Acheh drive di LRT Tmn Jaya

Semalam seperti yang telah dijanjikan, akhirnya, dapat juga aku berpeluang bertemu dengan chatters di YM yang selama ini hanya kubaca coretan mereka tanpa mengenal paras rupa dan fizikal. Tun a.ka. Syukri (mineral75.blogpsot) dan Eli (ellyna) telah menanti ketibaanku setengah jam dari masa yang telah dijanjikan. Tidak berapa lama selepas itu, Nani dan Azu (kenal ketika di AC dahulu kala) tiba. Tidak ketinggalan beberapa orang rakan Tun juga turut serta.

Sebenarnya pertemuan kami semalam ialah sempena menyambut seruan kerajaan supaya menderma untuk mangsa-mangsa bencana tsunami. Kami tidak dapat menyumbang wang ringgit, tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mendermakan pakaian-pakaian terpakai yang masih elok. Beberapa orang jiranku yang turut bersimpati juga turut menyumbang. Sumbangan-sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mangsa-mangsa di Acheh melalui Pertubuhan Peladang (NAFAS).

Dan, akhirnya, pada tahun 2005 ini berjaya juga aku melakukan sesuatu seperti ini - telah lama aku berniat untuk melakukannya, tetapi tidak pernah tercapai. Moga banyak lagi usaha-usaha murni seperti ini dapat kulaksanakan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit