Kenapa saya ada banyak nama pena? Saya sering menerima soalan ini daripada rakan-rakan dan khalayak pembaca. Sebelum ini saya pernah menjelaskannya dalam entri-entri terdahulu, tetapi memandangkan dengan kemunculan Akademi Gemilang, persoalan ini harus diberikan penjelasan sewajarnya sekali lagi. Dalam novel Sofi (1997), saya menggunakan nama pena Haniza Ismail. Memandangkan ini merupakan novel sulung, saya masih hingusan. Lantaran novel ini terbit tanpa pengetahuan saya. Jadi penggunaan nama pena tersebut dibuat di luar persetujuan dan pengetahuan saya. Dalam novel Segalanya Cinta (2002), saya menggunakan nama pena Norhanizah Ismail, yang juga merupakan nama penuh saya. Dalam kes ini, penerbit (NHMedia) menetapkan tidak mahu menggunakan nama samaran (pseudonym). Sementelah, saya masih lagi hingusan dalam dunia penulisan, saya akur. Dalam novel Sebenarnya Cinta (2004), baharulah nama pena Izza Aripin dilahirkan. Ketika ini saya sudah semakin yakin dan tahu apa yang saya mahu. Saya p...