Pagi sebelum tahun baru

Arahan kerajaan untuk membatalkan semua sambutan Tahun Baru amat bertepatan dengan konsep Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Sambutan tersebut akan digantikan dengan amal ibadat di masjid-masjid seluruh negara. Sepatutnya inilah yang harus Malaysia lakukan setiap kali menjelangnya Tahun Baru. Jangan disebabkan berlakunya tsunami barulah rakyat Malaysia insaf seketika. Apa yang melanda di negara kita baru-baru ini hanyalah tempias daripada kekuasaan dan kebesaran Allah.

Sekiranya kita meratapi nasib yang menimpa - dengan kehilangan harta benda dan orang yang tersayang - fikirkanlah, sesungguhnya apa yang menimpa rakyat Malaysia tidaklah sehebat yang menimpa rakyat Acheh. Kita harus bersyukur kerana dek pulau Sumatera kita terselamat daripada hentaman tsunami secara terus. Oleh itu, bersabarlah dan reda menerima nasib yang menimpa. Kesengsaraan yang dirasai oleh mangsa di Malaysia tidaklah dapat dibandingkan dengan keperitan warga Acheh - majoritinya ialah saudara seagama dengan kita. Keinsafan yang hadir ini janganlah hanya untuk hari ini. Insaflah setiap masa kerana sesungguhnya bencana yang Allah turunkan tidak diduga.

Hulurkanlah bantuan kepada mereka seadanya. Tidak ada wang ringgit, pakaian lama dan barang-barang keperluan yang tidak digunakan boleh didermakan. Inilah masanya kita berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang memerlukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit