Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Sambal nasi lemak versi layaannnnn

Imej
Bila malam tadi tak boleh tidur (sebab dah tidur siang? Maka mata pun macam burung hantu. Jadi buka la Facebook. Terjumpalah entri pasal sambal nasi lemak layan yang famous amos tu. Bahan-bahan semua dah ada. Maka pagi ni, kita cuba masak sambal nasi lemak versi layan. Bahan-bahan: Cili kering kisar Ikan bilis Bawang besar Bawang holland Gula merah atau nisan Kiub ikan bilis Serbuk perasa Garam Asam keping Minyak masak untuk menumis Cara-cara seperti dalam gambar kat bawah ni. Tumis bawang merah yang telah dikisar. Aku guna 3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang merah kecil. Jangan guna banyak air masa mengisar.  Tumislah sehingga garing dan kering. Aku punya ni terlebih minyak. Tu yang nampak tak kering. Masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. Kuantiti bawang kisar mestilah lebih daripada kuantiti cili kisar menurut resepi asal. Dalam resepi asal, dia bubuh ikan bilis masa tumis bawang. Tapi aku dah terlajak. Terbubuh cili kisar dulu. So da

Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Ketujuh

Imej
14 Oktober 2017 (Sabtu) Hari ni hari paling mencabar sepanjang aku ada kat Frankfurt. Masa aku mula-mula tiba dulu, receptionist hotel ada bagitahu pasal bas. Tapi masa tu aku tak berapa nak dapat tangkap maksud dia. Rupa-rupanya dia dah bagitahu, pada hari Sabtu dan Ahad, bas yang aku biasa tunggu kat bus stop Amelia-Mary-Earhart-Straße (Sebutan huruf ß ialah double s), iaitu bas 77 tak ada. Sebab bas tu cuma ada pada hari bekerja. jeng, jeng, jeng. Patutlah aku tengok dalam DB Navigator, asyik bas 61 dan bas X19 aje yang muncul. Dan bas Of 67 tu lalunya kat Garden Nord. Tak lalu kat Garden Mitte. Ah sudah. Tukar laluan pula dia ya pada hujung minggu. Jadi aku pun terpaksa menapak ke bus stop Gateway Garden Nord, yang terletak kat highway tu. Dalam DB Navigator, suruh aku naik bas X19. Jadi bila bas 61 sampai, aku buat bodoh ajelah. Bas kat sini, kalau kita tak tahan, dia akan berhenti juga sebab dia nampak ada orang tunggu. Walhal, kau bukan nak naik pun bas tu. Bus stop Gat

Jalan ke Frankfurt Buchmesse~Hari Keenam

Imej
13 Oktober 2017 (Jumaat) Hari ni kena pakai baju kurung sebab DBP nak lancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan kat Buchmesse. Jadi semua ahli delegasi disarankan supaya memakai pakaian kebangsaan. Aku memang dah bersedia nak pakai baju kurung. Cuaca pun tak sejuk sangat. Jadi cuma pakai thermal sut dan baju kurung. Jaket macam biasa aku sumbat dalam backpack. Kasut sukan cap Primark. Jadilah... asalkan kaki tak sakit. €18.00 aje. Menang selesa. Meriahlah petang tu dengan ahli delegasi yang berbaju kurung dan berbaju Melayu. Siap ada bacaan pantun oleh orang Jerman. Temu janji untuk hari tu agak kurang berbanding dua hari sebelumnya. Aku sambung jalan-jalan sekitar Messe. Hari ni aku tumpukan pada Hall 3 dan Agora. Atas kiri: Pemandangan daripada beranda dalam Hall 4 | Atas kanan: Beranda luar Hall 3 | Bawah kiri: Pemandangan dari balkoni Hall 3 | Bawah kanan: Pemandangan Hall 4 dari Agora Bergambar sakan kat Agora pakai baju kurung. Tapi kasut, sneaker la. Tak boleh bergaya

Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Kelima

Imej
12 Oktober 2017 (Khamis) Hari kedua Buchmesse dibuka kepada pedagang kandungan hakcipta yang datang dari seluruh pelosok dunia. Delegasi Malaysia yang berdagang di sini adalah di bawah kelolaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak penerbit Malaysia yang sertai FBF tahun ni. Satu peningkatan daripada penyertaan tahun lepas. Hari ni aku dah tak keluar awal macam semalam sebab tak mahu bersesak kat Frankfurt Hbf berebut tren. Pukul 8.00 pagi baru aku keluar dari hotel dan menapak ke hentian bas. Cuaca tak berapa sejuk. Aku cuma pakai thermal suit dan blaus nipis. Jaket sumbat dalam back pack. Dalam Messe ada heater. Aku rasa panas sebab pakai thermal suit. Memang tak sesuai pakai baju tu kalau cuaca tak betul-betul sejuk. Berpeluh dibuatnya bila berkejar mengejar temu janji.... hahaha. Amik aura Oxford kejap... hehehe Temu janji hari ni berjarak agak jauh. Jadi lepas temu janji sebelah pagi, jadual aku agak lapang. Maka berdesup aku la

Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Keempat

Imej
11 Oktober 2017 (Rabu) Awal aku siap hari ni sebab tak nak terlambat ke Messe memandangkan ia hari pertama pameran dibuka khas untuk pedagang kandungan dan hakcipta. Tak seperti di Malaysia, kunjungan umum hanya berlaku pada hari Sabtu dan Ahad saja. Dan kebanyakan pempamer kandungan dah tutup kedai masa tu sebab tujuan mereka datang hanya sekadar untuk memperdagangkan hakcipta dan perkhidmatan berkaitan penerbitan. Lampu jalan pun belum padam lagi waktu aku keluar bekerja hari tu Semasa tiga hari pertama Messe, buku-buku yang ada hanya untuk pameran saja. Tak boleh dibeli. Kalau nak beli juga, tunggu hari terakhir (kalau pempamer tu tak tutup kedai awal). Selain buku, ada produk dan perkhidmatan berkaitan buku. Sempat lagi swafoto dalam lif hotel Pukul 7.30 pagi aku dah siap breakfast kat cafe dan bergegas ke bus stop. Hari ni entah cemana, aku ternaik tren S8 yang menghala ke Hanau Hbf. Sebab dalam DB Navigator suruh aku naik tren tu. Dan ajaibnya aku turun kat term

Jalan ke Frankfurter Buchmesse~Hari Ketiga

Imej
10 Oktober 2017 Hari ni bermulalah pra-Frankfurter Buchmesse. Jadi aku  perlu bawa buku ke Messe untuk disusun kat atas rak. Maknanya, bawa beg beroda naik tren. Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sempurna, aku tak rasa risau nak bawa beg tarik ni. Lagipun tak berat sangat. Bawa buku sikit saja sebab untuk display. Bukan untuk jualan umum. Malam sebelum tu, aku rebus ketupat mini beberapa biji. Pagi tu, aku panaskan kuah kacang segera. Rasa macam raya pulak makan ketupat di perantauan. Ini bekal aku untuk hari tu. Raya di bulan Muharam di Frankfurt Memandangkan sesi susun buku tu berlaku pada sebelah petang, dan Newcomer Briefing akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari, maka aku ada masa lapang pada waktu pagi. Jadi aku rancang nak pergi Primark. Apa yang heboh sangat pasal Primark ni hah? Adik aku asik puja puji aje banyak kali. Lepas saja sarapan, aku pun tolak beg ke hentian bas macam biasa. Kemudian ternaik tren intercity sekali lagi tanpa sengaja dan tanpa r