Antara haruman bunga rampai dengan haruman lavender

Pada 23 Disember 2006, telah tercatat tiga peristiwa bersejarah buat insan-insan yang dekat dengan ku. Dua daripada insan ini ialah adik aku sendiri iaitu Lin dan Hazi a.k.a Enigma (pinjam muka aje). Satu lagi ialah ahli keluarga terbaru Kaki Novel iaitu Eita Ashyta.

Lin dan Hazi telah melangsungkan pertunangan mereka bersama jejaka idaman masing-masing. (Tapi lom tentu lepas tapisan kakak sulung depa lagi, aku ler. Ngehehe). Rombongan meminang Lin datang pukul 11 pagi dan berlagaan dengan majlis pelancaran Kasih Seharum Lavender, 'anak sulung' Eita. Aku memang dah berbelah-bahagi sejak tahu mengenai kedua-dua event avant garde ini. Antara adik-adik aku dengan keluarga baru KN, dua-dua sama penting.

Lalu aku pun buat keputusan, tak mau missed mana-mana occasion. Jadi pagi-pagi buta lagi aku dah ke umah mak, tolong itu dan ini. Tepat pukul 10.30 pagi aku pun berkancil ke Avenue K. Masa sampai, ramai tetamu Eita dah tiba kecuali Eita sendiri dan bos KN yang masih tak nampak muka. Penyambut tetamu atau head event organizer hari tu ialah Izzul Izzati. Rupa-rupanya hari tu semua berjanji nak pakai baju purple. Ditakdirkan aku datang pakai baju merah. Huwaaa!!! Napalah depa tak cakap awal-awal. Tapi Izzul pun tak pakai baju purple. Dia cuma bawa tutup pen kaler purple...warghkahkahkahkah.

Hampir semua tetamu yang aku kenal ada. Nak sebut nama satu persatu err...aku pun tak ingat...ekekeke. Alamak...muka Adhan hilang, muka Wabbit nampak separuh...siapalah jurufotonya ek...ekekeke. Yang tak ada dalam gambar ni ialah Ruby Hazry, Kak Em dan ada beberapa orang lagi bloggers yang aku tak sempat tanya nama, main salam aje. Masa selalu jaki kat aku. Lepas makan kentang goreng, minum air, sesi autograph (dapat KSL percuma dan haruman lavender lagi), sesi bergambar, aku terpaksa mengundurkan diri.

Sekali lagi Kancil ku pecut ke Pandan Indah. Bila aku sampai, acara meminang Lin dah selesai. Tetamu sedang enak makan. Alkisahnya, tak adalah gambar Lin yang jelita tahap Doraemon tuh tertangkap dek aku kat kamera. Isk isk isk. Sedihnya. Tepat pukul 2 petang pula, rombongan kedua tiba untuk meminang Hazi. Sesi yang ini aku dapat rakamkan. Segan aku bila salah kenal ngan bakal adik ipar. Abang dia aku sangkakan dia. Muka serupa sangat. wkakakaka...dah kena gelak. Gambar depa berdua ni aku sempat amik. Yang depan tu Hazi dan belakang dia tu, Lin (lain kali upah jurugambar pro ler. Tak de lah missed gambar...ekekekke).
Lepas tetamu semua balik, maka bergawianlah aku mengemas itu dan ini. Lewat malam baru pulang ke rumah. Terus aku kena migrain sehinggalah waktu aku tulis entri ni kepala aku masih berdenyut-denyut lagi. Adeh deh!

Ulasan

  1. Selamat bertunang kepada adik-adik Izza. Alahai, kesiannya memecut ke sana ke mari sampai migraine. Itu ler, dah suruh klonkan diri, tak nak... wakakakaka...

    Isk, inilah bahana bila dah mula menulis cerita fiksyen sains...

    BalasPadam
  2. klon? profesor klon? ekekekeke..teringat lagu aznil prof klon...cam citer omputih plak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit