Pengaruh novel dalam kehidupan

Membaca buku ibarat mengembara...aku pun dah lupa kata-kata Rustam di corong radio Era. Tapi rangkap itulah yang tersemat di dalam fikiran ku. Memang membaca buku ibarat mengembara. Tidak kiralah buku apa yang dibaca, baik buku ilmiah mahupun novel. Kadang-kadang kita terperangkap dalam buku yang dibaca terutama karya fantasi atau cereka. Kalau aku yang membaca novel, memang aku selalu 'terperangkap' dalam emosi yang dilayarkan oleh sang penglipulara.

Dulu semasa di kampus, pada tahun kedua aku menimba ilmu, aku sangat gemarkan karya Neil Gaiman, The Sandman dan karya Anne Rice, The Vampire Chronicles. Berkawan dengan Bongo, Ard, Ku, Eita (dan geng mafianya), Kak Lin dan Jie benar-benar mengubah persepsi aku terhadap kehidupan dan dunia. Bongo pernah berkata kepada ku yang selama ini aku hidup dalam dunia aku sendiri. Hmm...sehingga sekarang kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga ku.

Berbalik kepada The Sandman, Ku mempunyai koleksi lengkap komik-novel cerita ini. Nak pinjam bukannya mudah. Aku tahu Ku memang amat sayangkan koleksinya. Nak beli bukannya murah. Sehingga kini, walaupun sudah bekerja, aku akan fikir dua kali untuk membuat koleksi The Sandman. Namun disebabkan minat mendalam yang aku tunjukkan, dia rela meminjamkannya, tetapi dengan pesanan yang banyak!

Dari satu komik ke satu komik...aku semakin obsessed dengan watak Dream a.k.a Morpheus (The Sandman) dan Lestat (The Vampire Chronicles). Kalau iman dangkal, boleh tergugat pendirian. Tetapi tujuan aku membaca karya-karya sebegini adalah untuk pengalaman dan melihat world-view orang lain. Aku mengingatkan kepada diri sendiri, read just to know but not to believe!

Terperangkap seketika dalam dunia Dream dan Lestat, aku seolah-olah sedang bermimpi. Dunia ku ketika itu ialah berulang-alik ke cyber cafe. Melayari Internet bagaikan tiada esok. Demam Dream-Lestat tamat sebaik saja aku melangkah ke tahun tiga dan apabila bertukar latar ke kampus baru yang moden, luas dan luas! Tetapi apabila melihat ke belakang, melihat ke dalam mimpi Dream, aku seakan-akan merindui saat itu. Seolah-olah aku terasa seperti berada di dunia yang lain selama setahun. Tapi mimpi harus berakhir. Aku tinggalkan Dream dengan mimpi-mimpinya untuk mengorak langkah ke hadapan, menghabiskan misi yang tinggal hanya setahun. Dan tahun yang berikutnya aku bermimpi pula ke alam romantis. Gila baca novel romantis Inggeris ler pulak!!!!

Setiap minggu aku menghabiskan masa dan duit di dua lokasi - kedai buku-buku terpakai di CM dan kedai sewa buku di Kotaraya. Novel yang ku pinjam silih berganti sehingga aku sudah lupa tajuk dan nama penulisnya. Jalan ceritanya juga sudah bercampur aduk antara satu sama lain. Dan lebih menyeronokan lagi, perbendaharaan kata Inggeris ku bertambah sekali gus memudahkan aku membuat assignment yang semuanya dalam bahasa itu.Tahun terakhir, aku mengembalikan diri ku ke alam realiti. Dan panahan Cupid hinggap di hati. Uhhh...sungguh menyeksakan. Tidak seindah gambaran di dalam novel!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit