Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

TransGenesis Amir Husaini

Imej
Tahniah kepada novelis Amir Husaini kerana telah menerbitkan novel kedua beliau selepas Ombak Senja (Tintarona Publication). Novel sci-fi terbitan PTS Fortuna ini berjudul Transgenesis: Bisikan Rimba. Insya-Allah, bulan hadapan, berbarislah novel ini di kedai-kedai buku utama. Insya-Allah juga tidak berapa lama lagi, saya dan Amir Husaini bakal menerbitkan koleksi nopen sci-fi secara beregu. Sekarang ini kami sedang berhempas pulas menyiapkan manuskrip. Adoi! Banyaknya komitmen penulisan yang saya sasarkan tahun ni. Sempatkah? Hahahaha... Nampaknya saya memerlukan seorang pembantu peribadi!