Air oh air

Tiap-tiap hari kena basuh kepala robot yang bulat dalam penapis air. Mana taknya. Kuning!!! Tak tahan betul tengok. Geli pun ada. Tak sanggup nak minum sebab tengok kekotoran yang melekat pada kepala penapis tuh. Lepas tuh pula penat masukkan air tiap kali penapis dah kosong. Yang minumnya ramai, tapi yang tukang tapisnya sorang :-(

Lepas tu mak bagi penapis air dia yang guna dua selinder tuh :-) Seronok ler sebab tak payah isi air dalam penapis bulat macam R2D2 tu. Tapi kualiti air masih sama. Dalam termos, kuning kat bawah. Keladak dah berkumpul kat situ. Dalam Melano jar pun sama. Suami dah bising-bising sebab jarang cuci bekas air. Mana larat nak cuci tiap-tiap hari. Kerja lain banyak lagi nak dibuat.
Alia dan Nurin pula kalau dalam seminggu tak sakit perut, memang tak sah. Pening kepala dibuatnya. Nak masuk dapur pun malas bila membayangkan air kuning. Nak minum pun naik geli. Basuh baju putih, jadi kuning. Geram betul.

Dalam pening-pening kepala memikirkan jalan penyelesaian, ada kawan introducekan satu penapis air, Beyond Water. Dia bagi cuba guna seminggu pasang kat rumah. Alhamdulillah masalah selesai. Air tak kuning. Rasanya sedap dan ringan. Yang bestnya tak payah masak. Boleh terus minum dari paip.

Lepas tamat tempoh percubaan seminggu, aku pun beli. Sekarang puas hati sebab dapat minum air hidup semula jadi yang bebas klorin. Tahap pencemaran sekarang sudah terlalu dahsyat. Macam-macam benda ada - arsenik, merkuri, plumbum, karsinogen, cacing. Selama ni cuma amik tau je tapi tak pernah bertindak. Tapi selepas disedarkan tentang bahaya jangka panjang kualiti air yang kurang selamat, baru aku percaya.

Biarlah anak-anak aku yang baru tiga tahun dan tiga bulan tengok dunia itu menikmati kehidupan yang sihat. Kalau duit banyak, badan tak sihat pun tak ada guna. Nak buat apa pun tak boleh kalau tubuh badan tak sihat. Kini setiap kali aku bancuh susu, aku sudah boleh tersenyum sebab aku telah cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak agar boleh hidup lebih sihat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit