Demam pesta buku...24 Mac - 2 April 2006

Aku demam!!! Pesta buku punya pasal. Hari ni aku rasa letih sesangat. Nak cuti tapi tak boleh sebab ada IQA...huwaaaa!!! Nak recap sepanjang 10 hari berpesta dengan buku di PWTC.

23 Mac Khamis
Lepas lunch terus bersiap-siap untuk ke PWTC untuk menghantar stok buku-buku yang akan dijual. Lewat petang baru selesai punggah-memunggah dan susun- menyusun. Selepas itu pergi beli KFC melantak bersama kru penerbitan dan kru program kat kabin. Kenyang!

24 Mac Jumaat
Hari pertama bertugas (rasmi). Seawal 9.30 pagi kami sudah sampai. Sewaktu melalui booth Fajar Pakeer di Hall 1, jantung ku berdegup pantas ketika sepasang mata ku terpandang ...dan mimpi pun bersatu tersusun di atas rak. Rakan sepejabat sudah mula mengusik dan tersenyum meleret, perli dan cemburu lah tuh...ekekeke.Satu kejutan juga bila CarrieKirana datang menjenguk ke booth majikan ku. Tak sangka akhirnya dapat juga kita berkenalan. Terserempak dengan kak Em dan kak Noorsuraya. Tapi tak sempat hendak berbual panjang.Aku dapat tanda tangan Abdul Rahim Awang .

25 Mac
pertama bertugas (tak rasmi). Dengan ditemani oleh Aliyah, aku lepak sebentar di gerai Kiddibird, Hall 2. Buat pertama kalinya bertatapan wajah secara empat mata dengan kak Aina Emir, Mimie Afinie, Anita Abdullah dan Fauziah Ashaari. Izzul Izzati pun ada juga. Bukan itu sahaja, malah aku berpeluang bersua muka dengan Lia, Adhan, dan Eita. Dan juga Norra Hassan. Intai-intai kak Anis Ayuni. Ramainya peminat dia. Dapat berbual sekejap. Itu pun sebab terserempak di tengah jalan.Atie...thanks for dropping by.Nampak enigma dan redsportcar tengah melayang-layang mencari mangsa...weh korang...duk diam-diam bleh tak? Err...ada sesiapa yang aku missed out? Harap ampun. Pagi ni CPU aku groggy sikit akibat penangan ubat batuk...uhuk!

26 Mac Ahad
Hari kedua menjalankan tugas rasmi. Kali ini aku dapat berkenalan pula dengan seorang kanak-kanak dewasa yang nakal yang selalu bom umah aku - Syi. Malu-malu gitu. Dalam blog bukan main nakal lagi dia! Dan yang paling seronok, aku dapat kenakan Najwa Aiman...huakakakakaka. Punyalah lama aku tercegat kat depan dia perhatikan dia melayan peminat-peminatnya. Bila aku hulurkan Kasih Kita dan sebut 'nama' aku, dia masih tak dapat cam hinggalah Izzul Izzati telefon aku dan aku ceritakan apa yang sedang berlaku. Baru dia perasan..wakakakak. Poyo! Jumpa kak Anis lagi. Kali ni dapat gak melepak lama sket sebelum dia kena duty lagi.

27 Mac Isnin
Aku EL. Migrain. Lepak aje kat rumah layan Aliyah dan Nurin.
28 Mac SelasaSepatutnya aku bertugas petang, tapi Mr. R gilakan RM. Dia hamik shif aku...huhu! Tapi petang tuh lepas abis keje, aku sempat singgah untuk dapatkan tanda tangan Ramlee Awang Mursyid...tehehe.

29 Mac Rabu
Aku cuti. Kononnya nak melepak di pesta buku sebab tak habis tawaf tujuh pusingan. Tapi lain yang dirancang, lain yang terjadi. Aku dapat tahu KWSP lom bayar haku nyer yuran belajar. Rupa-rupanya kena amik cek tu sendiri dan bayar kepada OUM. Haru betul. Maka dengan hati yang separuh bengkek, aku ke KWSP sebelum terus ke OUM. Kemudian balik semula ke pejabat (cuti pun aku lepak kat opis..sakit mental kut...ekekeke). Menjelang pukul 3 petang barulah aku ke pesta buku jumpa Najwa Aiman lagi untuk turunkan tanda tangan pada novel aku. Lepas tuh, sambung merayau sebelum bertugas di booth majikan ku sehingga jam 9 malam. Letih wooo!!!(Ada satu kisah sedih ) Izzul, Kak Lena dan Infa bersoping tak ajak aku...huwaaaa...sampai hati korang. Tapi aku dah tau kenapa ... makacih )

30 Mac Khamis
Tugas rasmi lagi. Aku merayau-rayau sambil beli novel dan buku bacaan untuk Aliyah. Macam-macam kerenah pelanggan aku terpaksa layan. Ada yang okay dan ada yang kerjanya asyik nak kondem produk kami. Apa-apa sajalah labu...dah adat dunia ada yang setuju dan ad yang tidak. Lunch dengan kak Ija dan kak Lena.

31 Mac Jumaat
Rasmi lagi. Fuh...longlai aku kepenatan. Er..aku sebenarnya tak ingat ler apa jadi ari tuh. Yang aku ingat, aku beli buku resepi kat Karangkraf. Dan...hehehe...aku jumpa Ujang. Beli Jibam soh dia sign. Lepas tuh pergi DBP, beli novel lama harga RM1. Aku beli 3.

1 April Sabtu
Tugas tak rasmi di booth Kiddibird. Tapi sebelum tuh, aku singgah di booth majikan ku. La...tak buka lagi. Lalu dengan rasa penuh tanggungjawab...ececece...aku pun tolong bukak kedai. Itu pun lepas aku beli prepaid, pen dan popcorn. Sedang sibuk-sibuk mengemas, Mr. S datang bawa laptop. Lepas tuh, Mr. R datang dengan muka seposen sebab demam. Tengah sibuk-sibuk borak, datanglah tiga sekawan bawak surprise...ehehehehe. Terharu aku korang nih. Dah tue-tue pun dapat besday kek walaupun besday aku lagi 3 hari. Makacih...ooo..inilah sebabnya korang tinggalkan aku kesepian hari Rabu ari tuh ek? Lepas tuh, kami berempat pergi ke booth Karangkraf hantar hadiah dan kek untuk Kak Anis. Happy birthday, kak Anis yang ke...oopsss. Kena tanya dia sendiri . Hajat di hati nak sambut bersama, tapi Kak Anis on duty....Kemudian, kami terus ke kafe di sebelah luar Hall 2 untuk potong kek aku. Kelako aje.

Lepas makan, kami rayau-rayau. Kami ni sapa ek? Sudah tentulah aku, Izzul, Kak Lena dan Infa. Lepas puas merayau, aku dan Izzul duduk di booth Kiddibird melayan rakan dan pembaca novel. Seronok berbual dengan kak Aina dan kak Mimie. Tak kering gusi dibuatnya.

Ada kejutan lagi. Aku dan Izzul berpeluang jumpa Manaf Hamzah, penulis daripada Singapura yang telah menulis novel Dedaun Hijau di Angin Lalu dan Anggerik di Tangkai Mawar. Terharu...tapi sayang novel dia aku tak bawa sebab tak tahu yang dia akan turun padang hari tuh...huwaaa!!! Novel Manaf Hamzah berjaya buat aku menangis. Tak pernah aku menangis bila membaca novel karangan seorang penulis lelaki. Novel-novel karangannya telah berjaya menyentuh jiwa ku yang brutal...ekekekekekekekekekekekekekekeke. Terjumpa dengan CarrieKirana lagi dan juga Lia. Dan aku berpeluang berkenalan dengan Puteri Andalas. Begitu lemah lembut dan soft spoken orangnya. Terkesima aku (gambar kami ada di blog CarrieKirana).Dapat berkenalan dengan kak Noor. Dengar khabar, dia menanti enigma. Tapi budak tuh cam biskut. Kejap ada, kejap idak. Bela hantu raya gamaknya..ekekeke.

2 April Ahad
Hari terakhir pesta buku tapi aku tidak dapat menghadirkan diri sebab ada function nak kena organize - besday mengejut si Bobot. Lintang-pukang aku masak. Nasib baik adik-adik aku ada. Maaf sebab aku tak dapat jemput sesiapa, hanya jiran-jiran terdekat sahaja.

3 April Isnin
...hari ni.Pesta buku dah selesai. Banyak buku yang aku borong: Kembar Terpilih (Meor Shariman, PTSOne - ada assignment sket), Kasih Kita dan Danur Kasih (Najwa Aiman, CESB - satu tuh free, buy one free two. Satu lagi aku tak perasan apa tajuknya), Kasihku di Harajuku (Ramli Awang Mursyid, Alaf21), koleksi buku masakan - roti, jus, kek, bistro dan puding (Karangkraf), Jibam (Ujang, CESB) dan tiga buah novel DBP...aku lupa tajuk daaa...Bila aku nak baca semua buku-buku nih?Tak pe...dengar khabar ada sorang tuh dah wat koleksi bertimbun-timbun. Yang tahun lepas pun tak abis baca, tambah plak ngan tahun ni punya. Bila nak abis kak oi...ekekekeke.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit