Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Segalanya Cinta...versi e-book (teaser)

Imej
Alhamdulillah...setelah lama terpendam hasrat ini, akhirnya novel kedua saya berjaya juga diterbitkan semula dalam bentuk e-book. Sebelum ini, novel Segalanya Cinta telah diterbitkan oleh NH Media pada tahun 2002. Kini saya menerbitkannya semula dalam versi elektronik. Versi ini merupakan versi asal tanpa suntingan penerbit terdahulu. Cuma ada beberapa penambahbaikan dari segi ejaan dan isi. Moga novel ini berjaya menghiburkan dan memberikan manfaat yang berguna. Dapatkannya di  http://www.e-sentral.com/search/byid/1666

Segalanya Cinta versi e-book

Imej
Vampira sudah melalui penilaian penerbit. Malangnya dalam cuaca penerbitan masa kini tidak menggalakkan penerbitan novel fantasi sebegini, makanya manuskrip itu ditolak untuk diterbitkan. Alah bisa, tegal biasa. Saya tak patah semangat. Sebaliknya, perkara itu membuka satu peluang baharu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini; iaitu self-publish. Pada mulanya saya merancang mahu menerbitkan novel salinan keras. Tetapi setelah memikirkan risiko dan modal yang terpaksa dilaburkan, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara e-book. Kini Vampira hanya menunggu kulit luarnya siap. Setelah siap, saya akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya. Sementara menunggu cover Vampira disiapkan, saya telah mula mereka letak novel kedua saya yang pernah diterbitkan dahulu iaitu Segalanya Cinta . Hanya menunggu kehadiran e-ISBN sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja e-ISBN diperoleh, saya akan muat naik e-book Segalanya Cinta ke laman web e-Sentral.com E-book Segalanya Cinta akan menjad