Tugasan baru

Hari Sabtu lepas, aku bertemu dengan seorang editor baru di Plaza Low Yat. Dalam banyak-banyak tempat di KL ni, aku pilih Low Yat! Memang tak sesuai! Tapi aku juga mempunyai tujuan lain - nak beli scanner. Tempat tu penuh sesak dengan pencinta IT. Sampai nak keluar dari tempat parking pun lebih sejam. Memang sesak, sesesak-sesaknya.

Dengan editor baru ini aku akan menyerahkan dua manuskrip untuk dinilai. Sekiranya diterima, manuskrip tersebut akan diterbitkan. Sementara komitmen pada editor lama masih diteruskan. Sekarang aku sedang menyiapkan novel ketiga untuk editor tersebut. Manakala untuk editor baru ini, dua buah manuskrip lama akan ku sunting semula dan dalam proses penambahbaikan. Perlu ada penambahbaikan sebab kedua-dua buah novel berkenaan ku hasilkan ketika tahap pemikiran ku masih kebudak-budakan. Perlu ada anjakan minda. Aku ada dua minggu untuk menyudahkan satu manuskrip.

Tugasan baru untuk mencari rakan perniagaan telah ku terima tadi. Sasaran juga telah ditetapkan. Dan aku ada masa tiga minggu untuk mencapainya. Boleh ke? Pasti boleh!

Jadi, kalau jumpa aku empat minggu dari sekarang, jangan tak kenal pula. Maklumlah dah penat bekerja keras...ekekekekek.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit