Catatan

Tunjukkan catatan dari 2005

Pengaruh novel dalam kehidupan

Membaca buku ibarat mengembara...aku pun dah lupa kata-kata Rustam di corong radio Era. Tapi rangkap itulah yang tersemat di dalam fikiran ku. Memang membaca buku ibarat mengembara. Tidak kiralah buku apa yang dibaca, baik buku ilmiah mahupun novel. Kadang-kadang kita terperangkap dalam buku yang dibaca terutama karya fantasi atau cereka. Kalau aku yang membaca novel, memang aku selalu 'terperangkap' dalam emosi yang dilayarkan oleh sang penglipulara. Dulu semasa di kampus, pada tahun kedua aku menimba ilmu, aku sangat gemarkan karya Neil Gaiman, The Sandman dan karya Anne Rice, The Vampire Chronicles. Berkawan dengan Bongo, Ard, Ku, Eita (dan geng mafianya), Kak Lin dan Jie benar-benar mengubah persepsi aku terhadap kehidupan dan dunia. Bongo pernah berkata kepada ku yang selama ini aku hidup dalam dunia aku sendiri. Hmm...sehingga sekarang kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga ku. Berbalik kepada The Sandman, Ku mempunyai koleksi lengkap komik-novel cerita ini....

Aku yang ku tinggalkan

Membaca novel Realiti karya Abdul Rahim Awang membuatkan aku terkenang kembali diri ku yang dulu. Diri ku yang telah hilang pergi entah ke mana. Mungkin dibawa lari oleh kedewasaanku dan cara aku berfikir. Atau mungkin aku sudah tidak percaya kepada impian itu? Tahun 1987-1992, merupakan tahun emas yang perit tetapi indah. Aku tercampak jauh ke bumi bersejarah demi melengkapkan diri dengan ilmu. Jauh daripada jangakuan keluarga, jauh daripada pembangunan bandar raya KL yang selama itu menjadi dunia yang aku kenal semenjak lahir. Di bumi bersejarah ini lahirlah 'aku'. Sendirian di tanah asing, tanpa emak, nenek dan adik-adik ku, aku mula melakar identiti sendiri. Cuba tabah, tapi sebenarnya aku menangis sendirian di dalam bilik air. Cuba berani, tapi sesungguhnya aku amat takut. Cuba ceria dan gembira di mata teman-teman, tapi sebenarnya hati ku kesunyian, kesepian, kosong. Lantas, bemula dengan anganan, impian, fantasi dan imaginasi, aku lakarkan sebuah mimpi. Pengaruh Nan...

The Chronicles of Narnia

THE LION, THE WITCH, AND THE WARDROBE ENGLISH YEARS: 1940 NARNIAN YEARS: 1000 Four children, Peter, Susan, Edmund and Lucy Pevensie, are sent into the country to live with Professor Kirke because of the air-raids on wartime London. On their first morning, it pours with rain and they play hide-and-seek indoors. Lucy scrambles inside an old wardrobe full of coats, only to find: ... that what was rubbing against her face and hands was no longer soft fur but something hard and rough and even prickly."Why, it is just like the branches of trees!" exclaimed Lucy. And then she saw that there was a light ahead of her; not a few inches away from where the back of the wardrobe ought to have been, but a long way off. Something cold and soft was falling on her. A moment later she found that she was standing in the middle of a wood at night-time with snow under her feet and snowflakes falling through the air ...Lucy is in Narnia, but the country is in the grip of the White Witch's spel...

Gila novel

Gila baca novel datang kembali....Setelah novel terakhir Lamia Aimal - Semarak (2000) terbitan CESB ku miliki, penulis kegemaran ku sudah tidak menulis lagi. Kata seorang kawan, Lamia masih menulis, tetapi atas nama lain. Sehingga kini aku masih gagal mengesan nama pena beliau yang baru. Dalam pencarian, aku merayau-rayau ke laman-laman ulasan novel - Antubuku, CarrieKirana, BungaAngkasa dan banyak lagi sampai aku tak ingat. Hanya kerana ingin menjejak Lamia Aimal.Lantas di laman CarrieKirana, ku temui sesuatu. Komen Carrie mengenai tulisan Lamia yang mirip Ma Lee Chuswan membuatkan aku terus membaca ulasan novel Selamat Tinggal Sayang oleh Carrie. Segera ku kerahkan adik ku mendapatkan novel itu di Kinokuniya, sedangkan aku sibuk membuat persiapan terakhir pada petang menjelang 1 Syawal.Aku hanya mengambil masa semalaman untuk menghabiskan novel ini iaitu pada malam 2 Syawal di kampung. Sedang orang lain enak dibuai mimpi, aku leka menyingkat sehelai demi sehelai novel ini. Gaya pe...

Sepi mengetuk pintu hati

di kala bumi ditangisi hujan di kala aku termenung sendirian walau teman berselokaria bertanya hati ku tetap sepi menanti entahkan apa entahkan siapa salahkah langkah ku pincangkan keputusan ku benarkah laluan ku sungguh, aku tidak tahu mencari dan terus mencari erti hidup yang berwarna-warni pasrah menghadapi ketentuan Rabbul 'Izzati adakah aku reda ikhlas di hati lalu bagaimana menyucikan diri jika jiwa sering ternanti-nanti sesuatu yang memang tidak akan pasti jangan biarkan jiwa ku bebas berlari kelak diri ku 'kan lupa diri doa ku agar sepi ini mengusir pergi jangan biarkansepi bertandang lagi

Rindu datang lagi

Datangnya tidak diundang. Perginya tidak dihantar. Datang bagaikan angin lalu membawa kenangan mengusik hati. Jiwa tergoda dengan segala kemungkinan. Betulkah? Inikah dia? Apa, tiada lagi? (mengeluh).Sering terdengar orang berkata, jodoh pertemuan maut perpisahan di tangan tuhan. Manusia hanya mampu merancang. Tetapi apakah yang dirancangkan itu tepat? Memenuhi kehendak yang boleh memuaskan nafsu dan jiwa? (angkat bahu).Bila hati mula tertanya-tanya, timbul keraguan di jiwa. Syaitan waswas mula berbisik. Goyah semua pendirian. Hanya kasih sayang sebagai benteng pertahanan. Jika tidak kuat, harus rebah mencium bumi. (Termenung) Apa lagi ya? Apa lagi yang ku nantikan? (klik 'publish', 'log out'. Klik 'favourite', 'travel' dan cari impression.com.my.)Rasa nak bercuti ke Cameron Highland hujung tahun ni. Menjejak rindu lama di kaki Gunung Yong Belar...ekekeke. Sambil tu, serang ladang strawberri...yahooo!!!! Kalau dia tak mahu ikut, aku pergi sorang...eh Yay...

Aku jatuh cinta pada 'Zarul'

Kita akan mudah jatuh cinta bila terlalu lama dan kerap bersama dengan orang itu. Bila berjauhan atau lama tidak bertemu, maka akan lahirlah bibit-bibit rindu. Selama sebulan yang lalu aku banyak menghabiskan masa bersama Zarul. Siang dan malam, walau dalam mimpi, dia tetap bersamaku. Marah, benci, ketawa, menangis semuanya bersama. Kini kerja-kerja ku telah selesai dan aku semakin berjauhan dengan Zarul. Tiba-tiba terasa ada satu kekosongan yang menguasai jiwa. Terasa satu kuasa yang menyuruh ku agar mencari Zarul semula. Tetapi bagaimana? Cara apa yang harus ku lakukan sedangkan fikiran ku kontang. Idea ku sudah terbatas. Imaginasi ku sudah tumpul. Aku harus berehat seketika sebelum mula bekerja. Jika Zarul ingin ku cari, tunggu hingga aku benar-benar bersedia. Siapa Zarul? Tunggu 'Peluang Kedua' (kalau tajuknya tidak diubah). Kau pasti akan kenali dia!

Sepintas lalu....

Pernah tak kau rasa tiba-tiba kau telah kehilangan sesuatu? Pernah tak kau rasa impian kau tersasar jauh? Pernah tak kau rasa hidup yang kau ada ini bukan sebenarnya yang kau idamkan? Pernah tak kau rasa bahawa ada sesuatu di luar sana yang masih menunggu kehadiran mu? Perasaan ini datang sepintas lalu; di kala filem diputar, muzik dimainkan, lagu dinyanyikan, puisi dilafazkan. Hanya melintas sekejap tapi meninggalkan kesan mendalam dan membuatkan hati tertanya-tanya. Adakah ini yang ku mahu? Adakah ini saja yang ku mahu? Adakah ini satu-satunya? Adakah yang lain? Memori lalu mengusik hati tatkala bait puisi dilagukan, lakonan dipentaskan. Mengapa? Rindu datang tiba-tiba. Menagih pada yang tidak sudi? Mencari yang tidak pasti. Lantas mimpi datang lagi; menganyam impian yang bukan realiti. Kenapa? Mengapa perlu ada perasaan ini?Tidak cukupkah? Tidak puaskah? Atau masih ada yang kurang?Entah! Bait puisi berlagu yang mengusik hati Mungkinkah Terjadi (Spider) Seringkali hati bertanya Tiap ...

Mencari Dedaun Hijau di Angin Lalu

Imej
Kenapa aku terlalu obsessed dengan novel Dedaun Hijau di Angin lalu? Begini kisahnya (sambil mematah-matahkan jari di hadapan pc sebelum mula menekan papan kekunci....ehem). Tahun 1996, masa itu aku masih pelajar tahun 2 di UIAM kampus PJ. Seorang teman membawa novel ini dlm bentuk salinan fotostat yg sudah uzur hingga 2 halaman terakhirnya telah koyak, yg dipinjamnya drp seorang teman di UM. Menurutnya, novel ini adalah yang paling best pernah dibacanya. Lalu aku meminjam dan menghayatinya. Dengan umur yg baru mencecah 21 thn - masih single,belum berpacaran, masih tercari-cari hala tuju kehidupan - aku terima kisah dlm novel ini bulat-bulat. Memang da' best hingga mampu membuai perasaan dan imaginasiku.Novel lusuh tanpa kulit itu pulang ke tangan empunyanya. Langsung lenyap dr pandangan mataku. Aku mencari di kedai-kedai buku berdasarkan tajuk semata-mata tanpa ku ingat siapakah penulisnya mahupun penerbitnya. Akhirnya pencarianku berakhir dgn kehampaan dan aku rindukan s...

Tugasan baru

Hari Sabtu lepas, aku bertemu dengan seorang editor baru di Plaza Low Yat. Dalam banyak-banyak tempat di KL ni, aku pilih Low Yat! Memang tak sesuai! Tapi aku juga mempunyai tujuan lain - nak beli scanner. Tempat tu penuh sesak dengan pencinta IT. Sampai nak keluar dari tempat parking pun lebih sejam. Memang sesak, sesesak-sesaknya. Dengan editor baru ini aku akan menyerahkan dua manuskrip untuk dinilai. Sekiranya diterima, manuskrip tersebut akan diterbitkan. Sementara komitmen pada editor lama masih diteruskan. Sekarang aku sedang menyiapkan novel ketiga untuk editor tersebut. Manakala untuk editor baru ini, dua buah manuskrip lama akan ku sunting semula dan dalam proses penambahbaikan. Perlu ada penambahbaikan sebab kedua-dua buah novel berkenaan ku hasilkan ketika tahap pemikiran ku masih kebudak-budakan. Perlu ada anjakan minda. Aku ada dua minggu untuk menyudahkan satu manuskrip. Tugasan baru untuk mencari rakan perniagaan telah ku terima tadi. Sasaran juga telah ditetapkan....

Beri peluang pada diri untuk berubah

Masa, masa, masa. Aku kejar masa, dan masa kejar aku. Jika aku jumpa seekor jin macam Genie Aladdin tu aku akan minta dia beri aku masa yang banyak. Masih ada banyak perkara lagi yang belum aku lakukan dan masa semakin suntuk. Entah esok, entah lusa, entahkan minggu hadapan, mungkin bulan hadapan jika tidak tahun yang akan datang, DIA akan datang menuntut janji. Dengan masa yang ada inilah kita membuat segala-galanya yang termampu. Tetapi ada orang yang suka membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya. Nanti. Tunggu. Biarlah dulu.Tak apa. Semua itu ungkapan-ungkapan yang sering dan pernah menari di bibirku. Tapi hari ini aku sudah penat melafazkannya. Sudah tiba masanya aku melafazkan: Ayuh. Mari. Mesti. Sekarang. Aku sudah tidak boleh tunggu dan terus menunggu sehingga nasibku berubah sendiri. Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah. Aku sudah memberi peluang kepada diriku untuk berubah dan mengubah diri ke arah kebaikan dan...

Air oh air

Tiap-tiap hari kena basuh kepala robot yang bulat dalam penapis air. Mana taknya. Kuning!!! Tak tahan betul tengok. Geli pun ada. Tak sanggup nak minum sebab tengok kekotoran yang melekat pada kepala penapis tuh. Lepas tuh pula penat masukkan air tiap kali penapis dah kosong. Yang minumnya ramai, tapi yang tukang tapisnya sorang :-( Lepas tu mak bagi penapis air dia yang guna dua selinder tuh :-) Seronok ler sebab tak payah isi air dalam penapis bulat macam R2D2 tu. Tapi kualiti air masih sama. Dalam termos, kuning kat bawah. Keladak dah berkumpul kat situ. Dalam Melano jar pun sama. Suami dah bising-bising sebab jarang cuci bekas air. Mana larat nak cuci tiap-tiap hari. Kerja lain banyak lagi nak dibuat. Alia dan Nurin pula kalau dalam seminggu tak sakit perut, memang tak sah. Pening kepala dibuatnya. Nak masuk dapur pun malas bila membayangkan air kuning. Nak minum pun naik geli. Basuh baju putih, jadi kuning. Geram betul. Dalam pening-pening kepala memikirkan jalan penyelesaian, ada...

Debaran 28 Mac 2005

Seperti yang telah dijadualkan, tepat 8.30 pagi aku dah terpacak di klinik O&G Pusrawi; menunggu giliran untuk didaftarkan. Selepas proses pendaftaran selesai, seorang jururawat membawa aku dan suami ke tingkat 5. Aku disuruh masuk ke bilik menunggu kelahiran (tak tau apa nama bilik tu). Seorang jururawat datang membawa 'pakaian seragam'. Dijangkakan aku akan dibedah pada pukul 11 pagi. Tunggu punya tunggu, sampai aku mengantuk, pukul 12.30 baru aku disorong masuk ke dalam wad bedah. Doktor Habibah dan Doktor Aini (pakar bius) sudah pun menanti. Berdebar-debar jiwa dan raga aku ketika itu. Maklumlah dah lama tak masuk dewan bedah. Seram sejuk dibuatnya. Rasa macam nak lari pun ada terutama bila cerita-cerita tentang prosedur epidural terbayang di benak. Besar mana agaknya jarum suntikan tu? Entah. Aku tak nampak sebab kena baring mengereng. Doktor Aini kata, sakit sikit. Alamak! Aku dah menggelabah gila. Kalau dah masuk bilik bedah, mana ada istilah 'sakit sikit'. T...

28 Mac 2005

Kita hanya mampu merancang, tapi ketentuannya hanya Tuhan saja yang tahu. Kononnya nak samakan tarikh lahir sendiri dengan tarikh lahir baby baru. Tapi untuk mengelakkan beberapa komplikasi, kelahiran yang dirancangkan berlaku pada 4 April depan terpaksa diawalkan seminggu. Rasa macam tak percaya saja. Walaupun ini kali kedua melahirkan, tetapi pengalaman menghadapi C-section merupakan sesuatu yang baru. Ngeri pula membayangkan jarum besar epidural dicucuk ke tulang belakang.... Normal atau pembedahan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan, pengalaman yang berbeza dan tahap kesakitan pun berlainan. Cara dan tempoh berpantang juga tidak sama. Selepas menjalani C-section nanti baru boleh dibezakan pengalaman mana yang paling 'bermakna'. Doakan segala-galanya selamat bagi ibu dan anak. Amin.

Besar ke kecil ke...tak jadi hal

Sekarang ni di pejabat terutamanya, jika terserempak dengan rakan sekerja, hampir kesemua mereka memberikan komen yang hampir sama. "Aik...ada lagi ke mak buyung ni?" "Nak troli ke?" "Besarnya...kembar ke?" "Dah tak lama tu." Dan bermacam-macam komen dengan ayat yang berbeza tetapi maksud yang sama. Kalau sekali dua dengar, tak mengapa. Tapi sudah kerap sangat, sampai naik muak mendengarnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau boleh, sekarang ni nak bersalin. Tapi kenalah realistik, ikut peraturan alam yang telah ditetapkan. Setiap benda di dunia ini mempunyai kitaran masing-masing; ikut giliran; kalau tidak chaos. Besar atau kecil? Perlukan penjelasan ke? Setiap tubuh badan manusia tidak sama. Jadi pengalaman antara individu berbeza-beza. Perbezaan adalah untuk diraikan; bukan untuk dijadikan isu. Terus-terang aku katakan yang aku tidak begitu menyenangi individu yang memandang perbezaan sebagai satu masalah. Kalau semua be...

Kenalan baru

Dua hari lepas aku menghadiri satu bengkel mengenai cara penyediaan rancangan perniagaan. Pada mulanya rasa gugup juga. Maklumlah sudah lama tidak berbengkel. Rasa macam masuk kelas balik. Rata-rata peserta sudah berkeluarga atau berumur lebih 30-an. Hanya dua orang sahaja yang masih muda dan belum berkeluarga. Agaknya bidang keusahawanan ini masih belum mampu menarik minat golongan muda sepenuhnya. Aku agak kagum dengan seorang anak muda yang sekumpulan denganku. Umurnya baru mencecah 21 tahun tetapi dalam akaun simpanannya sudah ada RM18,000.00. Dia mempunyai perniagaan pembekalan kek dan kuih yang dikongsi bersama ibunya. Oleh sebab tidak tahu apa yang boleh dilakukannya dengan wang sebanyak itu, maka dia pun menghadiri kursus ini untuk mencari peluang baru. Anak muda ini mengaku bahawa dia lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya berbanding rakan sebaya. Pada pandangan aku, anak muda sebayanya rata-rata masih merempit di atas jalan raya dengan masa depan yang sam...

Baby Ceasar

Akhirnya dapat juga aku mencapai kata putus. Setelah menemu ramah beberapa orang kawan dan berbincang dengan doktor dan emak, akhirnya aku memilih untuk bersalin melalui pembedahan. Banyak sangat risikonya kalau bersalin normal - dalam kes akulah. Cuma yang aku kurang bersetuju ialah penggunaan epidural. Rupa-rupanya sekarang ni semua pembedahan akan guna teknik tersebut. Lebih selamat, kata mereka. Bab cucuk tulang belakang buat aku risau pula. Kesan sampingannya memang ada. Diakui sendiri oleh doktor. Cuma minimum sahaja tapi kesan tetap ada. Kalau aku memilih untuk bersalin normal, banyak risikonya. Aliyah dulu pun terpaksa dibantu oleh proses vakum sebab saiz besar dan dia terbelit tali pusat; menyebabkan berlaku luka pada bahagian dalam. Doktor pun menggalakkan untuk aku bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang negatif. Aku reda dan mengharapkan segala-galanya selamat. Tarikh pun sudah dipilih iaitu 1hb April 2005 (Jumaat) bersamaan 21 Safar 1426 Hijr...

Ceasarean dan normal

Menghitung hari, detik demi detik.... Sudah 29 minggu. Dalam masa dua bulan lagi penantian ini akan berakhir. Seronok dan takut (sekali lagi) bercampur-baur. Seronok sebab dapat baby baru. Takut sebab prosedur kelahiran itu nanti akan melalui beberapa saat getir dan genting. Sewaktu melahirkan Aliyah dulu, masih fresh dan tak tahu apa yang akan berlaku. Kali ini, sudah terbayang di ruang mata apa yang akan terjadi plot demi plot dan perasaan yang mengiringi sekiranya detik tersebut bermula. Bukannya sakit yang dibimbangkan. Cuma beberapa prosedur yang tidak begitu menyelesakan yang tidak begitu disukai. Mungkin disebabkan pengalaman pertama dahulu di sebuah hospital. Sebab lain padang, lain belalang. Ada yang susah, ada yang senang. Doktor sudah memberikan pilihan. Disebabkan faktor anatomi, berat baby mesti tidak lebih daripada 3 kilo. Aliyah dahulu beratnya menjangkau 3.2 kilo. Saiz yang tidak sesuai menyebabkan dia terpaksa dilahirkan melalui proses vakum (kena sedut dengan mesin ha...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk buatku. Dan mungkin akan berlanjutan hingga ke minggu-minggu yang seterusnya jika perancangan yang sedang diusahakan berjalan lancar. Seperti yang telah kucatatkan sebelum ini, untuk tahun 2005, aku telah mensasarkan tiga objektif yang ingin dicapai. Salah satunya ialah menyertai bidang keusahawanan. Rancangan itulah yang sedang mengisi masa-masa terluangku yang ada sekarang. Hari Isnin ini aku akan pergi mendengar taklimat untuk menyertai satu program usahawan yang dianjurkan oleh sebuah perbadanan. Banyak rintangan yang harus kuhadapi demi menjayakan rancangan ini. Persoalannya, adakah aku sudah benar-benar bersedia? Jika difikirkan sedalam-dalamnya, sampai bila-bila pun aku tidak akan bersedia. Sedia atau tidak, aku akan mengorak langkah awal untuk memulakan usaha ini. Walaupun pada mulanya suami dan emak agak pesimistik setelah mendengar pelan aku, mereka akhirnya memberi sokongan setelah aku ceritakan secara terperinci mengenai konsep ...

'Cikgu Jepun'

Sewaktu beratur untuk membeli dua bungkus nasi lemak pagi tadi, di sebuah gerai berhadapan dengan rumah, satu perisitwa berlaku; yang membuatkan aku tersenyum sendiri mengenang akan zaman persekolahan. Dahulu ketika di bangku sekolah, orang kata zaman persekolahan merupakan satu jangka waktu yang paling manis dalam hidup seorang remaja. Tapi waktu itu, fikiran masih pendek. Langsung tidak mahu menerima pendapat orang yang lebih dahulu makan garam. Kalau boleh, hendak cepat tamat sekolah agar boleh bebas daripada cengkaman cikgu, kerja sekolah dan peperiksaaan. Namun selepas hampir 12 tahun meninggalkan alam persekolahan, telahan tersebut ternyata benar. Zaman persekolahan merupakan jangka waktu yang paling manis dalam hidup. Apa pun, aku bukan hendak bercerita mengenai zaman persekolahanku. Tetapi aku ingin mengulas sedikit tentang peristiwa yang berlaku tadi. Seperti biasa setiap pagi gerai nasi lemak Nyai (seorang nenek yang tinggal satu blok dengan aku), dihurung oleh pelajar-pelaja...

Biar lambat, asalkan selamat sampai

Kalau ada antara kalian pernah melihat kereta aku, tentu akan menyangka kereta itu 'mat racer' yang punya. Dengan spoiler tinggi ala-ala Batmobile, ditambah spotrim bergelang putih dan ekzos yang kuat bunyinya...tak siapa sangka orang di belakang stering ialah seorang ibu mengandung. Kelakar! Lebih menambahkan lucu, bila kelajuan kereta Wira Aeroback itu tidak selaju seperti yang sepatutnya (iaitu menyalahi undang-undang - dengan kata lain pemilik kenderaan seumpama itu suka memandu laju). Hanya 'seperti yang sepatutnya' apabila tuan punya kereta (suami aku lah tu) yang memandunya. Semenjak mengandung buat kali kedua ini, sekali lagi, aku secara automatiknya akan memandu perlahan - ikut had laju yang ditetapkan, tidak mencelah-celah untuk cepat sampai dan tidak akan 'curi jalan'. Berbeza semasa zaman bujang dan sebelum mempunyai anak. Entah kenapa tahap adrenalin menurun setiap kali memandu. Mungkin memikirkan ada dua nyawa lain yang saling bergantung pada dirik...

Januari datang lagi

kesesakan lalu lintas (Jalan Loke Yew-hell of traffic jammed), aku meniliti bait demi bait lagu tersebut. Satu perkata terlintas di fikiran. Bukankah lagu ini telah menjadi sebuah tema perpisahan seorang teman yang terpaksa menamatkan 'persahabatan' mereka pada Januari 2004 lalu? 'Persahabatan' tersebut terpaksa ditamatkan lantaran kedua-duanya sudah berumah tangga dan sudah tiba masanya mereka tidak lagi akrab seperti sewaktu di kampus dahulu. Cinta mereka waktu itu telah lama berlalu apabila masing-masing membina kehidupan sendiri. Namun, 'persahabatan' bersambung kembali apabila semacam ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan berumah tangga mereka. Lantaran pertemuan diatur semula - sudah tentu di belakang pengetahuan pasangan masing-masing - atas alasan bertemu kawan lama. Lama-kelamaan pertemuan menjadi semakin kerap apabila masing-masing saling meluahkan keluhan. Dalam hal ini - kalau hendak ikutkan dari segi aspek romantik seperti yang biasa dipaparka...

Acheh drive di LRT Tmn Jaya

Semalam seperti yang telah dijanjikan, akhirnya, dapat juga aku berpeluang bertemu dengan chatters di YM yang selama ini hanya kubaca coretan mereka tanpa mengenal paras rupa dan fizikal. Tun a.ka. Syukri (mineral75.blogpsot) dan Eli (ellyna) telah menanti ketibaanku setengah jam dari masa yang telah dijanjikan. Tidak berapa lama selepas itu, Nani dan Azu (kenal ketika di AC dahulu kala) tiba. Tidak ketinggalan beberapa orang rakan Tun juga turut serta. Sebenarnya pertemuan kami semalam ialah sempena menyambut seruan kerajaan supaya menderma untuk mangsa-mangsa bencana tsunami. Kami tidak dapat menyumbang wang ringgit, tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mendermakan pakaian-pakaian terpakai yang masih elok. Beberapa orang jiranku yang turut bersimpati juga turut menyumbang. Sumbangan-sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mangsa-mangsa di Acheh melalui Pertubuhan Peladang (NAFAS). Dan, akhirnya, pada tahun 2005 ini berjaya juga aku melakukan sesuatu seperti ini - telah lama aku be...

Pagi sebelum tahun baru

Arahan kerajaan untuk membatalkan semua sambutan Tahun Baru amat bertepatan dengan konsep Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Sambutan tersebut akan digantikan dengan amal ibadat di masjid-masjid seluruh negara. Sepatutnya inilah yang harus Malaysia lakukan setiap kali menjelangnya Tahun Baru. Jangan disebabkan berlakunya tsunami barulah rakyat Malaysia insaf seketika. Apa yang melanda di negara kita baru-baru ini hanyalah tempias daripada kekuasaan dan kebesaran Allah. Sekiranya kita meratapi nasib yang menimpa - dengan kehilangan harta benda dan orang yang tersayang - fikirkanlah, sesungguhnya apa yang menimpa rakyat Malaysia tidaklah sehebat yang menimpa rakyat Acheh. Kita harus bersyukur kerana dek pulau Sumatera kita terselamat daripada hentaman tsunami secara terus. Oleh itu, bersabarlah dan reda menerima nasib yang menimpa. Kesengsaraan yang dirasai oleh mangsa di Malaysia tidaklah dapat dibandingkan dengan keperitan warga Acheh - majoritinya ialah saudara seagama dengan kita....