Reunion Class of 1992

Semalam ialah Syawal terakhir bagi tahun 1428 Hijriah. Semalam juga reunion rasmi pertama bagi pelajar-pelajar SMA Al-Ahmadi, PRSG Melaka. Sejak tahun 1992, tahun terakhir kami di sana setelah tamat SPM, kami bertemu semula dalam majlis yang lebih terancang. Sebelum ini ada juga berjumpa, dalam tahun 1993-1994 agaknya. Tapi itu cuma perjumpaan biasa -- lepak-lepak di restoran makanan segera di Banda Hilir dan pergi PD.

Semalam lebih kurang 12 orang hadir -- kalau tak silap kira. Masing-masing bawa keluarga. Dalam perancangan, warden aspuri akan turut serta. Tetapi beliau terpaksa menghadiri kursus. Mungkin tahun hadapan kami dapat mengumpulkan kesemua tenaga pengajar sesi 1992 berserta denga bekas pelajar-pelajarnya yang berjumlah hampir 60 orang...kut. Heheheh...aku dah lupa ler berapa bilangan classmates. Maklumlah...dah 15 tahun meninggalkan bangku sekolah menengah.

Semalam, bila tengok wajah masing-masing, aku rasa lucu semacam. Yelah...masing-masing dah jadi mak budak, bapak budak, bini orang, laki orang. Ada antara mereka yang kahwin sesama classmate dan senior. Gelagat masih sama cuma lebih matang. Yang nakal, tetap nakal. Yang becok, makin becok. Aku? Aku macam selalu. Lebih suka jadi pemerhati dan duduk diam-diam melihat gelagat bekas rakan-rakan sekolah masa muda remaja dulu.

Walaupun aku cuba low profile, tak berjaya juga sebab dalam ramai-ramai bekas pelajar tu aku sorang saja KL-ian. Memang sejak sekolah dulu aku glamer part tuh. Pelajar dari KL pertama yang menjejak kaki ke sekolah kecil itu...heheheh. Lepas aku datang, ramai plak yang bertandang sama. Balik bercuti ke KL pun sama-sama booking tiket.

Masa majlis tuh, ada plak game untuk kanak-kanak. Dan kemudian ada cabutan bertuah. Aku bertuah sebab bawa balik set gelas. Berbaloi aku datang jauh-jauh...hehehehe. Tapi yang best menu hari tu -- daging ketetel masak asam pedas. Huish...siap tapau lagi!

Aku teringin nak lawat sekolah. Mungkin tahun depan masa reunion seterusnya. Tahun depan kami nak rancang elok-elok memandangkan kali ni dah dapat kumpulkan 30% bekas pelajar. Harapannya, tahun dapat kami dapat kumpulkan bekas guru sekali. Tak sabar rasanya.

Tak lengkap laporan ni kalau tak sertakan nama-nama korang yang ada semalam -- aku (mastermind reunion, hehehe), Linda a.k.a Mak Ndak (tuan rumah), Jumaat (laki tuan umah), Ina panjang (tukang kutip collection), Ayu (pembantu tukang kutip collection), Radiah, Linda Rahman, Jun (datang ngan laki dia, Sudin - senior kami), Neylon (tukang sponsor hamper), Abid, Edi, Kak Noriah (datang ngan laki dia, Buyau - senior kami), Kak Ina Misbah (dah jadi kakak ipar Mak Ndak). Sapa lagi ek? Aku ada tertinggal nama sesapa tak?

Yang lain yang tak dapat datang ataupun yang tak dapat dihubungi (ramai ni...aku cuma sebut sapa yang aku ingat jer) -- Biton, Ain, Ada, Suhaila, Ina pendek, Halila, Sue, Uji, Ana Rahman, Man a.k.a Hairy, Bidin, Jalal, Brahim, Kak Azu, Lela, Saimah, Nash, ET, Zura, Ida, Faizal a.k.a Lebai ...ish ramai lagi. Ni belum campur Aspuri An-Nuriah...baru Ahmadi. Kalau dapat kumpul semua, mesti gempak giler. Bleh wat networking.

Kalaulah dapat peluang menziarahi waktu lampau, aku pilih tahun 1992. Too many memories to remember. Reunion seterusnya...class of 1994 ARGS pada 3 Disember ni masa majlis perkahwinan Fila. Harap-harap kesemua 10 muskeeters dapat jumpa semula walaupun masing-masing ada kat KL...heheh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit