Komen DMPB - Forum Buku

Berikut ialah komen yang terpapar di blog forumbuku mengenai novel ...dan mimpi pun bersatu. Sekiranya anda ingin turut serta dalam forum ini, jemputlah ke sana.

... dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran.

Tajuk Forum:-
Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype?
Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya...

Apa kata forum buku?
Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya biarlah yang meninggalkan kesan di hati kita. Biarlah yang berilmu. kerana sesuatu yang berilmu itu akan berkekalan sepanjang zaman. Kadang kala saya merasa kehausan di dalam membaca novel. Saya inginkan kelainan, saya inginkan suntikan baru. Bukan novel ini saja yang saya maksudkan, malah banyak lagi novel di luar sana yang stereotype. Hingga kini, saya masih lagi menantikan kelaianan yang dibawa oleh barisan penulis muda yang terkenal atau pun yang baru melangkah ke alam penulisan. Adakah selama-lamanya kita akan disogokkan dengan kisah cinta seperti ini? bertemu... bercinta... kemudian berkahwin, akhirnya berpisah. Kadang kala saya melihat karya yang dihasilkan seperti tayangan filem hindustan.

Walau bagaimana pun, kredit harus diberikan kepada penulis ini. Berani menghasilkan sesuatu yang saya fikir agak mengelirukan. Mujurlah disertakan dengan diagram susur galur dinasti keluarga diraja kerajaan Dhiyapura. Pada fikiran saya, karya Izza kali ini adalah sesuatu yang stereotype tetapi dgarap dengan cara yang tersendiri. Ketika membaca saya seperti berada di alam yang berbeza, seperti berada di alam fairy tales.
Kredit saya untuk cik Izza, bagus! dan saya harap Cik Izza akan terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit