Sepintas lalu....

Pernah tak kau rasa tiba-tiba kau telah kehilangan sesuatu?
Pernah tak kau rasa impian kau tersasar jauh?
Pernah tak kau rasa hidup yang kau ada ini bukan sebenarnya yang kau idamkan?
Pernah tak kau rasa bahawa ada sesuatu di luar sana yang masih menunggu kehadiran mu?

Perasaan ini datang sepintas lalu; di kala filem diputar, muzik dimainkan, lagu dinyanyikan, puisi dilafazkan. Hanya melintas sekejap tapi meninggalkan kesan mendalam dan membuatkan hati tertanya-tanya.

Adakah ini yang ku mahu?
Adakah ini saja yang ku mahu?
Adakah ini satu-satunya?
Adakah yang lain?

Memori lalu mengusik hati tatkala bait puisi dilagukan, lakonan dipentaskan. Mengapa? Rindu datang tiba-tiba. Menagih pada yang tidak sudi? Mencari yang tidak pasti. Lantas mimpi datang lagi; menganyam impian yang bukan realiti. Kenapa? Mengapa perlu ada perasaan ini?Tidak cukupkah? Tidak puaskah? Atau masih ada yang kurang?Entah!

Bait puisi berlagu yang mengusik hati

Mungkinkah Terjadi (Spider)
Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa
Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari
Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..
Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

(Note: tak mungkin terjadi kerana aku dah kawin ngan orang lain...ngehehe!)

Ingin Bersama Mu (Syafinaz)
Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu
Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa
Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta
Ke akhir usia
Dalam suka
Dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu Kekasihku
Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku
Walau ke hujung dunia Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu

(Note: hanya impian suatu ketika dahulu)

Akhir kata, perasaan ini memang gila. Tak tau kenapa kembali menghantui diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit