Debaran 28 Mac 2005

Seperti yang telah dijadualkan, tepat 8.30 pagi aku dah terpacak di klinik O&G Pusrawi; menunggu giliran untuk didaftarkan. Selepas proses pendaftaran selesai, seorang jururawat membawa aku dan suami ke tingkat 5. Aku disuruh masuk ke bilik menunggu kelahiran (tak tau apa nama bilik tu). Seorang jururawat datang membawa 'pakaian seragam'. Dijangkakan aku akan dibedah pada pukul 11 pagi. Tunggu punya tunggu, sampai aku mengantuk, pukul 12.30 baru aku disorong masuk ke dalam wad bedah. Doktor Habibah dan Doktor Aini (pakar bius) sudah pun menanti.

Berdebar-debar jiwa dan raga aku ketika itu. Maklumlah dah lama tak masuk dewan bedah. Seram sejuk dibuatnya. Rasa macam nak lari pun ada terutama bila cerita-cerita tentang prosedur epidural terbayang di benak. Besar mana agaknya jarum suntikan tu? Entah. Aku tak nampak sebab kena baring mengereng. Doktor Aini kata, sakit sikit. Alamak! Aku dah menggelabah gila. Kalau dah masuk bilik bedah, mana ada istilah 'sakit sikit'.

Tapi memang sakit sikit masa jarim suntikan dicucuk ke tulang belakang aku. Ala... rasa cam 'gigit semut' jer. Hampeh! Rasa macam kena cucuk jarumlah! Sakit yang benar tiba apabila ubat epidural itu dimasukkan melalui picagari yang disuntik tadi. Mak oi..sakitnya tak dapat nak ku bayangkan. Rasa macam tulang belakang nak pecah. pedih dan ngilu bercampur-baur. Mengeluh dan mengaduh jugak aku dibuatnya walaupun sudah bersungguh-sungguh menahan perasaan. Habis saja ubat bius itu dimasukkan, aku diarah supaya beralih posisi cepat-cepat sebab ubat bius mula bertindak mengebaskan semua otot-otot dan urat saraf dari paras dada ke bawah.

Kalau masa suntik ubat bius tadi rasa sakit, kali ni tak rasa apa-apa lagi sakit. Rasa cam separuh mati. Kepala jer bleh gerak kiri kanan. Anggota badan lain kaku dan kebas kecuali tangan ler. Lepas tu Dr. Bibah kata aku akan rasa pergerakkan di perut, cuma tanpa ditemani rasa sakit. Sebelum prosedur potong perut dijalankan, sang jururawat memasang langsir di hadapan aku supaya aku tak leh tengok 'senjata-senjata' yang bakal digunakan untuk bedah aku....Ngeri sunggoh rasanya!

Semasa upacara tersebut, macam-macam aku rasa. Mengantuk tapi tak nak tidur. Lepas tu tiba-tiba ajer sesak nafas. Gelabah aku. Bagi tau doktor, depa sumbat oksigen kat hidung. Tak lega pun. Gelabah lagi aku dibuatnya. Doktor kata ubas bius sedang menjalankan 'tugas-tugasnya'. Tapi lama-lama tu okay. Tak payah pakai topeng gas. Dekat bahagian perut aku rasa ler macam perut aku kena tarik-tarik, kena seluk, gegar sana gegar sini. Tapi tak sakit ler. Cuma rasa tak selesa dengan kekebasan yang kualami.

Lebih kurang pukul 1.30, aku terdengar suara bayi menangis. Jeng, jeng, jeng...Dr. Bibah letak bayi yang masih diselubungi lendir dan darah itu kat depan muka aku. Laki ke pompuan, dia tanya. Pompuan, aku jawab tanpa rasa terkejut sebab dah tau jantina dia awal-awal lagi. Sebab tak pakai cermin mata, aku tak dapat tengok dengan jelas muka anak aku. Lepas tuh acara membersih rahim dijalankan. Terasa dan terdengar bunyi benda disedut dari dalam perut aku. Cam divakum cleaning plak. Lamalah juga upacara bersih-membersih dan jahit-menjahit dijalankan. Bila selesai saja, Dr. Bibah bagi anak aku untuk disusukan. Lepas tu baru aku disorong naik ke wad. Tatkala tuh aku rasa mengantuk sangat....
Badan masih kebas lagi. Cuma kaki dah bleh gerak sikit-sikit. Kat perut memang tak rasa apa lagi. Cam tak de prot jek....Walau apa pun, aku rasa sakit lagi kalau bersalin normal. Bersalin secara bedah ni, sakitnya memang berpanjangan, tapi masih boleh ditahan. Kalau bersalin normal tuh...banyak sangat ngerinya. Kalau sesiapa pernah mengalaminya, mesti faham maksud aku.

Arakian, tak sampai seminggu aku dah bleh ke sana ke mari. Tapi jalan perlahan-lahan. Takut terbarai plak isi perut :-) Siap bleh pergi Putrajaya bayar hutang JPA, jalan perlahan-lahan di Alamanda, pergi Pesta Buku...(bukan dalam masa seminggu ler. Tapi tiga empat minggu gak lepas bedah). Pantang macam tak pantang.

Itulah pengalaman yang kedua melahirkan tetapi dengan cara yang berbeza. Sekarang aku sudah boleh buat pilihan untuk kelahiran yang ketiga...Insya-Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit