Pendermaan organ

Pendermaan organ atau organ transplant...bunyinya masing asing di pendengaran kita (mungkin bagi sesetengah orang, tidak begitu). Tapi cuba tanya pada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita kat rumah tu, faham tak mereka dengan istilah tersebut. Aku pasti tak semua mereka akan faham. Kalau ada yang faham pun, mereka mungkin keberatan untuk mendermakan organ mereka. Bukan setakat golongan tua sahaja, malah di kalangan kita belia dan remaja juga ada yang masih tidak faham istilah pendermaan organ.

Organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, sumsum tulang dan kornea boleh didermakan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai hal ni, bolehlah beli edisi terdahulu majalah Visi yang dikeluarkan pada bukan Januari 2006 lalu. Di dalam majalah ni lengkap terkandung maklumat mengenai pendermaan organ yang dikupas dari setiap sudut - undang-undang, sains dan agama. Turut juga memuatkan sesi temu bual bersama Pn. Fatimah Osman, ibu kepada Muhammad Fikri yang sudah setahun menjalani pemindahan jantung di IJN. Hari Sabtu lepas , 16 Disember merupakan ulang tahun pertama peristiwa bersejarah tersebut. Nak baca lanjut mengenai cerita ini, masuk ke blog Kelana.

Mungkin sesetengah daripada kita akan fikir yang isu mengenai pendermaan organ ini tidak penting dalam kehidupan mereka. Mungkin sebab belum ada di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat yang memerlukan pemindahan organ. Mungkin ada yang berpendapat, isu pendermaan organ ini merupakan masalah orang lain dan ada orang lain yang akan menanganinya. Ternyata kita silap. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kesedaran di kalangan masyarakat kita mengenai pendermaan organ masih rendah. Hanya 10% sahaja orang Melayu yang telah menjadi pengikrar organ daripada sejumlah 91,669 orang yang telah berikrar (statistk NTRC 2005). Begitu sedikit jika hendak dibandingkan dengan pengikrar berbangsa Cina yang merupakan 64% daripada jumlah tersebut.

Sesungguhnya di sekeliling kita begitu banyak insan-insan yang memerlukan bantuan. Ada yang dihimpit kemiskinan sehingga menyebabkan anak-anak terbiar seperti yang dikisahkan oleh Aina Emir di blognya; ada yang terpaksa bersusah payah mencari wang untuk menampung perbelanjaan perubatan untuk anak-anak mereka yang menghidapi penyakit kronik; ada ibu atau bapa tua yang mengemis simpati anak dan bermacam-macam lagi masalah masyarakat. Sanggupkah kita memejamkan mata tidka mahu ambil tahu mengenai masalah ini?

Aku hanya boleh tutup sebelah mata, tapi hanya sekejap. Aku terpanggil untuk melakukan sesuatu. Biarpun kecil, walaupun sekadar mendermakan pakaian-pakaian lama yang masik elok, sekurang-kurangnya aku boleh berbuat sesuatu. Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang saling berkait rapat - interconnected chains of reaction. Satu kitaran terganggu, maka yang lain akan turut sama berasa padahnya. Jangan biar penyakit masyarakat seperti sikap tak ambil peduli, sikap tak kisah, tak pe, lantaklah, bukan masalah aku ni, meracuni fikiran kita hingga ke anak cucu. Kelak kita akan jadi masyarakat yang tidak berhati perut dan tak hormatkan sesiapa.

Didikan bermula dari rumah. Didiklah anak-anak kita cara menghormati orang lain. Ajar mereka supaya bersopan dan bertimbang rasa. jika semua ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, tak akan ada masalah anak-anak merempit di tengah jalan, gejala lepak, dadah, bohsia, bohjan dan segala macam penyakit masyarakat yang lain.

Dermalah organ, bantulah mereka yang memerlukan, didiklah anak-anak dengan sempurna, nescaya masyarakat dan agama kita akan selamat dan terjaga.

P/S: Dalam filem My Heart, digambarkan watak Rachel telah mendermakan organ jantungnya kepada Luna. Padahal waktu itu Rachel masih hidup dan hanya kakinya sahaja yang akan dipotong (amputated). Yang aku peliknya, dia boleh mendermakan organ jantungnya. Padahal pendermaan organ jantung hanya melibatkan orang yang sudah meninggal dunia atau mati otak. Tak logik betul cerita ni...kekekekeke.

Ulasan

  1. Thanks for the nice write-up. Mungkin kalau kita renungkan sebentar, ada benarnya kata-kata berikut:
    Gajah mati meninggalkan gading,
    Harimau mati meninggalkan belang,
    Manusia mati meninggalkan organ.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit