Dah tua rupanya

Hehe...hari ni genap usia aku 3* tahun. Dah tua rupa-rupanya. Dalam jangka masa 3* aku hidup menumpang di bumi Allah ni, masih belum banyak yang dapat aku capai, baik dari segi duniawi dan terutama sekali ukhrawi (entah-entah kulit bawang lagi tebal).

Setakat ni anak baru dua orang. Suami memanglah sorang...heheh. Alhamdulillah. Moga kebahagiaan yang tercipta berpanjangan sehingga akhir dunia.

Dari segi kerjaya, aku masih belum betul-betul berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Kalau boleh aku nak melangkah lebih jauh, far far away!!!! Besonya cita-cita!

Dari segi penulisan, alhamdulillah. Empat novel telah berjaya diterbitkan. Dua buah lagi sedang dalam proses rekaletak dan penerbitan. Satu lagi novel pendek sedang dalam penilaian. Sehingga hari ini aku masih bertenaga dan mempunyai idea untuk meneruskan kerjaya sampingan ini. Harap-harap jangan jadi tepu, tak bergerak-gerak...hehehe.

So, apa hajat aku sempena ulang tahun kelahiran yang ke-3* ni? Aku nak WORLD PEACE!

p/s: terima kasih Kak Lena sebab wish dua kali. Satu salah tarikh..ekekeke. Kak Zu pun wish salah tarikh...wakakaka dan Linda yang wish ada makna. Suruh belanja pula. Dah terbalik ler...hehehe. Adhan yang baru hantar kek kat bawah tu...mmm sedapnya chocolate indulgence, sehingga menjilat kaki...huarhuarhuar.

Ulasan

  1. Happy Birthday Kak Iza...
    ada nampak kak iza dekat gathering KSL and CLJ tapi segan nak tegur...

    BalasPadam
  2. Age is mind over matter.. if you don't mind, it doesn't matter.

    Happy birthday :)

    BalasPadam
  3. terima kasih iejay. la..napa tak tegur? kalau harap akak yg tegur lagu akak segan...wakakaka

    BalasPadam
  4. wakaka..true indeed. there's no meaning in numbers accept when u put meaning into it...huhu terasa muda ler plak

    BalasPadam
  5. Salam kenalan...hepi besday too....age is just a number.

    first time sy baca blog nie....dan bila baca entry kampus yg izza belajar dulu...tersedih seketika...itu lah tempat sy belajar hampir 7 tn dan bekerja hampir 5 thn...br 2 bulan sy meninggalkan tempat itu...hr nie sy teringat kembali kenangan indah sy di situ....hwaa sedih.

    Dulu amik course ape? mana tahu sama batch kan..

    BalasPadam
  6. bie,

    saya dulu HSC. communication. entry year 1995. grad 2000, the first batch to graduate kat dewan baru kampus gumbak tuh. lambat grad sbb sangkut kat presess....wakakaka

    BalasPadam
  7. Norra,

    Happy birthday!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit