Januari datang lagi

kesesakan lalu lintas (Jalan Loke Yew-hell of traffic jammed), aku meniliti bait demi bait lagu tersebut. Satu perkata terlintas di fikiran. Bukankah lagu ini telah menjadi sebuah tema perpisahan seorang teman yang terpaksa menamatkan 'persahabatan' mereka pada Januari 2004 lalu?

'Persahabatan' tersebut terpaksa ditamatkan lantaran kedua-duanya sudah berumah tangga dan sudah tiba masanya mereka tidak lagi akrab seperti sewaktu di kampus dahulu. Cinta mereka waktu itu telah lama berlalu apabila masing-masing membina kehidupan sendiri. Namun, 'persahabatan' bersambung kembali apabila semacam ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan berumah tangga mereka. Lantaran pertemuan diatur semula - sudah tentu di belakang pengetahuan pasangan masing-masing - atas alasan bertemu kawan lama. Lama-kelamaan pertemuan menjadi semakin kerap apabila masing-masing saling meluahkan keluhan.
Dalam hal ini - kalau hendak ikutkan dari segi aspek romantik seperti yang biasa dipaparkan dalam drama/novel cinta Melayu - sudah tentu aku akan berasa simpati kepada mereka. Apa tidaknya, sudahlah cinta terputus di pertengahan jalan - mungkin ada sebab yang munasabah. Kedua-dua mereka tidak menemui kebahagian yang dicari dengan orang yang mereka kahwini. Kini mereka bertemu semula dan menyesali apa yang telah berlaku.

Tapi dari aspek yang lain pula - aspek yang lebih serius - aku tidak fikir tindakan mereka itu wajar. Seharusnya mereka harus menumpukan pada perkahwinan mereka meskipun tidak sebahagia yang diharapkan. Melainkan jika berlaku kecurangan atau penderaan, itu masalah yang lain. Tetapi jika masalah yang hanya melibatkan hubungan suami-isteri - alangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri - aku tak fikir mereka patut mencurah rasa pada 'teman lama'. Bahaya menanti di mana-mana apabila isteri orang mula bercerita perihal rumah tangga dengan suami orang yang kebetulannya ialah bekas kekasih lama.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada - meminjam kata-kata daripada seorang teman di YM. Tidak semua orang akan dapat apa yang mereka mahukan secara total. Pasti ada kekurangannya di sana sini. Kita perlu menerima dan ubah suai situasi mengikut keselesaan masing-masing. Memang senang untuk berkata-kata, payah untuk melaksanakannya. Tapi fikirkanlah...buat apa menanti sesuatu yang tidak pasti. Mungkin takdir telah menetapkannya begitu. Terimalah seadanya dengan penuh keredaan.

Jika aku menghadapi sebarang masalah dalam rumah tangga, perkara pertama yang aku fikirkan ialah nasib anak-anak. Jika sesuatu yang buruk berlaku, merekalah yang paling teruk terjejas. Aku sendiri pernah mengalaminya dan aku akan pastikan anak-anak sendiri tidak akan mengalami pengalaman yang sama. Perit untuk bercerita, pahit untuk berkongsi rasa. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar tabahkan hati dan jiwa kita dalam menghadapi dugaan seharian. Ancaman datang di setiap penjuru hatta dalam keluarga sendiri. Berwaspadalah setiap masa dan jangan abaikan sesuatu perkara walaupun sebesar kuman.

:: Eceh...macam kaunselor perkahwinan pula aku kali ni. Bukannya nak tunjuk pandai, cuma dah banyak cerita mengenai keruntuhan rumah tangga yang tercurah ke telingaku sejak kebelakangan ini. Aku cuma mahu berkongsi rasa dan pendapat. Sama-samalah kita mengambil iktibar. Mana-mana yang kurang itu, datangnya daripada diri manusia itu sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit