Mencari Dedaun Hijau di Angin Lalu



Kenapa aku terlalu obsessed dengan novel Dedaun Hijau di Angin lalu? Begini kisahnya (sambil mematah-matahkan jari di hadapan pc sebelum mula menekan papan kekunci....ehem). Tahun 1996, masa itu aku masih pelajar tahun 2 di UIAM kampus PJ.

Seorang teman membawa novel ini dlm bentuk salinan fotostat yg sudah uzur hingga 2 halaman terakhirnya telah koyak, yg dipinjamnya drp seorang teman di UM. Menurutnya, novel ini adalah yang paling best pernah dibacanya. Lalu aku meminjam dan menghayatinya. Dengan umur yg baru mencecah 21 thn - masih single,belum berpacaran, masih tercari-cari hala tuju kehidupan - aku terima kisah dlm novel ini bulat-bulat. Memang da' best hingga mampu membuai perasaan dan imaginasiku.Novel lusuh tanpa kulit itu pulang ke tangan empunyanya. Langsung lenyap dr pandangan mataku. Aku mencari di kedai-kedai buku berdasarkan tajuk semata-mata tanpa ku ingat siapakah penulisnya mahupun penerbitnya.

Akhirnya pencarianku berakhir dgn kehampaan dan aku rindukan sentuhan perasaan Dedaun Hijau di Angin Lalu.Tahun 2005, kita-kira seminggu yang lalu, di laman blog Norra Hassan, ku terpandang tajuk keramat ini sekali lagi setelah terpisah selama 9 thn tanpa khabar berita. Lalu ku gempur MPH Mid Valley, ketika itu kesihatan perut ku tdk begitu baik. Namun ku gagahi jua mencarinya. HAMPA. Dlm senarai, masih berbaki 3 buah. Namun di atas rak buku - walau dibantu 3 org pekerja MPH - kami gagal menemuinya. Siapa yg jaki sangat ni?

Aku dtg kembali pd sebelah malamnya utk mencari lagi. Seorang pekerja yg membantu ku siang tadi terkejut.

"Akak tak balik lagi ke sejak tadi?" soalnya menyembunyikan senyum kelucuan.

"Dah balik. Tp dtg semula sebab nak jugak buku tu!" balasku tidak sabar.

Namun pencarian masih hampa. Lalu kaunter CS menyarankan aku ke MPH Megastore One Utama kerana koleksinya banyak - masih berbaki 18 naskhah.Keesokan harinya, aku bergegas ke Bdr Utama. Sudah banyak berubah sejak aku menjejakkan kaki ke sana tahun 1997 yg lalu. Mencari MPH di tempat lamanya tidak ku temui.

Berpusing-pusing atas dan bawah, hulu dan hilir, timur dan barat...Mana MPH ni? Kakiku kebas, pinggangku sakit sebab mendukung si Bobot dlm kantung kangaroo, muka suamiku masam, Aliyah merengek hendak McD...akhirnya di situ MPH rupa-rupanya - di bangunan baru! Kerana kepenatan, kerana terlalu teruja aku mencari tidak tentu hala. Putus asa, seorang petugas ku temui. Dgn pantas dia menuju ke arah rak-rak buku yg tlh ku lewati tadi. Dgn mudah dia menarik novel itu dr raknya. Hanya di atas tingkat di mana novel-novelku sendiri tersusun. Kenapa aku tak nampak tadi? Aarghhh!

"Novel ni best, kak. Dah banyak kali saya baca." Budak lelaki itu memberi komen.

Aku tersengeh dan membawa novel itu ke kaunter dgn lega. Sampai di rumah, bila ada masa terluang, aku terus menghayatinya sambil diselangi dgn kerja-kerja rutin rumah tangga.Maka, sekali lagi aku dibuai perasaan. Kali ini lebih melankoli kerana aku semakin mula memahami dan menghayati. Pengalaman yg hampir serupa membuat ku merasa rintihan batin Intan. Menangis bersamanya. Senyum bersamanya.Namun, kali ini aku agak terganggu sedikit dengan gaya bahasa lamanya dan beberapa kesalahan ejaan. Maklumlah tugas sebagai jurusunting telah melatih mata ku lebih tajam menyaring bait-bait kata dan barisan frasa. Walau apa pun, novel ini masih lagi menjadi kegemaran ku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit