Terperangkap dalam cerita

Pernah tak kalian terperangkap dalam cerita yang kalian tontoni atau novel yang kalian telah baca?

Aku pernah. Berkali-kali pernah terutamanya setelah selesai membaca novel atau semasa mengarang novel. Dahulu sewaktu sedang menghabiskan ...dan mimpi pun bersatu, aku 'terperangkap' dengan Zarul.

Kemudian aku membaca Hatiku di Harajuku karangan Ramlee Awang Mursyid. Terperangkap pula aku di negara matahari terbit hinggakan terngiang-ngiang bunyi dentingan pedang samurai. Malah setiap filem/kartun Jepun yang ditayangkan di TV telah mula menjadi perhatian ku.

Kini, aku terperangkap pula di Turki tahun 1765 Masihi dalam Aylana karya salah seorang penulis kegemaran ku dari kota Singa, Manaf Hamzah. Terbayang jelas di minda ku zaman itu, kapal dagang berlayar di lautan luas, kegiatan lanun dan pengembaraan.

Secara kebetulan, aku memang meminati cerita/filem yang berunsurkan pengembaraan, lanun dan kapal layar. Lantas The Pirates of Carribean (camni ke eja tempat tuh? ekekekeke), telah menjadi old time favourite movie. Bukan filem ini sahaja, malah ada beberapa filem lain yang seangkatan dengannya yang menjadi kegemaranku.

Aku seolah-olah 'terperangkap' dalam cerita atau dengan kata lain mungkin negitu terpengaruh dengan apa yang dilakarkan. Dahulu sewaktu aku sedang menggilai karya Anne Rice, The Vampire Chronicles, aku telah menjadikannya sebagai salah satu assignment ku untuk kelas public speaking. Mujur rakan sekelas tidak mengecop ku sebagai gila.

Novel Aylana dan The Vampire Lestat (The Vampire Chronicles) benar-benar berjaya memancing minat ku kerana kedua-duanya berlatarkan zaman dahulu, zaman sebelum abad ke-20. Kalau diberi peluang, aku ingin sekali melawat zaman-zaman itu dan merasai sendiri akan kegemilangan dan kekayaan tamadunnya.

Hmmm...kenapa aku tak jadi ahli sejarah saja ya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit