Dari Shah Alam ke Klang ke Semenyih ke Pandan Indah

Tahun ni memang raya sakan. Tak pernah aku pulang ke rumah pukul 12 tengah malam kerana beraya. Alkisahnya pada hari raya yang ke-12, aku telah menerima jemputan daripada kak Puteri Andalas untuk beraya di rumahnya di Tmn Seri Andalas, Klang. Memandangkan majlis akan bermula pada pukul 3 petang, aku bercadang untuk beraya di rumah saudara sebelah suami yang terletak di kawasan yang sama. Oleh itu, pada hari yang ditetapkan, lebih kurang pukul 11 pagi, kami keluar rumah dan destinasi pertama ialah rumah sepupu suami aku di Shah Alam seksyen 2...brapa ntah. Alah...yang dekat dengan kilang Proton tuh. Di sana kami dijamu makan mi dan bihun sup. Turut menyertai rombongan aku ialah abang ipar aku bersama isteri dan anak-anaknya.

Selepas solat Zuhur, kami berangkat pula ke Kota Kemuning, ke rumah paksu suami aku. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami sempat kidnap limau kasturi tuan rumah. Macam kebun keliling rumah dia. Tak lama kat sana sebab waktu dah hampir pukul 3. Maklumlah aku dah tak sabar nak beraya dengan rakan penulis.

Kami tiba di rumah kak Puteri hampir pukul 4 disebabkan kesesakan lalu lintas. Bukan kami aje yang berjalan raya hari tu. Orang lain pun beraya jugak. Kak Puteri dan keluarganya menyambut kadatangan kami dengan mesra. Kami berbual-bual seketika sebelum tetamu demi tetamu tiba. Kumpulan seterusnya yang tiba tentulah rombongan kak Lena, kak Ija dan Wabbit. Kemudian barulah Izzul dan pasukannya tiba. Tengah-tengah sedap makan, Carrie dan rakannya muncul.

Kesian kak Puteri kena take turn melayan kami. Bukan kami aje yang jadi tetamu kak hari tu. Tapi sanak saudara dan rakan taulan beliau turut memeriahkan suasana. Aku kalau jumpa kawan-kawan memang tak ingat waktu. Lupa anak, lupa hubby...kekekekeke. Belum puas berborak, dah kena berangkat ke destinasi seterusnya. Terima kasih pada kak Puteri sebab beri layanan yang mesra dan mengharukan. Merah dua-dua belah pipi....heheheheh.

Dari rumah kak Puteri, kami berkereta menuju ke Kg. Delik pulak, rumah pakcik husband aku. Pangkat apa, aku kurang pasti sebab orang Jawa panggil 'paman' aje. Yang paksu tadi panggil camtuh sebab terpengaruh dengan panggilan isteri dia, maksu. Konon nak singgah sekejap sebab ada dua tiga rumah yang belum kami singgah. Tapi borak punya borak punya borak, sampai pukul 9 baru bertolak dari Klang. Abang ipar aku terus balik rumah. Aku ngan hubby pulak meneruskan jalan raya ke Semenyih, rumah bespren hubby aku.

Pada mulanya segan pula nak terjah rumah orang lewat malam. Tapi bila call, rupa-rupanya dia baru jer sampai rumah balik beraya. Jam 10 baru sampai rumah dia. Bukan kami aje, ada juga jiran dia yang terlewat datang beraya...hehehehe. Dalam perjalanan pulang ke rumah, sempat lagi kami meninjau rumah yang kami beli di Kajang. Alhamdulillah, rumah itu dalam keadaan baik dijaga oleh jiran sebelah-menyebelah. Tak sabar rasanya nak pindah ke rumah itu.

Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Aku rasa malam tu tidur paling sekejap. Baru seminit terlelap, dah pagi. Bergegas pulak kami ke rumah mak. Pagi tu aku ada kelas. Jadi tinggalkan anak-anak di rumah mak, hubby aku nak service kereta. Dalam kelas nasib baik aku tak terlelap. Beberapa kali fikiran aku melayang. Udahlah group assignment tak siap. Lecturer pun malas nak marah sebab student tua...ekekeke.

Pssttt...Ahad lepas, aku ke rumah Enigma. Kakak Enigma sarung cincin risik. Bulan depan Enigma sarung cincin tunang pulak. Ekekekeke....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit