Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

E-novel fantasi: Vampira

Imej
Baca di Rumah Fantasi ========================================== I'm home....hehehe. Kembali ke genre asal. Minat terhadap karya sci-fi/ fantasi merupakan pendorong utama saya menjadi penulis. Malangnya tika saya baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan, tiada yang sudi menerbitkan karya seumpama ini (sekitar tahun 1995). Kalau ada pun DBP. Tapi kemampuan bahasa Melayu saya ketika itu tidak memenuhi piawaian mereka. Maka atas nasihat penerbit, saya memaksa diri menulis novel cinta...tapi disulami dengan adventure kerana saya tak pandai nak menulis kisah cinta 100%. Kerana Dia Cinta ialah cubaan pertama saya menulis kisah cinta yang tak ada unsur adventure. Eh ye ke? Ada lah juga 1% unsur penyamaran...hahaha. Walau apa pun, jiwa saya memang sukakan cabaran. Maka dalam siap karya yang saya tulis, pasti terselit aksi-aksi ala-ala perisikan. Dengan lahirnya e-novel Vampira , saya ingin menguatkan skil menulis karya sci-fi/fantasi yang sudah terpadam sikit gara-gara permintaan pasaran

Snippet projek terbaharu

Imej
Perghhh...kalau dapat sebiji kereta ni, terus gadai jadikan modal bisnes....hahaha. Tak ada kena-mengena dengan hidup masa kini. Tapi kereta ni ada kena-mengena sikit dalam novel terbaharu. Kalau dulu Zarul pandu Lamborghini Galardo warna putih. Kali ini, Mr. Z (Z juga...hahaha) akan pandu Mitsubishi Lancer Evolution X yang dilengkapi 6 kelajuan twin clutch transmission. Gaya macam nak berlumba aje. Bukan berlumba, tetapi digunakan dalam misi menyelamatkan kekasih hati...huhu. Kalau sudi, nantikanlah kemunculan Projek Z (tajuk dipalsukan dahulu demi akta kerahsiaan...haha). Bila ya? Hmmm...tahun depan kut kalau diterima penerbit.

Akademi Gemilang Siri 3: Kunci Dimensi

Imej
Harga: RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13: 978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit: 28 May 2010 Jumlah Muka Surat : 256 Kategori: Remaja, Remaja Umum PTS One Sdn Bhd Beli di Novel Kafe

Siri Ketiga Akademi Gemilang: Kunci Dimensi

Imej
Harga:  RM 16.50 / RM 18.50 ISBN-13:  978-967-5406-64-5 Tarikh Terbit:  28 May 2010 Jumlah Muka Surat :  256 Kategori:  Remaja ,  Remaja Umum PTS One Sdn Bhd