Beri peluang pada diri untuk berubah

Masa, masa, masa. Aku kejar masa, dan masa kejar aku. Jika aku jumpa seekor jin macam Genie Aladdin tu aku akan minta dia beri aku masa yang banyak. Masih ada banyak perkara lagi yang belum aku lakukan dan masa semakin suntuk. Entah esok, entah lusa, entahkan minggu hadapan, mungkin bulan hadapan jika tidak tahun yang akan datang, DIA akan datang menuntut janji.

Dengan masa yang ada inilah kita membuat segala-galanya yang termampu. Tetapi ada orang yang suka membiarkan masa berlalu tanpa memanfaatkannya. Nanti. Tunggu. Biarlah dulu.Tak apa. Semua itu ungkapan-ungkapan yang sering dan pernah menari di bibirku. Tapi hari ini aku sudah penat melafazkannya. Sudah tiba masanya aku melafazkan: Ayuh. Mari. Mesti. Sekarang. Aku sudah tidak boleh tunggu dan terus menunggu sehingga nasibku berubah sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mahu berubah.

Aku sudah memberi peluang kepada diriku untuk berubah dan mengubah diri ke arah kebaikan dan kemajuan. Dalam waktu yang tinggal entah banyak mana ini, aku mahu lakukan segala-galanya yang aku mampu. Ibadah, bisnes, mencoret novel, membina keluarga, mengejar kerjaya, membantu sesama manusia, mencabar kemampuan diri dan banyak lagi mahu aku lakukan hari ini dan hari-hari seterusnya.

Berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah. Jangan tunggu kerana mungkin esok masa sudah tidak sudi menunggu kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit