28 Mac 2005

Kita hanya mampu merancang, tapi ketentuannya hanya Tuhan saja yang tahu.
Kononnya nak samakan tarikh lahir sendiri dengan tarikh lahir baby baru. Tapi untuk mengelakkan beberapa komplikasi, kelahiran yang dirancangkan berlaku pada 4 April depan terpaksa diawalkan seminggu. Rasa macam tak percaya saja. Walaupun ini kali kedua melahirkan, tetapi pengalaman menghadapi C-section merupakan sesuatu yang baru.
Ngeri pula membayangkan jarum besar epidural dicucuk ke tulang belakang....

Normal atau pembedahan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan, pengalaman yang berbeza dan tahap kesakitan pun berlainan. Cara dan tempoh berpantang juga tidak sama. Selepas menjalani C-section nanti baru boleh dibezakan pengalaman mana yang paling 'bermakna'.

Doakan segala-galanya selamat bagi ibu dan anak. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap