Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2005

Air oh air

Tiap-tiap hari kena basuh kepala robot yang bulat dalam penapis air. Mana taknya. Kuning!!! Tak tahan betul tengok. Geli pun ada. Tak sanggup nak minum sebab tengok kekotoran yang melekat pada kepala penapis tuh. Lepas tuh pula penat masukkan air tiap kali penapis dah kosong. Yang minumnya ramai, tapi yang tukang tapisnya sorang :-( Lepas tu mak bagi penapis air dia yang guna dua selinder tuh :-) Seronok ler sebab tak payah isi air dalam penapis bulat macam R2D2 tu. Tapi kualiti air masih sama. Dalam termos, kuning kat bawah. Keladak dah berkumpul kat situ. Dalam Melano jar pun sama. Suami dah bising-bising sebab jarang cuci bekas air. Mana larat nak cuci tiap-tiap hari. Kerja lain banyak lagi nak dibuat. Alia dan Nurin pula kalau dalam seminggu tak sakit perut, memang tak sah. Pening kepala dibuatnya. Nak masuk dapur pun malas bila membayangkan air kuning. Nak minum pun naik geli. Basuh baju putih, jadi kuning. Geram betul. Dalam pening-pening kepala memikirkan jalan penyelesaian, ada