Rindu datang lagi
Datangnya tidak diundang. Perginya tidak dihantar. Datang bagaikan angin lalu membawa kenangan mengusik hati. Jiwa tergoda dengan segala kemungkinan. Betulkah? Inikah dia? Apa, tiada lagi? (mengeluh).Sering terdengar orang berkata, jodoh pertemuan maut perpisahan di tangan tuhan. Manusia hanya mampu merancang. Tetapi apakah yang dirancangkan itu tepat? Memenuhi kehendak yang boleh memuaskan nafsu dan jiwa? (angkat bahu).Bila hati mula tertanya-tanya, timbul keraguan di jiwa. Syaitan waswas mula berbisik. Goyah semua pendirian. Hanya kasih sayang sebagai benteng pertahanan. Jika tidak kuat, harus rebah mencium bumi.
(Termenung)
Apa lagi ya? Apa lagi yang ku nantikan? (klik 'publish', 'log out'. Klik 'favourite', 'travel' dan cari impression.com.my.)Rasa nak bercuti ke Cameron Highland hujung tahun ni. Menjejak rindu lama di kaki Gunung Yong Belar...ekekeke. Sambil tu, serang ladang strawberri...yahooo!!!! Kalau dia tak mahu ikut, aku pergi sorang...eh Yaya dan Bobot harus ikut sama!

Ulasan
Catat Ulasan