Sambal hangit

Seharian menjadi fasilitator bengkel penulisan membuatkan aku keletihan dan selera makan bertambah sikit...er...banyak ekekekeke (bilalah aku dapat kuruskan badan sesaiz zaman belajar dulu ek?). Anyway, rezeki aku pun murah hari ni bila dapat bawak balik kari ikan tenggiri dan nasi yang berlebihan. Balik rumah terus panaskan sambal bilis kelmarin. Biasalah...sambal bilis hayat panjang. Oleh sebab aku leka mencuci botol susu kakak dan adik, tak perasan pula hangit sambal aku. Masa makan, baru perasan kehangitanya. Tapi taklah sampai pahit tak boleh telan. Tengah sedap mengunyah, aku teringat masa zaman sekolah di asrama dahulu.

Disebabkan lauk asrama - nasi kawah, ikan jaket, asam pedas air hujan -tak begitu menyelerakan, maka aku dan kengkawan selalu bawa sambal bilis. Selalunya aku bawa sikit aje sebab tak mahu susahkan arwah nenek. Sambil bilis arwah nenek memang sedap. Sampai hari ni walaupun menuntut ilmu dengan dia sejak kecik, aku gagal meniru sambal bilis nenek. Dah bawa sikit tentu tak boleh nak kongsi dengan kengkawan yang lain. Terpaksalah jadi kedekut. Cuma aku baik dengan orang yang baik dengan aku ajelah. Hari ni aku buat balik pada dia. Mungkin esok dia pula buat baik pada aku. Yalah, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat (tak kat dunia, akhirat sentiasa menanti). Makan sambal bilis masa lauk tak sedap aje - lauk asam pedas nampak seberang atau asam pedas air hujan. Cair kuahnya, tak terasa asam pedasnya. Rasa macam sup cili boh cair pun ada gak. Cukup tak menyelerakan. Tambah pula isinya ikan selar cinonit yang terlalu fragile. Sentuh sikit, lembik hancur berderai. Sorang dapat sekor plak tuh. Bayangkanlah cemana nak mengenyangkan remaja belasan tahun seperti kami (dululah, sekrang mak budak).

Berbalik pada cerita sambal bilis tadi, ada satu ketika arwah nenek tak sempat nak gorengkan sambal
bilis. Jadi aku memang tak lalu makan bila tiba hari Selasa. Hari Selasa memang semua orang tak akan lalu makan malam sebab menunya asam pedas nampak seberang. Memang ada pelajar yang bawa sambal. Tapi aku ni pemalu sikit nak minta. Kebetulan kawan aku yang baik dengan aku semua tak bawa sambal. Kami pun duduk ler termenung suap sebiji demi sebiji nasi dengan laparnya. Manalah tau kalau-kalau ada kengkawan yang bermurah hati mengongsi sambal. Malangnya tak ada.

Kawan aku sorang tuh dengan desperate dan laparnya, buat muka selamba merayap kat meja makan orang lain. Kononnya nak mengicak sambal. Tetiba dia ternampak sebalang sambal goreng yang masih penuh berisi di atas rak. Dengan tak malunya dia mencapai botol sambal dan tanya siapakah tuannya. Sorang kawan aku angkat tangan. Dia kata sambal tu hangit dan segan nak kongsi dengan kengkawan.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kami yang tak bawa sambal bilis ni minta izin pada dia untuk makan sambal hangit tu. Bila dia bagi kebenaran, bukan kami aje yang berebut makan, kengkawan dari meja lain numpang sekali. Walaupun hangit dan pahit, tapi taklah sepahit jadam, kami makan sampai licin. Akhirnya sambal hangit itu pun licin hingga menciutkan balang besar tu.

Hitam-hitam si kulit manggis, sungguhpun hitam isinya manis. Hangit-hangit sambal bilis, sungguhpun hangis, kami sebat sampai habis...kekekekekeke.

P/S: Thanks Rad for the sambal hangit. Sampai sekrang aku teringin nak rasa lagi.



Sambal hangit ku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap