat. Maklumlah perkara ini baru lagi. Kami diarahkan untuk memfailkan aduan ke bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, tak jauh dari tribunal tuh.

Sebaik tiba di sana, aku pun mengisi borang kaler biru. Dalam ruangan aduan aku tulis: Projek rumah terbengkalai. Malas nak elaborate panjang-panjang macam karangan. Aku pasti pegawai-pegawai di situ dah sedia maklum apa masalah aku sebaik saja mereka lihat nama pemaju yang aku namakan dalam borang aduan itu.

Selesai membuat aduan, kami berpatah balik ke tribunal untuk mendapatkan maklumat. Maklumlah kami ni memang tak tahu apa-apa. Walaupun sehari suntuk semalaman aku menatap laman web HBA (House Buyer Association) dan Persatuan Penduduk Bukit Jalil, aku masih tak faham dan otak aku tak dapat nak mencerna bacaan ku dengan baik. Nak kena ada orang cakap baru aku paham.

Beginilah lebih kurang perbualan kami dengan pegawai kaunter berkenaan:
Kami: Encik, boleh batalkan S&P dengan pemaju?
Peg. kaunter: Boleh
Kami: Boleh menang ke?
Peg. kaunter: Rasanya boleh. Kami akan bicarakan mereka.

Bunyi macam senang, kan? Tapi rasa macam mustahil aje. Maklumlah pemaju yang nak kami lawan, kebal sungguh. Kena denda pun...alahai cipuuutttt sangat kalau banding dengan ratusan pembeli rumah yang teraniaya dek projek terbengkalai mereka. Kata kawan, ada 'orang besar' dalam syarikat tu. Sebesar-besar dia, ada lagi yang lebih besar tau. Allah Maha Kuasa. Aku pasti satu hari 'orang-orang besar' tuh akan dilaknati oleh Allah sebab menganiaya ramai orang. Amin! (tolong aminkan ya).

Aku sangat setuju dengan saranan "Bina dulu baru jual". Aku rasa pemaju tak payahlah nak sibuk-sibuk perjuangkan hak mereka. Selama ni yang selalu teraniaya ialah pembeli, bukan pemaju! Tapi heran aku...kenapa pembeli selalu teraniaya. Kebal sangatkah pemaju-pemaju tuh? Nampak macam ketidakadilan secara terang-terangan berlaku sejak sekian lama. Di mana keadilannya? Siapa nak jawab?

Aku sedang mengumpul mana-mana pembeli yang teraniaya yang membeli projek perumahan sama macam aku. Setakat ni aku cuma ada wabbit dan Karen. Karen dah ada beberapa orang nama pembeli. Ada sesiapa yang nak join?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit