Baby Ceasar

Akhirnya dapat juga aku mencapai kata putus. Setelah menemu ramah beberapa orang kawan dan berbincang dengan doktor dan emak, akhirnya aku memilih untuk bersalin melalui pembedahan. Banyak sangat risikonya kalau bersalin normal - dalam kes akulah. Cuma yang aku kurang bersetuju ialah penggunaan epidural. Rupa-rupanya sekarang ni semua pembedahan akan guna teknik tersebut. Lebih selamat, kata mereka.

Bab cucuk tulang belakang buat aku risau pula. Kesan sampingannya memang ada. Diakui sendiri oleh doktor. Cuma minimum sahaja tapi kesan tetap ada. Kalau aku memilih untuk bersalin normal, banyak risikonya. Aliyah dulu pun terpaksa dibantu oleh proses vakum sebab saiz besar dan dia terbelit tali pusat; menyebabkan berlaku luka pada bahagian dalam. Doktor pun menggalakkan untuk aku bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang negatif.

Aku reda dan mengharapkan segala-galanya selamat. Tarikh pun sudah dipilih iaitu 1hb April 2005 (Jumaat) bersamaan 21 Safar 1426 Hijriah, dan tak ada kena-mengena dengan April Fool. Bila difikirkan semula, lucu pula pengalaman kali ini. Janggal sebab boleh memilih tarikh lahir anak. Sudah tidak ada elemen 'surprise'. Jantina bayi pun sudah diketahui dan tarikh lahir juga telah ditentukan. Tidak ada apa-apa yang boleh menguja perasaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit