Gila novel

Gila baca novel datang kembali....Setelah novel terakhir Lamia Aimal - Semarak (2000) terbitan CESB ku miliki, penulis kegemaran ku sudah tidak menulis lagi. Kata seorang kawan, Lamia masih menulis, tetapi atas nama lain. Sehingga kini aku masih gagal mengesan nama pena beliau yang baru. Dalam pencarian, aku merayau-rayau ke laman-laman ulasan novel - Antubuku, CarrieKirana, BungaAngkasa dan banyak lagi sampai aku tak ingat. Hanya kerana ingin menjejak Lamia Aimal.Lantas di laman CarrieKirana, ku temui sesuatu.

Komen Carrie mengenai tulisan Lamia yang mirip Ma Lee Chuswan membuatkan aku terus membaca ulasan novel Selamat Tinggal Sayang oleh Carrie. Segera ku kerahkan adik ku mendapatkan novel itu di Kinokuniya, sedangkan aku sibuk membuat persiapan terakhir pada petang menjelang 1 Syawal.Aku hanya mengambil masa semalaman untuk menghabiskan novel ini iaitu pada malam 2 Syawal di kampung. Sedang orang lain enak dibuai mimpi, aku leka menyingkat sehelai demi sehelai novel ini. Gaya penulisannya hampir menyerupai gaya Lamia Aimal walaupun kedua-dua penulis mempunyai kekuatan tersendiri.

Lalu, hari ni, memandangkan opis kosong - hanya aku seorang di kabin - aku pun 'mengular' ke MPH Megastore One Utama dan MPH Mid Valley mencari novel-novel karya Ma Lee Chuswan. Segan juga hendak menjejakkan kaki ke MPH gara-gara Dedaun Hijau Di Angin Lalu lalu. Manalah tau jika ada staf-staf yang tolong aku hari itu masih mengecam wajah ku. Bikin malu jer!Di samping novel Ma Lee Chuswan, aku turut membeli novel Abdul Rahim Awang - Realiti.

Gara-gara ulasan Antubuku, hati ku tertarik untuk cuba membaca novel Melayu genre thriller ini. Selalunya aku memang mengelak untuk membaca 'novel berat'. Nanti tak tercapai akal ku. Novel terberat pernah aku baca ialah Senjakala - penulisnya aku dah lupa. Itu pun sebab nak menjawab kertas Sastera STPM :-> Empat buah novel dalam tangan yang masih belum terusik, novel Anis Ayuni Gemersik Kalbu yang sudah hampir separuh, skrip drama yang belum pun suku disunting, novel aku sendiri yang masih disunting fasa pertama...ada ke aku masa?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit