Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk buatku. Dan mungkin akan berlanjutan hingga ke minggu-minggu yang seterusnya jika perancangan yang sedang diusahakan berjalan lancar. Seperti yang telah kucatatkan sebelum ini, untuk tahun 2005, aku telah mensasarkan tiga objektif yang ingin dicapai. Salah satunya ialah menyertai bidang keusahawanan.
Rancangan itulah yang sedang mengisi masa-masa terluangku yang ada sekarang. Hari Isnin ini aku akan pergi mendengar taklimat untuk menyertai satu program usahawan yang dianjurkan oleh sebuah perbadanan. Banyak rintangan yang harus kuhadapi demi menjayakan rancangan ini. Persoalannya, adakah aku sudah benar-benar bersedia? Jika difikirkan sedalam-dalamnya, sampai bila-bila pun aku tidak akan bersedia. Sedia atau tidak, aku akan mengorak langkah awal untuk memulakan usaha ini. Walaupun pada mulanya suami dan emak agak pesimistik setelah mendengar pelan aku, mereka akhirnya memberi sokongan setelah aku ceritakan secara terperinci mengenai konsep perniagaan yang bakal aku usahakan.
Semua ini aku lakukan kerana Aliyah dan 'adiknya'. Sudah puas aku berfikir panjang: Kerjaya apakah yang sesuai buatku yang akan membolehkan aku bekerja dan menjaga mereka sekali gus. Nah, jawapannya mudah - bekerja sendiri. Pagi-pagi hantar Aliyah ke tadika dan tengah hari boleh menjemputnya. 'Adiknya' aku boleh jaga sendiri sementara menguruskan perniagaan. Lagipun suami dan adik bongsuku akan turut sama mengusahakan perniagaan ini. Jadi memang tiada masalah untuk menguruskan anak-anak. Setelah melihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini - kes pembantu rumah mendera anak jagaan - aku jadi 'fobia' untuk mengupah pembantu rumah, sungguhpun itulah rancangan awal aku sebelum ini. Biarlah anak-anak membesar dengan tanganku sendiri walaupun susah.
Hm...nampak macam mudah. Tapi seribu satu ranjau dan duri akan merentang sepanjang jalan sebelum apa yang kurancangkan membuahkan hasil. Aku cuba bersikap optimistik walaupun ada nada-nada pesimis yang melintasi telinga dan fikiranku. Aku akan tabahkan hati dan kuatkan semangat!
Nampaknya, untuk sementara waktu, pena kreatif harus kuletakkan dahulu. Buat masa ini aku harus tumpukan perhatian kepada rancangan mega ini. Sekiranya berjalan lancar seperti yang kuharapkan, aku akan mengangkat pena kreatif dan kembali berkarya. Insya-Allah.

Ulasan
Catat Ulasan