Berubah arah lagi?

Tadi aku berkesempatan pergi ke konferens media untuk liputan majalah. Dah lama tak rasa teruja begini sejak meninggalkan dunia pengiklanan dan perhubungan awam. Terasa rindu semacam. Tiba-tiba idea gila muncul.

Kenapa aku tak jadi wartawan sepenuh masa? Menulis ialah kegemaran ku. Dan saban hari memang aku mencari cabaran sebegini rupa. Entahlah...kenapa tiba-tiba aku berfikiran begini. Mungkin aku dah terlalu lama duduk di belakang meja jadi tukang mekap dan tukang rias karya orang lain. Mungkin kerja aku sudah tidak mencabar seperti dulu. Mungkin aku dah bosan. Mungkin dan mungkin dan mungkin....

Tapi untuk mengubah kerjaya pada umur dan tahap aku sekarang...memang tak sesuai. Punca aku meninggalkan dunia pengiklanan dan perhubungan awam adalah kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga. Tak kan aku nak sekali lagi mencagarkan komitmen yang penting itu demi sebuah kerjaya yang memuaskan.
Di sini aku ada dua pilihan.

Pertama, teruskan bekerja di tempat sekarang. Buat kerja macam biasa. Ada kerja sibuk, tak ada kerja, goyang kaki. Kena marah sudah pun pasti walaupun bukan salah sendiri. Masa depan terjamin.

Kedua, tukar kerjaya yang lebih mencabar seperti wartawan atau balik ke dunia pengiklanan dan perhubungan awam. Kerja tak tentu masa. Kena marah memang wajib tapi berbaloi sebab pertahankan apa yang kita buat. Masa depan bergantung kepada ekonomi.

Kemungkinan pertama, kurang risiko dan kemungkinan kedua, paling banyak risiko dan mencabar keupayaan. Tapi itu yang aku cari selama ini. Aku rasa macam kena sumpah dengan bekas CEO lama aku. Dia kata, aku tak akan kerja lama di tempat aku sekarang sebab aku bukan jenis yang suka duduk belakang meja, tunggu arahan.
Dia betul! Padan muka aku!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit