Pilihan

Setiap hari pilihan dibuat; sama ada kecil atau besar; berjangka pendek atau berjangka panjang; berisiko rendah atau berisiko tinggi; ataupun kedua-duanya sekali yang saling bersangkutan antara satu sama lain. Bagaimana membuat pilihan yang tepat? Aku sendiri pun kadang-kadang clueless.

Jika di kelas pengurusan, aku diajar cara untuk membuat keputusan. Ada beberapa langkah yang perlu diikuti. Pertama, kenal pasti punca masalah atau punca keputusan perlu dibuat. Cari sebab kenapa masalah itu berlaku atau kenapa keputusan itu perlu dibuat.

Kedua, selepas pencetus dikenal pasti, brainstorm alternatif. Maknanya, fikirkan alternatif yang mungkin boleh menyelesaikan atau membantu menyelesaikan masalah. Brainstorm di sini bermaksud, berfikir secara bebas tanpa memikirkan sama ada logik atau tidak seseuatu alternatif itu. Alternatif yang timbul tidak perlu dipertikaikan buat masa ini. Hanya luahkan apa saja yang terkandung di dalam hati dan fikiran ketika itu.

Ketiga, analisis alternatif hasil daripada sesi brainstorm tadi. Waktu inilah baru kita mengkaji dan menimbangkan pilihan yang ada secara logik dan praktikal berdasarkan kepada masalah tersebut. Sudah tentu sekarang, beberapa pilihan sudah dibuat.

Oleh itu, keempat, biar masalah itu dieram. Macam ibu ayam mengeram telur. Buatlah apa-apa saja sementara masalah itu sedang incurbate. Sembahyang hajat atau istikharah, pergi minum kopi semangkuk dua ataupun tidur. Kemudian, kembali semula kepada beberapa alternatif yang telah dipilih tadi. Selalunya minda yang tenang dan segar boleh melihat kekurangan alternatif yang dipilih. Malah kita boleh melihat masalah itu dari satu sudut yang baru yang mungkin tidak terfikir tadi.

Kelima, sebelum pilihan dibuat, berbincang dahulu dengan mereka yang akan turut menerima akibat daripada tindakan tersebut. Jelaskan kepada mereka kenapa pilihan itu dibuat dan apakah implikasi yang akan dihadapi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan. Tanpa sokongan, keputusan yang baik pun boleh gagal.

Keenam, buat keputusan berdasarkan pilihan yang dibuat tadi. Sentiasa ikuti perkembanganya untuk melihat keberkesanan. Jia keputusan dibuat tidak berjaya, ulangi langkah-langkah tadi.
Bukan senang nak buat keputusan, kan? Silap langkah, besar kerugian yang terpaksa ditanggung. Ada sesetengah orang begitu mudah membuat keputusan seperti ABC, dan sepantas kilat. Mungkin dia mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas.
Sebab utama aku menulis begitu akademik pagi ini sebenarnya nak meluahkan perasaan yang kucar-kacir akibat terpaksa membuat pilihan. Perghhh....panjang gila n3 aku. Apa kata esok saja aku beritahu masalah tersebut. Mungkin kita boleh sama-sama buat brainstorming.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit