Pelancaran Kerana Dia Cinta

Bertempat di restoran Burger King, Avenue K, novel Kerana Dia Cinta telah berjaya dilancarkan. Turut dilancarkan dia novel pertama hasil nukilan Mina Mahanie berjudul Seindah Gubahan Kasih. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri di majlis yang sederhana tetapi meriah itu. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dan Izzul Izzati untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut.

Saya juga berbesar hati apabila
Amir Husaini, penulis novel Ombak Senja(Tintarona Publication) dan adik Fikri serta keluarganya dapat menyertai majlis itu. Untuk makluman Fikri merupakan orang yang pertama yang menggunakan jantung mekanikal di Asia Tenggara sebelum menjalani pembendahan pemindahan jantung pada November 2005. Selain itu, penulis-penulis Kaki Novel (KN) yang lain turut sama memeriahkan majlis seperti Anita Abdullah, Dina Najat dan Rabiatul Adawiyah (bakal menerbitkan novel pertama dengan KN tidak lama lagi).
Terima kasih juga kepada KN kerana mengadakan majlis pelancaran tersebut.


Novel Kerana Dia Cinta dan Seindah Gubahan Kasih akan menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2007.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap