Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2006

Aku menang RM 100,000.00

Aku menang ringgit Malaysia seratus ribu!!! Yahoooo!!!Hm...alangkah bagusnya jika perkara itu satu kenyataan. Aku hampir memenanginya...mungkin. Dan mungkin kisah ini pernah berlaku kepada kalian juga.Petang Jumaat lepas, aku makan di Harjis Bistro dekat Bdr Sri Permaisuri. Sewaktu pulang, ketika aku mahu sedang menghidupkan enjin kereta, tiga orang pemuda berbangsa Cina - lepasan SPM agaknya, menghampiri Kancil kepunyaan adik ku. Waktu itu, Aliyah, Nurin dan adik bongu ku sudah pun bersiap sedia hendak pulang ke rumah. Salah seorang daripada mereka yang kelihatan seperti Saiful Malaysian Idol bertanyakan soalan kepada ku mengenai pasar raya yang aku selalu pergi. Aku jawab dengan sambil lewa - sebab aku tahu mereka nak menjual sesuatu. Sebaik sahaja aku mahu beredar, mereka menghulurkan sekeping sampul surat kecil. Menurut mereka, ia sebagai hadiah kerana sudi menjawab pertanyaan mereka tadi. Aku, dengan tanpa syak apa-apa terus membuka sampul surat itu. Sebelum itu sempat mereka berk

Segalanya Cinta

:: Sinopsis Watak utama yang memainkan peranan dalam rentetan kehidupan fiksyen ini ialah Arissa, Izhan dan Daniel. Hikayat bermula dengan cinta tidak berbalas antara Arissa dan Izhan sewaktu di universiti. Lantaran kecewa kerana tidak menerima sebarang respons daripada Izhan, Arissa telah membawa dirinya sekali gus mengasingkan diri daripada rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Setelah berjaya membina semula keyakinan diri akibat kecewa cinta tak berbalas, Arissa bertemu dengan Daniel dan mengikat tali pertunangan. Saat bahagia yang dirasainya tergugat oleh kehadiran Daim. Daim yang tidak mengerti telah mengembalikan memori luka Arissa dan cuba mendamaikan wanita itu dengan Izhan. Kehadiran Daim juga telah menyebabkan Arissa terpaksa berhadapan semula dengan mimpi ngerinya dan kenyataan lampau yang telah lama dinafikannya. Malah luka Arissa bertambah parah apabila Izhan muncul menagih simpati. Daniel pula seakan merelakan. Tersepit dengan konflik ini, satu musibah berlaku menambahka