Kena cabut ke?

Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi.

Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepala gas, gas akan keluar sedikit. Inilah salah satu punca kebakaran.

Sekarang aku dah tau. Lepas ni selesai saja masak, aku akan cabut kepala gas. Kalau tak....malang tak berbau. Walau gas ada bau, selalunya dah lambat baru tau.

Ulasan

  1. izza, ko ckp pasal regulator tu kan. Setahu aku la sbb dulu aku setiap kali habis pakai sblm masuk tidur mlm aku selalu tutup gas tapi org gas tu ckp jgn tu sbb kepala dia rosak. Kalu nak gi holiday lama baru boleh tutup gas tu kata dia, kata dia la aku ikut aje..heehee!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit