Aidil Fitri bersama but hitam
Bukan orang Kedah saja yang terpaksa beraya dalam banjir, orang Bagan Datoh pun terpaksa beraya dalam banjir separas lutut. Walaupun tak semua kawasan yang dinaiki air, kebanyakan air parit melimpah sehingga ke halaman rumah. Mujur halaman rumah mentua aku agak tinggi. Hanya dinaiki air hanyalah rumah-rumah saudara mara. Nasib baik aku tak beli kasut raya bereben dan berlabuci, kalau tak buat rugi. Sebabnya, aku kena pakai kasut raya baru yang setanding hebat dengan but Phua Chu Kang.
Raya tahun ni aku kira meriah ler jugak setanding tahun lepas bila aku beraya di KL. Meriah tetap sama walau beraya di kampung atau di KL. Cuma yang beza di kampung, jalannya kecil. Kalau terserempak dengan tetamu lain, kenalah parking pandai-pandai. macam hari tu, sekali datang serang rumah sorang sedara tuh sampai lapan biji kenderaan pelbagai saiz dan jenis. Sudahnya, dua kereta lagi terpaksa menunggu giliran beraya dan parking di sebelah rumah jiran. Dalam hujan renyai-renyai pulak tuh.
Paling menggelikan hati adalah apabila bapak mentua ku tertinggal kat rumah ketua kampung. Dah sampai di rumah, sedang duduk rehat-rehat tak sorang pun sedar yang bapak mentua aku tak ada. Tiba-tiba sebuah motor masuk ke perkarangan rumah. Kami menyangka tetamu datang nak beraya. Rupa-rupanya menantu tok ketua hantar bapak mentua kami yang ditinggalkan oleh anak menantunya. Kahkahkahkahkahkah. Bergegar rumah sebab semua orang tergelak sakan. Nasib baik jarak rumah hanya sekilometer. Kalau jauh, balik jalan kaki ler pak mentua aku tuh.
Raya tahun ni, virus demam melanda. Seorang demi seorang ahli keluarga dijangkiti demam, bermula pada hari raya pertama. Pada hari raya ke-4, waktu aku nak balik KL, laki aku pulak yang demam. Balik ajer ke KL, aku pulak yang demam. Sampai hari ni batuk dan selsema masih tak kebah-kebah.
Tahun ni kami sekeluarga hijau sedondon - mesra alam. Tapi aku tak sedar masa gambar ini dirakamkan, gigi Aliyah merah dengan ising kek dan rambut Nurin bersepah tak disikat. Muka hubby aku masam semacam sebab dia memang tak suka bergambar. Hajat nak bingkai besarkan gambar ni punah. Hampa aku!

Ulasan
Catat Ulasan