Lupakan gula

Selepas krisis minyak - kenaikan harga minyak, negara dilanda masalah kekurangan gula pula. Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaacob cadangkan supaya pulaukan gula. Aku sokong!

Apa salahnya hidup tanpa gula. Rasanya tak menjejaskan apa-apa. Kalau hidup tanpa garam, memang susah. Lagipun baik untuk kesihatan sekiranya pengambilan gula dikurangkan. Kalau nak sangat manis, gunalah madu. Ataupun letak bawang besar dalam masakan. Ini biasa aku buat. Sebab aku masak memang jarang letak gula kecuali masak sambal. Ataupun mungkin ada alternatif lain yang boleh menggantikan gula.

Habis kisah gula, aku nak kisahkan sesuatu yang telah membuatkan aku marah sesangat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sekarang ni kan musim piala dunia. Jadi kat TV dan radio macam-macam promosi piala dunia termasuk peraduan sms. Ada satu syarikat telekomunikasi ni, ***** yang telah berkerjasama dengan satu syarikat pembekal isi (content provider) untuk telefon bimbit yang berpejabat di Jalan A***** iaitu ****x.

Dua minggu lepas aku terima sms percuma (katanya free message service) yang bertanyakan soalan trivia mengenai piala dunia. Aku pun jawablah. Ingat tak ada apa-apa. Lepas aku jawab satu, datang lagi soalan bertalu-talu sampai tak menang tangan di buatnya. Lepas dah habis jawab-menjawab, aku pun deletelah semua mesej tu tanpa syak apa-apa.
Tiba-tiba pada minggu seterusnya, aku menerima sms ringtone yang ntah apa-apa bunyinya. Tak menarik langsung. Kemudian aku terima sms untuk aktifkan langganan untuk minggu berikutnya. Yuran langganan RM2.50 seminggu. Udahlah ringtone bunyi entah apa-apa, mahal pula tu. Lalu aku pun unsubscribe kesemuanya. Tapi aku masih terima lagi ringtone tak sedap tuh sampai minggu berikutnya dan kredit aku terus dipotong tanpa izin.
Aku semakin marah. Laman web syarikat tu aku lawati dan lihat kandungannya. Sekali lagi satu persatu, aku unsubscribe dengan harapan aku tak lagi menerima ringtone bodoh dan kredit aku tidak dipotong. Pada masa yang sama berulang-ulang kali aku cuba menelefon syarikat itu, tapi taliannya sibuk! Bertambah-tambahlah kemarahan aku. Hendak aje aku fakskan cacian dan makian aku pada syarikat terbabit. Tapi aku masih boleh sabar.

Minggu ni, aku tak terima apa-apa ringtone bodoh itu lagi. Tapi semalam aku terima satu ringtone. Cuak juga. Dan tadi, aku terima sms mengatakan jumlah kredit aku tidak cukup untuk transaksi seterusnya. Dengan cemas aku semak baki. RM2.00++. Aaarrghhhhh!!! Kredit aku dirompak lagi!!!!

Dengan marah (waktu itu aku tengah buat entri pasal gula), aku tutup blogdrive dan terus ke laman web syarikat tersebut. Aku telefon mereka dengan harapan talian tidak sibuk. Nasib menyebelahi aku, panggilan ku bersambut.

Dengan suara tegas, garang dan kuat aku terus jelaskan masalah aku. Tiada lagi sopan santun, tiada lagi budi bahasa. Tapi nasib baik aku tak mencaci dan memaki hamun. Aku masih ada kesabaran walau pada tahap paling minimum. Dengan suara innocent dan lemah lembut, operator tersebut minta nombor telefon aku. Dia menyemak akaun aku (konon!). Katanya penamatan perkhidmatan aku tidak berjaya. Aku dah mula nak marah. Setahu aku, aku sudah unsubscribe TO ALL SERVICES seperti arahan yang diberikan oleh sms syarikat itu. Dia kata ada dua services yang masih aku langgani. Dengan tegas aku suruh dia terminate.
Aku nak tunggu next week, sama ada betul atau tidak mereka telah batalkan langganan aku. Jika mereka masih berdegil, aku tidak akan teragak-agak serang opis mereka.

Moral of the story:DO NOT PLAY ANYTHING OR PARTICIPATE ANYTHING FROM YOUR MOBILE PHONE THRU SMS. YOU WOULD NOT KNOW WHAT HIDDEN AGENDA THEY MAY KEEP FOR YOU. YOU PROBABLY WOULD NOT REALIZE THAT YOU HAVE BEEN SET UP. YOU WOULD HAVE BEEN CLOUDED BY THE EXCITEMENT OF WINNING THOUSANDS OF RINGGIT AND BECAUSE OF THAT YOU MAY HAVE IGNORED ANY MESSAGE OR WARNING THAT COME WITH IT.
I HAVE HEARD THIS STORY BEFORE BUT NEVER BELIEVE IT. NOW IS THE TIME TO BELIEVE IT.

Catatan ini ditulis untuk meluahkan perasaan yang tidak puas hati. Maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar. Kepada pihak yang terbabit, jagalah etika kerja anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit