Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Kembali sibuk

Syawal sudah berlalu. Cuti pun sudah habis. Kini saya kembali ke meja pejabat mengadapi tugas yang semakin mencabar dan menarik. Namun saya tak lupa kepada janji untuk menyudahkan novel-novel yang terbengkalai selama ini. Jadi...bermulalah waktu sibuk saya...SEKARANG! 

Harga barang turun?

Berita di kaca tv malam tadi buat aku lega. Akhirnya turun juga harga barang keperluan. Lantas pagi ni terus aku buka akhbar online. Hajat di hati nak mengintai-ngintai produk keperluan manakah yang sudah diturunkan harganya oleh pasar raya gergasi terbabit. Dalam akhbar Utusan Online memetik, antara lain: "Antara barangan keperluan yang diturunkan harga ialah beras Jasmine Siam Best 10 kilogram (kg) dengan potongan 18 peratus, Jasmine Super Special 10kg (18 peratus), biskut Julies Cracker 250 gram (25 peratus), biskut Julies Love Letter 120 gram (25 peratus), minyak masak Soylite 3 kg (3.5 peratus), pencuci muka pelbagai jenama (24 peratus) dan gel rambut Revive (27 peratus)." Selain itu, aku intai juga ke laman web pasar raya berkenaan. Pada hemat akulah kan, selain beras dan minyak masak, barang yang lain tu (setakat hari ini, seperti yang terpamer di laman web mereka dan juga di akhbar) bukan barang keperluan sangat bagi aku. Pada aku, barang keperluan yang sangat-sangat